Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Takut.

Lagi sekali nak share lagu ni. Sebab aku memang penakut.  Cancer. Death. Dying. Die. Pakcik Dewa, jiran depan rumah meninggal dunia malam Jumaat hari tu. Dulu dia selalu cakap aku hutang dia nasi lemak dengan sambal ayam. Aku tak sure. Tapi kalau betul ada, aku tak tunaikan pun janji tu, walaupun ibu jual nasi lemak dengan sambal ayam bawah khemah dekat tepi jalan selama 5 tahun.  "Doakan tak ada apa apa. Doktor takut kalau tu mungkin kanser" Tapi aku dapat rasa sampai benda tu bukan kanser. Selama ni kalau ada benda buruk nak jadi, memang Tuhan akan bagi aku perasaan tak senang duduk dan tak sedap hati. Cuma aku risau kali ni Tuhan tak bagi aku perasaan tu, nauzubillah. Tolong aku doakan agar semua orang yang aku sayang bebas dari penyakit dan kecelakaan. *******

Humpty Dumpty Had A Great Fall.

Hush hush.

Beberapa hari ni, nasib agak baik. Semoga Tuhan tak tarik nikmat ni sekarang. Malam Ahad dan Isnin dapat tidur secukupnya, tapi semalam tidur 30 minit je. Tapi taknak salahkan siapa siapa sebab diri sendiri cari pasal buat assignment lambat lambat. Sekarang tengah berkira kira nak tidur ke tak sebab kalau tidur mesti terlajak lajak sebab dah kenyang hewhewhew. Sekarang ada Baby dekat rumah sewa ni. Baby ni asyik cakap benda tak difahami, mungkin dia adalah alien. *cakap sambil buat gaya tangan*. Baby selalu cakap dengan kita maka sekarang kita rasa disayangi haha. Contoh dialog dengan Baby: H: Baby, gimme five ! B: Gedyadida dengdengdeng. Mungkin bila Baby balik patut sorok dia dalam almari sebab comel sanad. Okaylah bye. Tidur sekarang bangun nanti. XX

Kenapa We Got Married?

Bila tengok We Got Married, boleh nampak kalau kita appreciate little things, hidup akan lagi bahagia. Haha over pulak. Tapi betul, bila tengok diorang, benda kecil pun hargai betul betul. Memanglah benda benda semua tu saya tak boleh buat LAGI sebab kan belum kahwin nyehehe, tapi bila tengok diorang boleh rasa yang benda kecil kecil ni lah yang best sebenarnya. Lepas ni nak dye rambut warna macam ni, sebab ohsem sangat kenz warna ni. Ke tak?  Haha tak berkaitan langsung hal warna rambut ni. Tapi kalau boleh, mesti dah buat dah rambut macam ni sebab I want to be awesome too.  Okaylah bye. Orang lain nak buat ayat tanya mak nak kahwin awal, kita nak fikir ayat nak tanya mak can or not dye my hair like this hihi. 

Qiuck update.

Itu bukan typo. Secara serius itu bukan typo. Lagi 27 minit Pokjak nak datang dan kami akan bersama sama pergi ke perjumpaan Brassband yang kedua akhir. Tak tahu nak rasa apa. Okay, rasa gembiralah sebab semester depan dah boleh balik rumah setiap Jumaat. Rumah dekat Petaling Jaya je pun nak kecoh kecoh pulang ke rumah setiap minggu. Lepas difikirkan balik, sejak berumur 13 tahun tak pernah tinggal serumah dengan ibu bapa setiap hari selama setahun. Tak sangka awak begitu matang sekali Hawa. *tepuk belakang sendiri tanda bangga terhadap pencapaian diri* Semalam berbincang hal perkahwinan, LAGI. Dan baru sedar kenapa saya takut nak kahwin, I am socially awkward. Entahlah. Menakutkan menakutkan. Dan seperti Tiq, saya dah setkan tarikh akhir untuk berkahwin. Kalau lepas dari tarikh tu, nak tinggal dengan ibu bapa sampai bila bila. But then I also realized that Tiq is actually hot, or not going to stay single for that long. Maka sekarang dah tak ada geng untuk bertarikh akhir ahaha

Polis

Itu gambar ambil dekat tumblr. Tak rasa ke orang yang asyik main dengan telefon sampai taknak cakap dengan orang ni macam biadap? Tak eh? Haha minta maaf kalau ini macam terlampau jujur :D

Yolaeyeehoo.

Taknak komen tentang isi video ni. Tapi suara interviewer tu sexy. Terima kasih.

Lemau

Sila tonton episod 8 We Got Married Lee Teuk dan Kang Sora. Beberapa minit terakhir. *menangis kegembiraan* Leeteuk dan Kang Sora ni comey omey sangat tsk tsk. Kalau ada Sumai atau rakan rakan K-Pop yang lain, mesti boleh sama sama kongsi tears of joy ni. Agak menyedihkan bila dah nak masuk 2012, sebab itu maknanya Leeteuk dah nak pergi army, and I wonder apa jadi dekat Sora nanti. Sila kahwin please. Buat masa ni, mungkin dah boleh tinggal dekat negara bersalji heheh.

