Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

The day I stood in the rain and shouted I love you. (Part 2)

7.45. Jalan depan Stadium Merdeka tutup. Maka terpaksa jalan sampai entrance. Hujan dah mula turun sikit sikit. Masih bearable. Sampai je entrance dah tercungap cungap sebab penat haha dasar tak kuat stamina. Bagi tiket dekat orang jaga pintu dan masuk. Hujan dah makin lebat. Orang pintu bagi poncho tapi sebelum sampai dah beli baju hujan dekat Petronas. Masuk je stadium terus pakai baju hujan dan cari kawan kawan. Ramainya orang. Lepas 5 minit tu baru jumpa kawan. Hujan macam taknak berhenti. Sementara tunggu, dekat screen tunjuk video clip Bigbang. Masa tu dah mula excited sangat sangat. Tapi kawan cakap, tunggu dulu. Simpan tenaga. Tiba tiba ada orang atas pentas. Semua orang bersorak. Rupa rupanya orang yang jaga stage tengah mop lantai. Haha. Lepas tu hujan dah makin reda dan akhirnya dah tak hujan. Ada MC yang mula cakap cakap untuk intro, lepas dia dah habis cakap, keluarlah video macam bintang nak jatuh ke bumi. Masa tu perasaan dah mula kucar kacir dah. Tiba tiba keluar la

The day I stood in the rain and shouted I love you.

Kalau awak awak semua dah baca blog ni dari dulu atau follow twitter saya atau kawan saya, mungkin awak dah tau betapa dalamnya cinta saya terhadap Bigbang. Setelah mengharungi beberapa konflik, ikat perut, dan pelbagai lagi cabaran, akhirnya saya berjaya pergi ke konsert Bigbang pada Sabtu yang lalu ! Mari nak cerita perjalanan daripada hari tiket start di jual sampai lah sekarang. Ya, ini akan jadi blogpost yang sangat panjang. Masa hari pertama dia bukak kaunter tu, tiket dia dah sold out. Orang beli je apa apa tiket yang diorang dapat. VIP semua semangat sangat nak beli tiket sampai ada yang tunggu daripada malam tu. Tapi masa tu bulan puasa rasanya. Jadi awal awal tu memang sedih sebab macam tak ada peluang je nak pergi. Tapi masih cuba yakinkan diri jugak. Cuba tengok video ni betapa ramainya orang T.T Nasib baik ada ramai kawan dan ada social network. Akhirnya saya berjaya beli tiket sebab ada kawan jumpa orang yang nak jual. Tapi tiba tiba orang yang nak jual tu

Yoko Yoko

Hai semua. Macam mana raya haji? Seronok tak? Raya haji tahun ni agak menarik daripada tahun tahun yang lain. Pertama sekali sebab raya dekat Petaling Jaya je tahun ni. Atuk dan nenek ada dekat sini so tak payahlah pulang ke kampung. Tiba tiba guna nenek walaupun saya panggil nenek saya wan. Yang kedua pula ialah sebab saya pergi gym masa orang lelaki tengah solat Jumaat. Pertama kali pergi Fitness First. Selepas mangkuk soto yang kedua, Achik ajak pergi gym. Sebab dah rasa bersalah makan banyak, maka ikutlah Achik pergi gym, free pulak tu. Bila lagikan? Masa sampai tu terus naik treadmill 30 minit. Sambil sambil tu cuci mata tengok orang berotot angkat berat hahaha. Lepas dah naik treadmill, Achik ajar buat squat dan push up. Tapi part ni tak best sangatlah. Yang best sekali dapat minum air berkarbonat (tapi saya minum revive je okay) secara percuma dan lepas tu ada sauna dan steam room ! I like the steam room. Makes me look so fresh and pretty hehe. Tapi tak suka sauna rasa mac

Engagement ring.

Let's skip the ring and buy me a bracelet instead. Engrave it with a funny quote that only you and I can understand. Or a lyric from an annoying and crappy song that we always sing in the car together. Or your favorite catchphrase that is super weird but logical. I don't know, surprise me. *Rasa nak tulis bukulah. 

Wednesday

Moving on is hard. Growing up is hard. I can't wait for the future, but future is also a very scary place.  Homesick. Come pick me up and take me home.  "Kita nak jadi translator, lepas tu duduk rumah dengan ibu bapa" "Lepas tu nak belajar menjahit" "Tapi kalau asyik duduk rumah bila nak kahwin?" "Boleh tak nak tinggal dengan ibu bapa sampai bila bila?"

2013