Skip to main content

Dia cakap nama rapper aku How Wow.


Ibu saya cakap, benda yang tak boleh tulah yang paling best. 

Ayam goreng KFC lebih sedap dari ayam kukus. Tak pakai tali pinggang keledar lagi selesa dari terikat ketat pada kerusi. Peluk peluk dengan boyfriend lagi best dari stay single konon kononnya tak ada yang sayang. 

Kalau korang taknak setuju dengan contoh dia atas dengan berkata "saya tak suka makan fast food", "Saya pakai seatbelt tiap masa", "saya lebih selesa single", silalah faham yang saya tak peduli. Ini contoh sahaja. Eh tapi saya tak pernah peluk peluk dengan abang sayang sebab boyfriend sekarang dekat luar negara. Kehkehkeh. 

Pernah tak terfikir kenapa ada undang undang? Pernah tak terfikir kenapa Tuhan cakap macam ni, kenapa pemimpin cakap macam tu. Pernah tak terfikir kenapa ada guideline dalam hidup? Pernah tak terfikir kenapa ada Al-Quran, Bible, buku undang undang jalan raya dan resepi masakan? Rugilah hidup kau kalau kau tengok semua benda tu dan cakap benda tu semua tak berguna untuk kau. Sempitlah dunia kau kalau fikir macam tu.

Orang buat undang undang untuk kau selamat, nak bagi hidup kau senang. Dalam erti kata lain, undang undang ni wujud atas rasa sayang. Kalau cara pemandangan kau sempit, aku tak pastilah kau nampak ke tak benda ni.

Kalau kau mengamalkan hubungan sejenis, kau tak boleh derma darah sebab darah kau mungkin berpenyakit. Jadi tak perlu nak perjuangkan benda yang memudaratkan.

Kalau betul dia sayang/support/faham/cinta kau, dia takkan tolak kau masuk gaung.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.