Ovaries.

Nak cerita ni dengan kawan kawan tapi nanti semua rasa ittew jiwang entah apa apa maka nak cakap dekat blog je. Simpan rahsia ni tau ! Tumblr Untuk post ini, semua orang harus tau itu gambar orang yang saya suka. Bukan artis, orang. Pagi tadi saya mimpi orang ini. Secara spesifiknya, nama dia sama dengan orang ini, tapi orang dia lain. Bila bangun, rasa happy dan sedih. Sebab dalam mimpi tu dia adalah TOP, tapi sedih sebab sebenarnya bila dah bangun dia adalah orang lain. Sedih sebab dia bukan orang yang saya plan nak kahwin. Sedih sebab saya kenal orang itu. Sedih sebab ini mungkin tanda patut berhenti tipu diri sendiri. Haha yes I'm a psycho yang plan nak kahwin dengan siapa. Dahlah, nak buat assignment. Byebye !

Penakut.

Lagu tiada kena mengena dengan hidup. Saja nak bagi masuk dengan tajuk. Semalam saya pergi Most Amazing 2011 (MO.A 2011). Bila dah ada fancam baru saya update pasal hal itu. Not that I think you guys would care (sebab mostly yang mengaku baca blog ni adalah anti kpop ekeke), tapi saja je nak cakap pasal kpop. Kalau cerita dekat rumah sewa tu, bukannya ada orang semangat nak dengar pun maka baik cerita dekat sini. Tsk. Harap harap korang boleh cuba pura pura teruja bila post tu dah siap, okay?  Bila takut, apa korang buat? Nota kaki : Lepas ni nak heret Tiq pergi mana mana je. Secara serius.

Tapak tangan.

Nah. Lempang muka awak. H: Kte mana pernah sakitkan hati N. N: Ada. Tapi aku dah lupa. Peraturan hidup bermasyarakat #76 : Awak mungkin tak tahu awak pernah sakitkan hati orang, maka jangan nak marah banyak sangat kalau orang sakitkan hati awak. Peraturan hidup bermasyarakat #86 : Apa yang bagus untuk awak, tak semestinya bagus untuk orang lain. Apa yang awak rasa selesa, tak semua orang rasa selesa. Peraturan hidup bermasyarakat #136 : Kalau nak ambil kesempatan dekat orang boleh, tapi janganlah berharap tak ada orang ambil kesempatan dekat awak. #justsaying. Kalau dah cakap just saying maknanya tak boleh nak rasa offended lahkan. Ke macam mana? Ni cakap untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Sebab dah jelas nyata H tu untuk Hannah Montana Hawa kan?

Perempuan, isteri dan ....

Dah masuk umur 20 tahun, hampir semua rakan rakan dah mula bercerita pasal nak kahwin. Ada yang cerita pasal majlis yang dia nak, orang yang dia nak cari, tanggungjawab suami isteri dan cakap pasal poligami pun dah ada. Sudah pastilah saya juga tak terkecuali, almaklumlah inikan fasa nak cari pasangan hidup. Kyakyakya. Tadi, sewaktu tidur petang, maka adalah mimpi buruk sebab dah maghrib haha. Lepas tu mimpi kahwin terpaksa. Dahlah begitu tiba tiba sekali. Tengok tengok dah terkahwin. Jadi isteri kedua pulak tu. Kemudian, instead of feeling very happy (sebab orang tu muda, kaya dan baik), I was so sad during the whole mimpi. Sebabnya, dalam mimpi tu, bila jadi isteri orang rasa macam terikat dan dah tak ada kebebasan. Tapi itu dalam mimpilah, harap harap dalam kehidupan sebenar bukan macam tu. Bayangan saya pasal perkahwinan sangat indah, tolonglah jangan shitty macam tu. Cerita pasal kahwin nantilah, bukan orang nak tau pun hahaha. ******* Ini cerita lain. Kalau dekat twitt

6666

Sebab suka nombor yang cantik, maka semangat tunggu pelawat ke 6666. Hihi. Ada blog dah 2 tahun, tapi sikit je pelawat, bila nak jadi selebriti internet ni? Ekekeke. Beberapa hari yang lalu, saya telah pergi berjumpa dengan rakan lama sewaktu di asasi. Sungguh tak percaya apabila hampir tak mahu pergi sebab bangun lewat je. Hampagas punya Hawa. Tapi selepas kaunseling percuma dari Eja, maka berangkatlah saya ke Mid Valley pada tengahhari panas terik. Kehkehkeh Dekat Mid Valley saya jumpa orang orang ini Adenin Afeze Lepas tu Afeze tukar baju, maka ini Afeze lagi. Hahaha. Ini Arefe. Farid   Mukhlis Overall, keluar ni agak bestlah. Tak perasan ada borak borak ke tak. Tapi tiba tiba je dah 4 jam berlalu. Diorang budak baik maka kena pulang awal, maka saya pun menjadi budak baik juga. Eceh macamlah jahat sangat balik lambat tu. Haha. Okay dah tak tau apa nak cakap selain saya gembira dapat jumpa kawan lama. Afeze, cepatlah pindah sini balik ! Lepas

Minggu Assignment.

