Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Tapak tangan.

Nah. Lempang muka awak. H: Kte mana pernah sakitkan hati N. N: Ada. Tapi aku dah lupa. Peraturan hidup bermasyarakat #76 : Awak mungkin tak tahu awak pernah sakitkan hati orang, maka jangan nak marah banyak sangat kalau orang sakitkan hati awak. Peraturan hidup bermasyarakat #86 : Apa yang bagus untuk awak, tak semestinya bagus untuk orang lain. Apa yang awak rasa selesa, tak semua orang rasa selesa. Peraturan hidup bermasyarakat #136 : Kalau nak ambil kesempatan dekat orang boleh, tapi janganlah berharap tak ada orang ambil kesempatan dekat awak. #justsaying. Kalau dah cakap just saying maknanya tak boleh nak rasa offended lahkan. Ke macam mana? Ni cakap untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Sebab dah jelas nyata H tu untuk Hannah Montana Hawa kan?

Perempuan, isteri dan ....

Dah masuk umur 20 tahun, hampir semua rakan rakan dah mula bercerita pasal nak kahwin. Ada yang cerita pasal majlis yang dia nak, orang yang dia nak cari, tanggungjawab suami isteri dan cakap pasal poligami pun dah ada. Sudah pastilah saya juga tak terkecuali, almaklumlah inikan fasa nak cari pasangan hidup. Kyakyakya. Tadi, sewaktu tidur petang, maka adalah mimpi buruk sebab dah maghrib haha. Lepas tu mimpi kahwin terpaksa. Dahlah begitu tiba tiba sekali. Tengok tengok dah terkahwin. Jadi isteri kedua pulak tu. Kemudian, instead of feeling very happy (sebab orang tu muda, kaya dan baik), I was so sad during the whole mimpi. Sebabnya, dalam mimpi tu, bila jadi isteri orang rasa macam terikat dan dah tak ada kebebasan. Tapi itu dalam mimpilah, harap harap dalam kehidupan sebenar bukan macam tu. Bayangan saya pasal perkahwinan sangat indah, tolonglah jangan shitty macam tu. Cerita pasal kahwin nantilah, bukan orang nak tau pun hahaha. ******* Ini cerita lain. Kalau dekat twitt

6666

Sebab suka nombor yang cantik, maka semangat tunggu pelawat ke 6666. Hihi. Ada blog dah 2 tahun, tapi sikit je pelawat, bila nak jadi selebriti internet ni? Ekekeke. Beberapa hari yang lalu, saya telah pergi berjumpa dengan rakan lama sewaktu di asasi. Sungguh tak percaya apabila hampir tak mahu pergi sebab bangun lewat je. Hampagas punya Hawa. Tapi selepas kaunseling percuma dari Eja, maka berangkatlah saya ke Mid Valley pada tengahhari panas terik. Kehkehkeh Dekat Mid Valley saya jumpa orang orang ini Adenin Afeze Lepas tu Afeze tukar baju, maka ini Afeze lagi. Hahaha. Ini Arefe. Farid   Mukhlis Overall, keluar ni agak bestlah. Tak perasan ada borak borak ke tak. Tapi tiba tiba je dah 4 jam berlalu. Diorang budak baik maka kena pulang awal, maka saya pun menjadi budak baik juga. Eceh macamlah jahat sangat balik lambat tu. Haha. Okay dah tak tau apa nak cakap selain saya gembira dapat jumpa kawan lama. Afeze, cepatlah pindah sini balik ! Lepas

Minggu Assignment.

Minggu ni tidur pada waktu pelik pelik. Ada je masa nak tidur, tidur sehabis baik. Bila minggu assignment nilah baru nak feeling feeling student sikit. Tak nampak rajinlah kalau tak ada eye bag kan? Hahaha.  Harini berjaya buat penemuan baru apabila dah berjaya scan menggunakan printer. Hoyeah ! Kalau tak memang sampai bila pun, guna untuk print jelah kot. Nanti nak scan muka dekat situ lepas tu buat jadi kad raya.  Rasanya patut tidur sekarang. Lagi sejam dah kena bangun dah. Bye !

Halwa telinga.

Comelnyaaaa. Kalau awak rasa tak, tak peduli pun hihi.  Waktu kecik semua, kawan ittew panggil kittew halwa. Sampai sekarang ittew tak tau halwa tu apa. 

Jual anak?

A: Zaman sekarang ni, susah nak kahwin sebab parents yang sibuk sibuk nak letak duit hantaran mahal, nak menantu kerja tinggi tinggi. Sebab tulah banyak maksiat berleluasa. Nak mahal mahal buat apa? Nak jual anak ke? Kitorang baru graduate, mana ada duit. B: Bila dah jadi parents nanti, sanggup ke tengok anak kahwin dengan orang tak stabil? Kerja berpuluh tahun sara anak, tiba tiba nak lepaskan anak tu dekat lelaki belum kerja, kehidupan pun kurang senang.  A: Macamlah parents dia tu dari dulu kaya. Mesti pernah ada masa dia tak berapa kayakan? B: Sebab dia tahu perasaan tak berapa kaya tu lah dia taknak anak dia macamtu. Sekarang makin ramai orang, makin lambat pulak orang pencen. Mak ayah dia dah lebih makan garam. Yang pasal maksiat tu, kalau kahwin sekadar untuk nafsu je, tak ke mana. Kalau kuat iman, duduk dalam bilik berdua duaan pun tak jadi apa. Apalah salahnya tunggu sekejap. At least ada kerja stabil. Dah bercinta 3 tahun, apalah sangat 2 tahun lagi.  Banyak kawan k

Goodbye baby goodbye.

