Skip to main content

Baju ronyok kita gosok.

Sekarang sedang cuba belajar main gitar sambil tengok jari orang dalam video youtube. Ada dua tempat je pun. Dia ulang ulang sepanjang lagu tu. Kalau berjaya, I'll let you know. Tapi tadi baru belajar satu key je pun dah terbaring putus asa.

I'm not an internet star *yet*, but I love my followers. I've been thinking a lot about a new blog post, but now I'm not in a jolly mood, so I might end up writing a very sad post and spreads my negative energy to all of you.

Itu mood chart saya. I am either extremely sad or jolly jelly. Or neutral.

Ayuh cakap pasal benda lain.

Kawan kawan saya hampir semua kuat orangnya. Ada 4 orang rakan baru lepas patah hati, lepas tu semua kuat dan kental. Tak ada siapa pun yang cakap "saya dah taknak bercinta lagi sebab boyfriend/girlfriend saya super shitty". Semua pun gila positif bagus bagus bagus. Tapi taknak cakap pasal diorang. Nak cakap pasal benda lain.

Saya ada kawan lelaki. Dia masih ada perasaan dekat kekasih lama dia. Okay, part yang tu tak payah peduli. Tapi dia ni masih in denial. Dia ada perasaan tu, tapi dia taknak rasa lemah maka dia selalu announce yang dia tak suka ada perasaan terhadap jantina lain ni. Kalau sekali tak apa, ni macam 18 juta kali. OKAY OKAY SAYA FAHAM SAYA TAKNAK PUN MENGORAT AWAK haha. Walaupun dia rasa agak happy sikit lepas cakap benda tu, konon semua orang rasa waahh dia ni anti cinta lah, tapikan, aku rasa tu lagi nampak dia macam fragile gila. Cuba fikir balik, ada tak orang yang bagitahu dia tak suka apa apa kalau tak ada apa sebab dia nak bagitahu benda tu? Faham tak. Okaylah bagi contohkan, kalau borak borak dengan Nussow, dia suka cakap pasal benda random. Nanti tiba tiba dia cakap "Aku sukaaa gila Nasha Aziz tu. Hot gilaaa". Tak pernah pun dia cakap aku tak suka Miley Cyrus sebabnya diakan tak suka benda tu, buat apa dia nak fikir pasal benda tu kan? Make sense tak?

Rasanya dia baca blog ni. Harap harap awak faham. Jangan ada konflik dalam diri. I can read you like a book.

Oh, Azman telah publish satu link cara nak kembalikan facebook chat kepada yang lama. DAN IANYA BERJAYA ! Maka selepas dibetulkan kembali, nak tengoklah ada tak ciri ciri baru dekat chat tu. Dan saya telah jumpa ini.

Forever alone -_-"

Bencinya aku. Hahaha.

Berita baik : Comment dekat youtube dalam post ini telah mendapat 101 like. Lepas tu dia dah cakap dekat orang yang dia ada crush tu benda yang dia janji nak cakap. I know, because I asked. *penyibuk*. Hahahaha :P
Berita baik 2: Saya ada dua tabung baru.
Hal lain: I cant stop listening to 150 juta hewhewhew. 
Hal lain 2: Bila kau sedih, kau memang nak tulis extra panjang eh Hawa?

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.