Minggu ni tidur pada waktu pelik pelik. Ada je masa nak tidur, tidur sehabis baik. Bila minggu assignment nilah baru nak feeling feeling student sikit. Tak nampak rajinlah kalau tak ada eye bag kan? Hahaha.  Harini berjaya buat penemuan baru apabila dah berjaya scan menggunakan printer. Hoyeah ! Kalau tak memang sampai bila pun, guna untuk print jelah kot. Nanti nak scan muka dekat situ lepas tu buat jadi kad raya.  Rasanya patut tidur sekarang. Lagi sejam dah kena bangun dah. Bye !

Halwa telinga.

Comelnyaaaa. Kalau awak rasa tak, tak peduli pun hihi.  Waktu kecik semua, kawan ittew panggil kittew halwa. Sampai sekarang ittew tak tau halwa tu apa. 

Jual anak?

A: Zaman sekarang ni, susah nak kahwin sebab parents yang sibuk sibuk nak letak duit hantaran mahal, nak menantu kerja tinggi tinggi. Sebab tulah banyak maksiat berleluasa. Nak mahal mahal buat apa? Nak jual anak ke? Kitorang baru graduate, mana ada duit. B: Bila dah jadi parents nanti, sanggup ke tengok anak kahwin dengan orang tak stabil? Kerja berpuluh tahun sara anak, tiba tiba nak lepaskan anak tu dekat lelaki belum kerja, kehidupan pun kurang senang.  A: Macamlah parents dia tu dari dulu kaya. Mesti pernah ada masa dia tak berapa kayakan? B: Sebab dia tahu perasaan tak berapa kaya tu lah dia taknak anak dia macamtu. Sekarang makin ramai orang, makin lambat pulak orang pencen. Mak ayah dia dah lebih makan garam. Yang pasal maksiat tu, kalau kahwin sekadar untuk nafsu je, tak ke mana. Kalau kuat iman, duduk dalam bilik berdua duaan pun tak jadi apa. Apalah salahnya tunggu sekejap. At least ada kerja stabil. Dah bercinta 3 tahun, apalah sangat 2 tahun lagi.  Banyak kawan k

Goodbye baby goodbye.

Semalam, lepas seminggu bercuti, akhirnya saya keluar dari kempompong dan jumpa orang lain selain ahli keluarga tercinta. Bukan itu sahaja, ini bukan kawan kawan biasa, ini kawan yang luar daripada zon selesa pulak tu. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah ada kawan lain haha. Kalau tak selama memang keluar dengan orang yang sama je tanpa buat effort pun untuk jumpa orang lain selain mereka. Tapi it was a bit awkward. Kitorang dah biasa bila keluar ikut je flow orang, maka semalam banyaklah adegan adegan seperti ini A: Nak pergi mana ni? H: Tak tau. Ikut jelah. A: Hm, tak kisah pun. A: Nak makan? H: Nak. A: Nak makan kat mana? H: Oh, tak kisah pun. Ikut je mana mana. Oh memang tak kemanalah. Nasib baik akhirnya beliau membuat inisiatif dan akhirnya kami berjaya membeli barangan yang dikehendaki, dan makan makanan yang mengenyangkan. Sebagai bonus, berjaya tengok wayang jugak. Hoyeah.  Kalau siapa siapa nak tengok wayang, pergilah tengok Tower Heis
I have loved you for a thousand years, I'll love you for a thousand more. Tapi I baru umur 20 tahun ekeke. Okay tak kelakar. Byebye people.

Jahit mulut tutup.

Macam tahu bahasa lain, macam duduk dalam dunia lain.

Gigi Ilmu.

Beberapa hari yang lalu, Eja tak berapa sihat. Selepas beberapa hari, dia dah tak mampu terima kenyataan yang dia dah tak larat maka dia pun nak pergi Pusat Kesihatan. Sebab kami (The Divas) ni adalah sehati sejiwa, mana mungkin kami biarkan dia pergi berseorangan. Maka saya, Zue, Tiq dan Apek pun temanlah dia pergi situ. Sampai dekat sana, semangatlah nak buat check up. Bukan Eja je, semua orang. Haha. Tiq pergi check darah dia group apa. Apek pergi scaling gigi, Saya dan Zue pergi check gigi saja saja. Nama pun free. Rugilah kalau tak ambil kesempatan. Ikuti perbualan saya dan doktor gigi. D : Okay, gigi awak kenapa? H : Gusi saya selalu bengkak. Susah nak gosok gigi. D : Okay, duduk situ. H : *duduk dengan selesa* D : Nganga mulut. *cakap benda benda doktor gigi je faham* D : Okay, ini masalah gigi bongsu. Nanti kalau awak nak cabut gigi tu, datanglah, nanti saya setkan appointment dengan Fakulti Pergigian. *Hulur pamphlet* H : Tapi saya rasa bengkak ni sebab saya

Dia cakap nama rapper aku How Wow.

