Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

From Selangor to Kedah, with love (Part 2)

Sejurus saya mempublish post sebelum ini, saya terus menaip post kedua hahaha dasar tamak. Dah lepas balik dari rumah P Ramlee, kitorang pun pergilah ke kawasan yang ada Komtar untuk melihat lihat. Saya berjaya membeli jeruk sebanyak RM17 dan memakan cendol sambil berdiri. Lepas itu kami pun keluar dari Pulau Pinang. bagi yang tak tahu, Pulau pinang ni ada dua. Satu pulau, satu lagu tak pulau hahahaha. Yang pualu ni boleh pergi guna feri dan guna jambatan. Sebab kitorang dah pergi naik feri, maka balik pula menaikilah jambatan. Tolong abaikan muka keserabaian -_-" Inilah rupa jambatan kalau awak tak tahu Lepas naik jambatan, kitorang pun pergilah ketempat Pasangan Kembar itu bekerja. Tapi sebelum itu makan makan dahulu sebab nak kejar masa. Setiap hari mak Syed suruh balik sebelum Maghrib :)) Muka tekun menulis menu Apabila pulang baru sedar tak ambil langsung gambar Pasangan Kembar maka curi sahaja gambar mereka dari facebook. Buat siapa siapa yang tak kenal,

From Selangor to Kedah, with love (Part 1)

Kehkehkeh tajuk je Bahasa Inggeris, lalu diteruskan dengan berbahasa Melayu :P Pada Ahad yang lepas saya telah ke Kedah dengan menaiki keretapi! 12 jam okay atas keretapi, maka bontot sudah seakan akan flat. Seakan akan jelah. Sebenarnya perjalanan dia 10 jam je, lepas tu keretapi rosak. Itu adalah 12 jam paling lama dalam hidup saya -_-" Hihi itu status tanda teruja tapi keterujaan itu hilang akibat terlalu lama dalam keretapi :O Setelah sampai di Alor Setar, denin dan ibunya pun mengambil saya dan bawa pulang ke rumah mereka. Lepas tu Denin cakap Syed akan ambil pada pukul 11 pagi jadi kalau nak berehat, rehatlah sekarang. Maka tanpa membuang masa saya menghabiskan nasi lemak lalu tidur. Rasa macam nak cakap je no need to take me anywhere, you guys go crazy by yourself je okay? Tapi denin tetap gigih mengkejut saya lalu kami pun pergilah mengembara ke Alor Star mall. Pergi kesana untuk membeli sedikit barang dan akhirnya kami bersetuju untuk menonton Kak Li

Dah Berubah Dah Sekarang

Do you think I look pretty here? *wink wink* Haha pergi jalan jalan dekat internet dan jumpa website to makeover your face :)) This is ugleyh I know. Jangan risau. Just posting it nak cakap saya pun tangkap gambar myspace HAHAHAHA!

Surat Untuk Ashwang Wang Wang :)

Mohd Ashwan Ashraf  No 30, Yemen Yemen Darul Ehsan Kehadapan Ashwan yang dikasihi, (kehkehkeh) Minta maaf sebab selalu ejek awak sotong. Tapi saya takkan berhenti panggil awak itu. Awak sentiasa sotong dihati saya (HAHAHA). Terima kasih sebab jadi kawan yang baik. Saya harap awak belikan tshirt dari Yemen seperti yang telah kita bincangkan dulu. SAYA MAHU TSHIRT DARI YEMEN. Tapi kalau awak tak ada duit, takpelah. Sila belikan saya hadiah lain sebagai pengganti:P.  Masa saya kenal awak dahulu, awak kurang fasih berbahasa melayu. Tapi bila awak bagi pidato yang hebat di hadapan kelas, semua orang pun tergamam. Rupa rupanya Nisa Tyco yang buatkan. Hampeh sungguh awak ni. Lebih hampeh lagi apabila cikgu yang dapat rasakan taktik awak itu. Lantas cikgu suruh awak tunjukkan kertas yang ada tulisan Nisa Tyco. Tapi takpelah, kenangan yang baik. Kenangan kedua yang saya tidak lupa ialah apabila ada spotcheck di sekolah. Awak pakai telefon 3310. Tapi tu masa tahun 2004, maka 3310 tu umpama T

Cinta Jarak Jauh?

