Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Fussy eater.

Nanti nak hafal lagu ni lepas tu nyanyi dekat orang yang semua benda tak boleh makan. Haha lepas tu bolehlah nyanyi untuk diri sendiri sebab diri sendiri pun gedik banyak sangat pantang larang bila nak makan hoho. Terima kasih kepada Abe Nussow sebab suruh saya dengar lagu ni. Tapi lagu perform this way to is very disturbing so I shall not share it here sebab kedekut. Awak semua apa khabar? Sihat? Saya sihat tapi tangan menggigil sebab tadi selepas 4 bulan tak main trombone, mula bermain trombone kembali. Semua benda pun dah lupa. Scaling pun dah tunggang terbalik. Siapa ada kereta bawaklah saya pergi training hari Selasa dan Jumaat. Ini lari topik sedikit, Hyuna 4minute tu gila comel. Okay tu je. Byebye semua !

Bunga Bunga Kecil

Budak jahat naik teksi

Soo young and Yuri <3

Sebab

Ambil benda itu buang jauh jauh, sebab aku tahu aku tak akan pergi jauh kalau aku ada benda itu. "Perempuan sekarang dah tak boleh tunggu lelaki, kalau nak tunggu kau nak kahwin dengan siapa. Kau tak cakap mana dia nak tau?" Tarik nafas, kumpul kekuatan. Malam terakhir itu, aku pandang mata kau dan aku nampak sesuatu. Aku tak boleh sayang orang kalau orang tu tak sayang diri sendiri. "Ini last, lepas ini tak ada dah." Minta maaf, aku dah taknak peduli. Sebab kau tak pernah peduli. ********************* Kalau aku cakap banyak, nanti kau tau semua. 

The way you move your body.

Setiap akhir akhir ni selalu cari cover lagu ni, tapi tak pernah pun dengar lagu dia yang original. Kenapa cari cover? Sebab cover lagukan banyak variety. Jadi boleh pilih mana yang paling menarik. Haha. Okay, sekarang nak letak cover cover dia pulak. Tho people might not listen, post dekat blog adalah kerana nanti tak payah nak pergi youtube cari lain kehkehkeh :P Yang ini paling menarik kot, sebab siap letak bahasa lain lagi. Biasanya orang tukar sikit sikit je. Dan orang perempuan bersuara serak serak basah adalah seksi. Betul tak? Haha. Tyler Ward ni memang hampir semua cover dia sedap. Christina Grimmie pun sama. Dan muka dan gigi dia comel maka markah extra. Rambut dia pun menarik sebab macam ada ruang kosong antara kepala dan rambut. Faham tak? Sam Tsui ni taknak komen apa apa sebab semua pun memang sedap. Eh kau siapa nak komen hahaha. Tapi inilah antara cover cover yang suka. Demi Lavato pun ada jugak, tapi tak penuh dan audio tak berapa clear. Tapi Demi adalah D

Fakta

Berapa lama masa yang perlu diambil oleh Cik Hawa untuk menghilangkan barang ? 30 saat. Tadi habis sepah bilik cari USB yang pinjam. Jumpa, pegang, tengok tempat lain, hilang balik. *selongkar selongkar, cari cari* Okay dah jumpa. Sekarang semua orang, cuba teka apa benda ni. Sekian terima kasih. Tak ada apa pun nak cakap. Saja mengada nak update haha

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.

Berjanji dengan diri sendiri tak akan cakap pasal politik sebelum boleh mengundi. Cakap banyak pun tak gunakan? Unless kalau kau anak perdana menteri atau orang orang besar politik yang lain. Ayah saya jual kuih. Sekian. Ini bukan pasal politik. Jadi syarikat telekomunikasi suruh bayar tax 6% untuk topup. Secara jujurnya, saya tak begitu rasa nak marah sebab akhirnya saya tetap akan topup 2 minggu sekali tak kisahlah banyak mana pun cukainya. Why bother getting mad kalau nak duduk komplen depan laptop je kan? Tapi kalau saya adalah salah seorang yang susah payah hantar petisyen supaya cukai tu dibatalkan, mungkin baru akan rasa marah. Kalau korang tak rasa macam tu tak apa. Tak perlu nak ceramah kenapa saya perlu lebih prihatin terhadap negara. Tapi itu bukan isunya sekarang. Isunya ialah tak faham kenapa semua orang nak salahkan Najib dan Rosmah dalam hal ini. Kalau ada orang random cakap korang mencuri, mesti korang akan cakap "Apa fitnah fitnah ni. Fitnah itu lebih teruk

Meet me in the pouring rain and bring me McDonald

Hari ini hujan. Ibu bapa pergi Seremban dan saya tak tahu kenapa Bapa bagi duit untuk beli barang apabila di luar adalah hari hujan. Dan kawasan rumah adalah tidak selamat untuk berjalan riang ria. Maka sebab tak berlesen dan tak tahu nombor telefon teksi, saya mengambil keputusan untuk mengorder McDonald. Itu sahaja yang termampu kalau tak terbaring atas sofa makan kuih raya tsk tsk. Kalau siapa siapa ada tumblr, mungkin ada terjumpa post how to make a rap song. Kalau tak jumpa/tak ada tumblr, mari tengok sini. Okay dengar dua dua video ni serentak dan anda telah berjaya membuat lagu rap. Hoyeah. Sekian sahaja dari saya. Byebye !

Let's go all the way tonight.

Nampaknya trio SEMASHUR di kampus TESL memang cemerlang apabila kadar pertumbuhan ROS report adalah di kadar yang sama. Great minds think alike. September wishlist : #1 Report siap dengan sendirinya. #2 Tiket Korean Music Wave. #3 Best friend to have enough money so that we can go there together. #4 Binocular. #5 More money. #6 T.O.P Nussow, kita harus pergi sebab ada dan dan dan *menggunakan hormon sebagai daya tarikan. **siapa iman kurang jangan tengok. ***siapa kuat mengumpat/selalu tak puas hati terhadap semua benda/bertenaga negatif jangan tengok. Okay itu sahaja. Nanti kalau ada masa saya cerita pasal kisah tidur dan abang posmen.