Ibu saya cakap, benda yang tak boleh tulah yang paling best.  Ayam goreng KFC lebih sedap dari ayam kukus. Tak pakai tali pinggang keledar lagi selesa dari terikat ketat pada kerusi. Peluk peluk dengan boyfriend lagi best dari stay single konon kononnya tak ada yang sayang.  Kalau korang taknak setuju dengan contoh dia atas dengan berkata "saya tak suka makan fast food", "Saya pakai seatbelt tiap masa", "saya lebih selesa single", silalah faham yang saya tak peduli. Ini contoh sahaja. Eh tapi saya tak pernah peluk peluk dengan abang sayang sebab boyfriend sekarang dekat luar negara. Kehkehkeh.  Pernah tak terfikir kenapa ada undang undang? Pernah tak terfikir kenapa Tuhan cakap macam ni, kenapa pemimpin cakap macam tu. Pernah tak terfikir kenapa ada guideline dalam hidup? Pernah tak terfikir kenapa ada Al-Quran, Bible, buku undang undang jalan raya dan resepi masakan? Rugilah hidup kau kalau kau tengok semua benda tu dan cakap benda tu sem

Come home.

Sekali sekala muncul okay jugak. Tapi hilang terus lagi bagus. Sebab asyik tweet mweet, maka sekarang hanya power micro-blogging. Dah lupa cara nak blog panjang panjang. Haha ya, ini adalah tipu semata mata.  Kepada rakan rakan, maaf. Telefon saya jarang berfungsi sejak akhir akhir ni. Bak kata rakan rakan terdekat, dah boleh campak telefon ke laut. Kalau saya reply mesej awak, sila rasa diri bertuah sekarang. Kalau tak reply tu maknanya saya lambat perasanlah tu.  Mungkin perlu tidur sekarang. Esok oral dan listening test untuk mandarin. Doakan saya ! :) Nanti akan cuba buat post sebenar. Hihi bye !

Oh baby baby

Hello semua orang ! Apa khabar? Beberapa lama yang lalu, blog saya hilang kena makan dengan blogger. Selepas beberapa kali percubaan untuk tukar template dan background dan header blog, saya putus asa lalu mintak Tiq Hashim tolong buatkan semuanya. Haha mudah jewp kerja ittew.  Dengan bayaran yang murah dan menjimatkan, Tiq dah ubah blog saya yang dull dulu, jadilah macam sekarang. Terima kasih tummy trim Tiq Hashim ! Kalau rasa nak buat blog awak macam saya juga (maksudnya template sendiri benda benda sendiri apa semua sendiri), bolehlah pergi blog dia okay?  Setakat ini tak ada benda yang menarik gila berlaku dalam hidup. Okay tipu, ada banyak benda. Tapi sebab blog dah tutup hari tu maka tak ada mood nak tangkap gambar dan nak cerita pasal benda benda. Maka saya sudahi post saya dengan ucapan Assalamualaikum :)

Tutup mata.

Kalau aku ada pilihan, aku taknak jadi orang yang tutup mata. Tapi kita mana boleh dapat semua benda yang kita nak. Semalam aku pergi kelas agama, lao shi tu huraikan maksud Bismillah. Ambil masa dua jam untuk explain benda tu je. Benda tersirat yang aku dapat dari kelas itu ialah janganlah tengok benda secara dasar je. Kalau kau faham betul betul, mesti semua benda dalam hidup ni jadi mudah.  Lao shi, teacher, ustaz, cikgu. Semua maksud sama je kan?

Let me tell you one time.

Saya harap bakal suami bukan perokok, dan tak pernah merokok langsung. Saya harap bakal suami makan buah buahan dan sayur setiap hari. Saya harap bakal suami memandu dengan elok, dan pakai tali pinggang keledar. Saya harap bakal suami saya jaga diri, sebab saya harap dia tak mati sebelum saya. Kepada bakal suami, jaga diri supaya awak hidup lama okay. I'm going to need you long time eh eh eh eh.

Love Love Love

Ini dashboard tumblr saya. Sila cemburu sekarang. Hihi.

Abang Gasing.

Pada 24 haribulan yang lalu, saya telah berjaya pergi ke konsert berbayar pertama saya. Selama ni hanya pergi konsert free sahaja maka haruslah berbangga kerana berjaya pergi konsert atas hasil titik peluh sendiri. Tiket bukti hasil titik peluh Sebab malas nak bergiat aktif dalam Monavie, maka hanya mampu tengok free seating sahaja. Kena rajinkan diri supaya nanti boleh tengok dekat VIP seat pulak. Dekat sana saya pergi ditemani dua gadis hangat iaitu Kim Ili dan Park Sumai Terlalu ramai manusia pada hari tersebut, dan semua orang bersemangat waja menunggu untuk pagar dibuka. Ramai sekali orang VIP* sebab ini adalah pertama kali BigBang datang ke Malaysia. Stadium Merdeka agak tidak mesra pengguna sebab surau dia jauh. Haha okay tak. Surau dia dekat je, kami je yang malas nak pergi surau. Maka, untuk solat asar dan maghrib, beberapa orang dari kami memilih untuk solat di tepi tangga. Orang lain cheq tak tau. ini bukan hantu. Ini orang solat. Ini bukan nak

Fussy eater.