Hari ni keluar dengan Cik Hanalulu, Hasif dan berjumpa sebentar dengan Memerang Myra:) Tujuan keluar adalah untuk topup rapidpass dan tengok wayang. Tak munasabahlahkan kalau pergi sampai klcc semata mata nak topup rapidpass je kan. Sebelum tengok wayang tu, macam ada percanggahan pendapat tentang cerita yang kitorang nak tengok. I want to watch piranha tapi Cik Hanalulu kata Nussow cakap Going The Distance best. Dia siap ugut taknak pergi lagi kalau taknak tengok cerita tu. Then baiklah, selepas beberapa lama maka setujulah dengan kehendak mokcik tu. Maka gembiralah dia sepanjang perjalanan haha. Sebab dah tengok cerita tu, maka bolehlah bagi sedikit review untuk membantu rakan rakan agar tidak membuat percaturan yang salah. Kalau nak bagi markah, cerita ni mungkin boleh dapat 4.89/10. Cerita ni mendapat markah untuk isi dia, dan sedikit markah untuk humor dan kebanyakannya untuk Justin Long. Kalau tiada Justin Long yang menangis kerana terpaksa berpisah, maka tak menariklah cerita in

SAYA BENCI SUPER JUNIOR

Sebab buat video penuh adegan comel padahal takde lelaki pun yang akan ikat tali kasut girlfriend dia sendiri. Kalau ada sila tampil kehadapan saya ambil awak jadi boyfriend saya dan saya akan mula pakai sneakers. :D Sila tonton dengan muka teruja. Lepas tu boleh senyum senyum dalam tidur sambil bermimpi indah:) Tak cukup lagi? You want more?? WE WANT MORE!! *fangirls scream* Ini live version. Kalau nak tahu hebat ke tak penyanyi tu, dengar yang live version. Dan mereka sangat hebat ! Jjang ! *eceh insert word korea konon hebat :P* Kalau dalam Super Junior, orang yang paling diminati adalah Heechul. Tapi kalau siapa tak suka lelaki macam ala ala lembut tu, tak payah cari dia yang mana. Mesti korang menyampah. Haha lagi sikit orang suka MY Heechul, lagi saya gembira :P Lepas tu dia macam senang nak dilihat sebab biasanya dia lain dari yang lain. Lepas tu dia comel gila haha tapi sekarang kat tumblr ada banyak gambar dia yang semakin macho haha :D Lepas tu orang kedua adalah Eeteuk. Suka

april 2nd

ini si gigi besar dan rambut tak terurus. hahahahaha:)) kalau tengok pose dia dalam gambar ni, dia ambil gambar dia sendiri. kalau orang lain nak berlagak macho, dia nak jadi orang lidah panjang yang tunjuk gigi. sebab tu saya rasa kawan saya ni lagi power dari orang lain *lepas ni tak payah mengada nak tangkap gambar macam ni konon nak jadi power* kawan saya ni hebat. ada kuasa. kalau kereta vitara dia taknak bergerak, dia akan cakap dengan kereta dia. insyaAllah, lajulah kereta tu maka sempatlah saya dan zulaikha masuk mawar sebelum curfew. masa dia cuti, dia la orang paling rajin. cakap je bila, pasti dia ada kat situ. dia ni pun a friend in need. masa nak buat storytelling dulu, dia sanggup bangun awal untuk hantar pergi intec, and tolong carikkan barbie masa malam buta untuk kawan dia. coolkan? kawan awak macam tu tak? haha. kawan saya lain dari yang lain. dia ada girlfriend tapi tak lupa kawan. DIA CUMA LUPA NAK BAGITAHU NAMA GIRLFRIEND DIA DEKAT KAWAN DIA. tapi takpe, nanti mayb