Skip to main content

Kalau ustazah je boleh cakap pasal agama

berapa kerat jelah yang tau pasal agama. Kelas Titas pun ponteng *terasa*.

Tadi pergi sembahyang terawikh. Pergi dekat surau yang buat 8 rakaat je. Dekat masjid buat 23. Secara jujur saya lagi rela buat 8 je sebab kalau lama lama jadi makin kurang khusyuk. Saya akur iman tak begitu kuat. Rasa malu terhadap diri sendiri. Berbalik kepada solat terawikh tadi, lepas solat memang dah jadi kebiasaan surau tu ada tazkirah sepanjang bulan Ramadhan. Lepas tu surau tu memang bagus, hari pertama dia cakap pasal kepentingan majlis ilmu. Kiranya macam pembakar semangatlah untuk orang semua stay lepas solat. Jadi kat sini nak share sedikit sebanyaklah apa yang dia cakap sepanjang 45 minit tu.

Antara beramal dengan berilmu, ilmu tu lebih penting. Menuntut ilmu tu fardhu ain. Terawikh bukan fardhu ain, maka duduk sekejap untuk dengar tazkirah tu lebih penting dari solat terawikh sebenarnya. Bila beramal tanpa ilmu, maka mungkin ada silaplah kat mana mana dalam amalan tu. Contohnya :

Ahmad : Kenapa kau tak puasa ni?
Mohd: Aku lupa niat. Tak ingat langsung.
Ahmad : Kau sahur tak pagi tadi? Kau tau tak harini kena puasa ?
Mohd : Aku sahur, aku tau dah harini kena puasa, tapi aku tak baca niat.

Dalam dialog ni, Mohd tu sebenarnya dah salah faham. Niat tu, yang kita baca dalam hati, yang terdetik dalam hati kita. Diakan dah sahur, dah tentu tentulah sebab dia nak puasakan? Bukan sebab dia nak pergi umrah. Yang kita semangat hafal tu adalah lafaz niat. Itu tak penting pun. Ha nampak tak apa masalahnya bila beramal tanpa ilmu ? Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda "beza beramal dengan ilmu dengan beramal tanpa ilmu sama seperti keistimewaan aku keatas kamu". Kau ingat beza dia sikit? Langit dengan bumi okay.

Nabi Muhammad S.A.W pun ada bersabda, "sesungguhnya malaikat menurunkan sayapnya kepada penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.".  Ustaz tu cakap ada 3 maksud menurunkan sayapnya tu. First, malaikat memang turunkan sayap dia tu. Ustaz cakap, "kamu duduk atas karpet sekarang ni, tapi sebenarnya kamu duduk atas sayap malaikat :') ". Maksud kedua ialah, malaikat menghormati siapa yang pergi majlis ilmu. Bayangkan makhluk yang tak ada dosa langsung, menghormati kita yang hina dina ni. Maksud ketiga ialah malaikat duduk diantara orang orang yang pergi majlis ilmu.

Menyampaikan ilmu tu tanggungjawab. Sebab asyik bagi pembaca benda lagha nak dibaca, baik kongsi ilmu sikit sebanyakkan. 

Kalau nak baca lagi pasal menuntut ilmu ni, klik link kat bawah ni. Dah nak hampir serupa dah dengan apa ustaz tu cerita tadi. :)


Sekian saja dari saya. Assalamualaikum ! *angkat tangan gaya pakcik jumpa orang tepi jalan*

Comments

Nice one, Hawa! Thank you. Selamat berpuasa. :)

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.