Nanti nak hafal lagu ni lepas tu nyanyi dekat orang yang semua benda tak boleh makan. Haha lepas tu bolehlah nyanyi untuk diri sendiri sebab diri sendiri pun gedik banyak sangat pantang larang bila nak makan hoho. Terima kasih kepada Abe Nussow sebab suruh saya dengar lagu ni. Tapi lagu perform this way to is very disturbing so I shall not share it here sebab kedekut. Awak semua apa khabar? Sihat? Saya sihat tapi tangan menggigil sebab tadi selepas 4 bulan tak main trombone, mula bermain trombone kembali. Semua benda pun dah lupa. Scaling pun dah tunggang terbalik. Siapa ada kereta bawaklah saya pergi training hari Selasa dan Jumaat. Ini lari topik sedikit, Hyuna 4minute tu gila comel. Okay tu je. Byebye semua !

Bunga Bunga Kecil

Budak jahat naik teksi

Soo young and Yuri <3

Sebab

Ambil benda itu buang jauh jauh, sebab aku tahu aku tak akan pergi jauh kalau aku ada benda itu. "Perempuan sekarang dah tak boleh tunggu lelaki, kalau nak tunggu kau nak kahwin dengan siapa. Kau tak cakap mana dia nak tau?" Tarik nafas, kumpul kekuatan. Malam terakhir itu, aku pandang mata kau dan aku nampak sesuatu. Aku tak boleh sayang orang kalau orang tu tak sayang diri sendiri. "Ini last, lepas ini tak ada dah." Minta maaf, aku dah taknak peduli. Sebab kau tak pernah peduli. ********************* Kalau aku cakap banyak, nanti kau tau semua. 

The way you move your body.

Setiap akhir akhir ni selalu cari cover lagu ni, tapi tak pernah pun dengar lagu dia yang original. Kenapa cari cover? Sebab cover lagukan banyak variety. Jadi boleh pilih mana yang paling menarik. Haha. Okay, sekarang nak letak cover cover dia pulak. Tho people might not listen, post dekat blog adalah kerana nanti tak payah nak pergi youtube cari lain kehkehkeh :P Yang ini paling menarik kot, sebab siap letak bahasa lain lagi. Biasanya orang tukar sikit sikit je. Dan orang perempuan bersuara serak serak basah adalah seksi. Betul tak? Haha. Tyler Ward ni memang hampir semua cover dia sedap. Christina Grimmie pun sama. Dan muka dan gigi dia comel maka markah extra. Rambut dia pun menarik sebab macam ada ruang kosong antara kepala dan rambut. Faham tak? Sam Tsui ni taknak komen apa apa sebab semua pun memang sedap. Eh kau siapa nak komen hahaha. Tapi inilah antara cover cover yang suka. Demi Lavato pun ada jugak, tapi tak penuh dan audio tak berapa clear. Tapi Demi adalah D

Fakta

Berapa lama masa yang perlu diambil oleh Cik Hawa untuk menghilangkan barang ? 30 saat. Tadi habis sepah bilik cari USB yang pinjam. Jumpa, pegang, tengok tempat lain, hilang balik. *selongkar selongkar, cari cari* Okay dah jumpa. Sekarang semua orang, cuba teka apa benda ni. Sekian terima kasih. Tak ada apa pun nak cakap. Saja mengada nak update haha

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.

Berjanji dengan diri sendiri tak akan cakap pasal politik sebelum boleh mengundi. Cakap banyak pun tak gunakan? Unless kalau kau anak perdana menteri atau orang orang besar politik yang lain. Ayah saya jual kuih. Sekian. Ini bukan pasal politik. Jadi syarikat telekomunikasi suruh bayar tax 6% untuk topup. Secara jujurnya, saya tak begitu rasa nak marah sebab akhirnya saya tetap akan topup 2 minggu sekali tak kisahlah banyak mana pun cukainya. Why bother getting mad kalau nak duduk komplen depan laptop je kan? Tapi kalau saya adalah salah seorang yang susah payah hantar petisyen supaya cukai tu dibatalkan, mungkin baru akan rasa marah. Kalau korang tak rasa macam tu tak apa. Tak perlu nak ceramah kenapa saya perlu lebih prihatin terhadap negara. Tapi itu bukan isunya sekarang. Isunya ialah tak faham kenapa semua orang nak salahkan Najib dan Rosmah dalam hal ini. Kalau ada orang random cakap korang mencuri, mesti korang akan cakap "Apa fitnah fitnah ni. Fitnah itu lebih teruk