Semalam, lepas seminggu bercuti, akhirnya saya keluar dari kempompong dan jumpa orang lain selain ahli keluarga tercinta. Bukan itu sahaja, ini bukan kawan kawan biasa, ini kawan yang luar daripada zon selesa pulak tu. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah ada kawan lain haha. Kalau tak selama memang keluar dengan orang yang sama je tanpa buat effort pun untuk jumpa orang lain selain mereka. Tapi it was a bit awkward. Kitorang dah biasa bila keluar ikut je flow orang, maka semalam banyaklah adegan adegan seperti ini A: Nak pergi mana ni? H: Tak tau. Ikut jelah. A: Hm, tak kisah pun. A: Nak makan? H: Nak. A: Nak makan kat mana? H: Oh, tak kisah pun. Ikut je mana mana. Oh memang tak kemanalah. Nasib baik akhirnya beliau membuat inisiatif dan akhirnya kami berjaya membeli barangan yang dikehendaki, dan makan makanan yang mengenyangkan. Sebagai bonus, berjaya tengok wayang jugak. Hoyeah.  Kalau siapa siapa nak tengok wayang, pergilah tengok Tower Heis
I have loved you for a thousand years, I'll love you for a thousand more. Tapi I baru umur 20 tahun ekeke. Okay tak kelakar. Byebye people.

Jahit mulut tutup.

Macam tahu bahasa lain, macam duduk dalam dunia lain.

Gigi Ilmu.

Beberapa hari yang lalu, Eja tak berapa sihat. Selepas beberapa hari, dia dah tak mampu terima kenyataan yang dia dah tak larat maka dia pun nak pergi Pusat Kesihatan. Sebab kami (The Divas) ni adalah sehati sejiwa, mana mungkin kami biarkan dia pergi berseorangan. Maka saya, Zue, Tiq dan Apek pun temanlah dia pergi situ. Sampai dekat sana, semangatlah nak buat check up. Bukan Eja je, semua orang. Haha. Tiq pergi check darah dia group apa. Apek pergi scaling gigi, Saya dan Zue pergi check gigi saja saja. Nama pun free. Rugilah kalau tak ambil kesempatan. Ikuti perbualan saya dan doktor gigi. D : Okay, gigi awak kenapa? H : Gusi saya selalu bengkak. Susah nak gosok gigi. D : Okay, duduk situ. H : *duduk dengan selesa* D : Nganga mulut. *cakap benda benda doktor gigi je faham* D : Okay, ini masalah gigi bongsu. Nanti kalau awak nak cabut gigi tu, datanglah, nanti saya setkan appointment dengan Fakulti Pergigian. *Hulur pamphlet* H : Tapi saya rasa bengkak ni sebab saya

Dia cakap nama rapper aku How Wow.

Ibu saya cakap, benda yang tak boleh tulah yang paling best.  Ayam goreng KFC lebih sedap dari ayam kukus. Tak pakai tali pinggang keledar lagi selesa dari terikat ketat pada kerusi. Peluk peluk dengan boyfriend lagi best dari stay single konon kononnya tak ada yang sayang.  Kalau korang taknak setuju dengan contoh dia atas dengan berkata "saya tak suka makan fast food", "Saya pakai seatbelt tiap masa", "saya lebih selesa single", silalah faham yang saya tak peduli. Ini contoh sahaja. Eh tapi saya tak pernah peluk peluk dengan abang sayang sebab boyfriend sekarang dekat luar negara. Kehkehkeh.  Pernah tak terfikir kenapa ada undang undang? Pernah tak terfikir kenapa Tuhan cakap macam ni, kenapa pemimpin cakap macam tu. Pernah tak terfikir kenapa ada guideline dalam hidup? Pernah tak terfikir kenapa ada Al-Quran, Bible, buku undang undang jalan raya dan resepi masakan? Rugilah hidup kau kalau kau tengok semua benda tu dan cakap benda tu sem

Come home.

Sekali sekala muncul okay jugak. Tapi hilang terus lagi bagus. Sebab asyik tweet mweet, maka sekarang hanya power micro-blogging. Dah lupa cara nak blog panjang panjang. Haha ya, ini adalah tipu semata mata.  Kepada rakan rakan, maaf. Telefon saya jarang berfungsi sejak akhir akhir ni. Bak kata rakan rakan terdekat, dah boleh campak telefon ke laut. Kalau saya reply mesej awak, sila rasa diri bertuah sekarang. Kalau tak reply tu maknanya saya lambat perasanlah tu.  Mungkin perlu tidur sekarang. Esok oral dan listening test untuk mandarin. Doakan saya ! :) Nanti akan cuba buat post sebenar. Hihi bye !