Meet me in the pouring rain and bring me McDonald

Hari ini hujan. Ibu bapa pergi Seremban dan saya tak tahu kenapa Bapa bagi duit untuk beli barang apabila di luar adalah hari hujan. Dan kawasan rumah adalah tidak selamat untuk berjalan riang ria. Maka sebab tak berlesen dan tak tahu nombor telefon teksi, saya mengambil keputusan untuk mengorder McDonald. Itu sahaja yang termampu kalau tak terbaring atas sofa makan kuih raya tsk tsk. Kalau siapa siapa ada tumblr, mungkin ada terjumpa post how to make a rap song. Kalau tak jumpa/tak ada tumblr, mari tengok sini. Okay dengar dua dua video ni serentak dan anda telah berjaya membuat lagu rap. Hoyeah. Sekian sahaja dari saya. Byebye !

Let's go all the way tonight.

Nampaknya trio SEMASHUR di kampus TESL memang cemerlang apabila kadar pertumbuhan ROS report adalah di kadar yang sama. Great minds think alike. September wishlist : #1 Report siap dengan sendirinya. #2 Tiket Korean Music Wave. #3 Best friend to have enough money so that we can go there together. #4 Binocular. #5 More money. #6 T.O.P Nussow, kita harus pergi sebab ada dan dan dan *menggunakan hormon sebagai daya tarikan. **siapa iman kurang jangan tengok. ***siapa kuat mengumpat/selalu tak puas hati terhadap semua benda/bertenaga negatif jangan tengok. Okay itu sahaja. Nanti kalau ada masa saya cerita pasal kisah tidur dan abang posmen.

Hari Isnin Kutahu namamu

Sementara tunggu sahur, pergilah berjalan jalan di alam maya. Lepas tu tengok dekat blog Cik Epal, music video lagu MAX 24.7. Nak tengok ? Meh sini klik sini ya. Sebagai seseorang yang cuba nak menyokong industri muzik tanah air, haruslah pergi ke youtube dan cari hasil seni anak tempatan. Sesuailah dengan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini. Sedih ya tengok rakyat Malaysia ni. Suka betul nak tunjuk kelemahan dekat orang lain.  Dahlah nak mencarut, lepas tu simple grammar pun salah. Harap harap ni bukan rakyat Malaysia. Macam kelakar pulak dia boleh ambil masa nak tekan space antara tanda tanya dengan tanda seru tu. Hahaha.  Yang komen dalam Bahasa Melayu tu macam biasalah, melayu tipikal. Mungkin jenis yang bunyi banyak habuk pun tak ada. Eh tak baik bersangka buruk. Apa apa pun, selamat sahur. Byebye :D

Douitashimashite

Random phrase dalam bahasa Jepun sebagai cubaan berlagak pernah belajar bahasa Jepun selama 4 tahun. Kalau baca komik atau buku, mesti korang baca dialog guna nada dan suara yang dibayangkan kan? Macam bila Conan cakap, suara dia macam ni, Haibara cakap suara dia macam tu, Ran pulak suara dia macam perempuan perempuan Jepun yang comel. *perempuan jepun yang comel* Tapi sebagai pembaca, pernah tak rasa kecewa bila tengok yang animation suara dia tak sama seperti yang dibayangkan? Pernah tak? Tak pernah eh? Tak apalah. Itu sahaja luahan kekecewaan saya hari ini. Sekian terima kasih. Cuba cari taeyeon dalam video ni. Sekian terima kasih.

Best I've ever had.

You the fudging best, you the fudging best. Source : Tumblr Adalah pilihan yang agak tepat apabila pergi keluar bersama ibu bapa. AGAK tepat. Tadi pergi Giant Kelana Jaya untuk berbuka puasa. Ada kawan Encik Bapa belanja sebab dia manager The Chicken Rice Shop. (tips mencari suami : Cari yang bekerja dalam bidang fast food tapi sebagai area manager dan keatas). Dan inilah yang kami makan tadi. Yang dalam mangkuk paling besar tu adalah spicy vegetable soup kot. Puan Ibu pun cakap tu kimchi stew, tapi sebenarnya tak. Rasa dia tak seperti yang difikirkan. Tapi sedaplah. Rupa tak menarik sangat, tapi rasa yang paling penting.  Setelah solat, kami pun berjalan jalan di dalam Giant, bermain sorok sorok di antara lorong lorong baju serta bermain troli. Tiba tiba terjadi satu perkara. Ingat sampai sekarang pun macam termalu sendiri. Tsktsk. Macam ni ceritanya, sebab troli yang Ariff naik tu menghalang jalan, saya sebagai warganegara yang baik pun tersentuh hatilah dan rasa berta

Eeeehhhh Macarena !

Nak tacing pun tak boleh, sebab diri sendiri yang malas. Kepada Zulaikha Izehari, saya habis kerja awal sebenarnya hari ni. Tapi ibu bapa adik adik pun nak pergi makan dekat luar. Walaupun diberi pilihan untuk pilih sama ada jumpa awak atau ibu bapa, saya pilih ibu bapa sebab keluar dengan awak saya kena bayar sendiri. Muehehehe. Okay sekian sahaja dari anak emak yang tak berapa nak anak emak. Bye.

Ong Ong.

I wanna marry Seulong.  Warning : Siapa siapa yang tak minat Korea mungkin akan jumpa beberapa unidentified term. Terima kasih. Beberapa hari lepas dah berjaya habiskan We Got Married, Adam Couple. Mengalir ngalir air mata menonton episod akhir. Tak faham kenapa ending dia begitu sudden. Maybe sebab JYP dah marah anak buah dia bercinta ria. Selepas menonton Adam Couple, 2AM nampak lebih menarik. Sebelum ni pandang sebelah mata je sebab BigBang dah bertakhta di hati. Nussow, ameklah TOP tu. I have Seulong now hihihihi. Menari riang ria. Siapa siapa yang suka lagu lagu slow bolehlah cuba dengan 2AM ni. Okay, hal lain pulak. Kalau ada siapa siapa tercari cari mana nak baca cerita bersiri di internet, atau sekadar bosan sementara menunggu buka puasa, rakan saya ada menulis cerita di blog beliau. Klik sini kalau nak baca Ini kisah cinta ya. Laparkan buat orang romantik. Eh tak eh? Apa apa pun, silalah follow dan baca blog beliau ! Doakanlah dia dapat jadi penulis lepas

Teaser Untuk Next Post

Tak best pun next post. Saja nak gedik bajet SNSD buat comeback haha. Menangis nangis sambil makan cupcake strawberry. Tak baik tinggalkan korang dengan tangan kosong.

Goyang bahu petik jari

Orang lain dah habis tengok benda ni, baru sibuk nak tengok. Masa masa macam nilah boleh mengeluh kenapa ada orang buat teori lelaki kena pakai baju hahahahaha. p/s: post ditulis sebelum sahur maka boleh lihat gambar separa bogel. Siapa baca lepas sahur, tolak point puasa 50. Heheh.

Bulan Ramadhan tak baik mengumpat.

Tapi, kenapa kau macam tu. Saja nak bagi bahan untuk mengumpat. Aku tau kau rasa kau comel, aku tau semua orang rasa kau comel tapi aku tak rasa pun HAHAHA okaylah. Just anggap aku Sooyoung hewhewhew. Kau ambillah Sunny tu.

I have to accept this.

The fact that life is never fair. Cant. Stop. Watching. Dear people of tonton, why you no found your video I want to watch supermak and tahajud cinta :(

Kalau ustazah je boleh cakap pasal agama

berapa kerat jelah yang tau pasal agama. Kelas Titas pun ponteng *terasa*. Tadi pergi sembahyang terawikh. Pergi dekat surau yang buat 8 rakaat je. Dekat masjid buat 23. Secara jujur saya lagi rela buat 8 je sebab kalau lama lama jadi makin kurang khusyuk. Saya akur iman tak begitu kuat. Rasa malu terhadap diri sendiri. Berbalik kepada solat terawikh tadi, lepas solat memang dah jadi kebiasaan surau tu ada tazkirah sepanjang bulan Ramadhan. Lepas tu surau tu memang bagus, hari pertama dia cakap pasal kepentingan majlis ilmu. Kiranya macam pembakar semangatlah untuk orang semua stay lepas solat. Jadi kat sini nak share sedikit sebanyaklah apa yang dia cakap sepanjang 45 minit tu. Antara beramal dengan berilmu, ilmu tu lebih penting. Menuntut ilmu tu fardhu ain. Terawikh bukan fardhu ain, maka duduk sekejap untuk dengar tazkirah tu lebih penting dari solat terawikh sebenarnya. Bila beramal tanpa ilmu, maka mungkin ada silaplah kat mana mana dalam amalan tu. Contohnya : Ahmad : Kenapa

Salam Ramadhan !

Menyambut Ramadhan dengan membeli hadiah untuk diri sendiri :') Salam Ramadhan semua ! Semoga bulan ini semua orang berjaya menabung pahala dengan jayanya. Tak terawikh tak apa, jangan tambah dosa sudah. Yang tak uzur tu, jangan nak pandai pandai buka puasa. Kalau dah cukup syarat nak buat bayi, tak payahlah nak saja saja tak puasa. Malu aih. Sekian sahaja dari pihak Crapola. Assalamualaikum. Tak jawab dosa. :P

AAAAAArghhhhhhh

Telah berjaya menonton episod pertama Tahajud Cinta di tonton . Ah cerita ni buat emo je. Sebab emo maka nak guna aku barulah nampak kental. Sekarang tengah nak tengok episod 2 pulak. Ya, aku memang macam tu. Emo macam mana pun, kalau aku nak tau, aku akan gagahkan jugak. Tak tahulah mampu tak nak sampai last episode, tapi tunggu jelah. Kenapa nak kena emo? 1) Cheesy dialogues. Banyak gila dialog entah apa apa. Merugikan tau sebab gambar dia dah cantik, tapi dialog dia buat spoil pulak. Tapi memang banyak cerita melayu macam tu kan. Maka tak apalah, masalah cliche negara kita. 2) Benda tak realistic. Kau pakai purdah, nampak mata je, pakai sarung tangan apa siap, takkanlah tak tau bila berdua duaan dengan lelaki boleh mendatangkan maksiat. Dahlah duduk depan gua. Lepas tu kau boleh emo pulak dia bukak purdah kau. Ahh. Lepas tu bila dia pegang tangan kau, kau tak tepis pun. Terkejut sangat sampau brain freeze. Apa apalah. 3) Benda tak realistik 2. Dia dah separuh mati, kau tak a

WW 2

Wordless weekend. Off to work !

So comel :D

Baju ronyok kita gosok.

Sekarang sedang cuba belajar main gitar sambil tengok jari orang dalam video youtube. Ada dua tempat je pun. Dia ulang ulang sepanjang lagu tu. Kalau berjaya, I'll let you know. Tapi tadi baru belajar satu key je pun dah terbaring putus asa. I'm not an internet star *yet*, but I love my followers. I've been thinking a lot about a new blog post, but now I'm not in a jolly mood, so I might end up writing a very sad post and spreads my negative energy to all of you. Itu mood chart saya. I am either extremely sad or jolly jelly. Or neutral. Ayuh cakap pasal benda lain. Kawan kawan saya hampir semua kuat orangnya. Ada 4 orang rakan baru lepas patah hati, lepas tu semua kuat dan kental. Tak ada siapa pun yang cakap "saya dah taknak bercinta lagi sebab boyfriend/girlfriend saya super shitty". Semua pun gila positif bagus bagus bagus. Tapi taknak cakap pasal diorang. Nak cakap pasal benda lain. Saya ada kawan lelaki. Dia masih ada perasaan dekat kekasih lam

WW

Untuk Lily. .

Garu kepala

Tajuk diambil berdasarkan aksi yang dibuat 3 saat sebelum menulis post baru. Source : Tumblr Ada siapa siapa tak nak belanja tengok Harry Potter. Sekarang ni musim menabung maka tak boleh bergembira ria tsk tsk. Tak apa Hawa. 6 bulan je ikat perut dan puasa hiburan berbayar. InsyaAllah lepas ni tak payah dah. Tadi pergi melihat lihat site yang mungkin agak menarik di alam maya. Lepas tu jumpa website White People Problems. Tiba tiba keluar benda ni. Okay itu je nak bagitahu. Dua bulan lepas Eja bagitahu setiap Isnin dia tengok Juvana. Lepas ni nak bagitahu dia, setiap Isnin I tengok Supermak ! Unff. Hakhakhak. :)))) *random onomatopoeia*

Cavioli

Snape. Snape. Snape. Hello semua ! Tadi saya telah pergi menonton Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 dengan si manusia berkepala pelik ini ! Perjalanan hari ini sangat lancar apabila tiada traffic jam yang lama. Pembelian tiket jugak sangat menarik apabila tidak perlu beratur panjang serta tidak risau akan ketidakcukupan tempat duduk kerana hari ini hari Khamis dan semua orang berkerja.  Selepas habis menonton wayang, kami berjalan jalan di Sony dan Machines untuk mencari barangan yang diidamkan. Selepas penat melihat semua benda, kami telah bersetuju untuk mengumpul duit dan membeli barangan Apple satu hari nanti. Selepas itu kami ke Kinokuniya dan pergi ke Baby Gaps untuk mencari Syaza Adela tapi mungkin dia tidak bekerja maka sia sia sahaja perjalanan kami tadi. Pada pukul 8 malam akhirnya kami ke Kerinchi untuk berjumpa 2 orang manusia ini pula.  dua orang manusia ini pula Setelah penat makan dan berbual, kami pun mengambil keputusan untuk pulang. Tapi sebelum pula

Dream dream dream

Kalau dekat atas jalan raya, pasti berangan angan nak dapatkan Peugeot sebagai kereta pertama. Setelah beberapa kali menyuarakan impian terhadap ibu bapa, Puan ibu telah menghancurkan angan angan dengan berkata "No, I am not going to spend that much money on a car. And besides, Hawa Nur mana ada lesen lagi." Point pertama tu sebenarnya boleh disangkal lagi sebab saya tak rasa Puan Ibu tau harga kereta Peugeot itu. Okaylah saya pun tak tahu tapi manalah tahu kereta tu murahkan? Ke tak? Haha cuba bagitahu sikit mana nak cari senarai harga kereta ni. Isy. *pergi facebook, cari orang belum tidur, tanya mana nak cari harga, jadi a complete loser bila dia tanya kereta Malaysia ke kereta apa lepas tu tanya dia balik "cuba define kereta Malaysia tu kereta apa" -_- * Kembali dengan senarai harga terkini kereta kereta idaman. Okay. Mahal mahal. Tarik balik kata kata terhadap Puan Ibu tadi. Hahaha.  308 turbo Ini kereta idaman #1. Peugeot 308 turbo. Harga : RM 118,888