Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Class !

Dapat kelas ada 38 orang pelajar memang mencabar. Syukur minggu ni minggu terakhir kelas untuk bulan puasa dan saya tak perlu puasa. Tadi rasanya jerit Class ! Class ! lebih daripada 300 kali. Mula mula separuh kelas taknak cooperate, tiba tiba lepas buka cerita Wolverine dan Kpop Dan Justin Bieber, semua menjerit jerit nak participate dalam kelas. Tak pasti nak bersyukur ke macam mana. Habis je kelas, terus sakit dada dan hilang suara. Esok ada 3 kelas, tak termasuk kelas ganti. Marilah berdoa tak pengsan sebelum habis kelas. (dan semua cikgu datang maka tak perlu masuk kelas lain)(I tak siap lagi lesson plan ni) Tapi penat macam mana pun, seronok bila habis kelas ada pelajar datang salam cium tangan, lepas tu jumpa mana mana cakap "Hai teacher !". Rasanya mungkin dah ada jiwa guru ni acewah.

Good Morning Teacher.

Dah habis pre-practicum. Lagi 3 hari dah mulalah practicum. Dah tau dapat sekolah mana tapi taknak bagitau takut orang stalk saya nanti hahaha. Tak taulah sekarang ni stress ke homesick ke apa benda, tapi rasa macam malaaaaas sangat nak buat apa apa. Bukan malas, dia macam tak ada semangat. Nak berbuka pun tak bersemangat, something must be wrong somewhere. Tapi mungkin tak cukup tenaga kot sebab memang selalu kalau puasa dekat Shah Alam mesti malas nak berbuka. Is this normalll? Semoga dah masuk sekolah nanti bertenaga sepanjang masa. Syukur ada dua minggu je puasa dekat sekolah. Ahhh berdebarnya. Doakan semua pelajar dekat Malaysia ni bagus bagus belaka. Okaylah. Nak masak. Bye !
Mulai esok dah kena cari makanan sahur dan berbuka sendiri. Kalau malas, kena berasak asak beli makanan dekat bazar. I dont like bazar that much. Tak pasti sebab sesak ataupun tak suka beratur hahaha. I really don't like beratur I dont know why. Sebab tu jarang makan dekat food court. Esok dah start pre-practicum. Dah kena jumpa lecturer dan masuk kelas macam biasa. Tadi tengok jadual pre-practicum lepas tu fikir "Ada makanan ke nanti?" Haha puasa nak makan apaaaa. Okay dah tak ada darah dekat perut aahhh butterfly in my stomach dude I am not ready for this I want to lay around and watch Phil and Dan on youtube and Dating Agency and I can hear your voice. Bye.

Assalamualaikum !

Kalau nak cakap pasal agama, mungkin saya paling tak layak sekali. Ilmu tak banyak dan iman tak berapa nak kuat. Dosa pun bergunung gunung. Nak berubah mendadak terus memanglah susah, tapi kita mula sikit sikitlah okay? Sikit sikit insyaAllah jadi bukit. Ni tips yang dapat masa dengar tazkirah dekat surau lepas tarawikh. Alhamdulillah, bulan ni baru sekali tak terawikh. Tapi lebih baguslah daripada tahun lepas sebab pergi sekali je. You can judge me all you want because it is true, I didn't go last year because I was lazy, and I am not proud of it. Okay, tips pertama yang saya dapat. Niat dan lafazkan syukur setiap hari. Banyak orang buat benda, tapi sia sia je sebab dia tak niat buat benda tu kerana Allah. Jadi, lepas ni bila bangun tu, terus niat. Kalau tak tau nak cakap macam mana boleh guna ayat ni sebagai garis panduan "Ya Allah, semua yang aku lakukan harini adalah untuk Mu, semoga amalan ku harini tak sia sia". Ni contohlah. Ustaz tu ada bagi niat dia, tapi tak b

Salam Ramadhan !

Saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menahan nafsu kepada semua ! Malam tadi, sebab semangat nak puasa, minum 2 liter lebih air. Lepas tu, dalam masa dua jam 5 kali pergi tandas. Selamat tinggal toksin. Kawan kawan semua sila jaga diri masa puasa okay. Lagi lagi yang tengah ataupun nak intern/practicum. Jangan pengsan masa kerja pulak. Malu okay pengsan. Trust me, I know. Masa pergi terawikh tadi ustaz cakap Allah bagi peluang dekat umat Nabi Muhammad untuk buat pahala masa bulan Ramadhan sebab masa ni syaitan kena ikat. Yang nak kena lawan cuma nafsu je. Maka 1 lawan 1, perlawanan adil. Lepas tu ustaz cakap pasal malam Lailatulqadar, dia cakap Allah bagi malam Lailatulqadar ni sebab umat Nabi Muhammad ni jangka hayat cuma 60-70 tahun je, tak macam umat nabi lain. Jadi dalam satu hari ni, kalau dapat untuk 20 tahun maka samalah amalan kita dengan umat nabi lain. Sekarang nak tidur sebab memang masa cuti jadual hidup dah terbalik haha. Takpelah kot sebab kalau tak mesti a

Practicum.

Baru dua hari buat azam, dah lupakan azam. Apa ni. Senarai practicum akan dapat minggu depan. Saya berpasangan dengan Eja. Agak menakutkan sebenarnya. Nak jadi cikgu ni lain dengan intern benda lain. Bila intern dekat benda lain, semua orang datang dan tau awak datang nak belajar dan tak ada siapa yang ada expectation yang awak adalah pandai dalam bidang tersebut. Tapi kalau jadi cikgu, cikgu lain mungkin anggap awak tak pandai dan boleh buat salah, tapi pelajar? Dah jadi cikgu takkan tak pandai kot. Kalau dalam otak diorang dah drill yang cikgu tak boleh buat salah, ha macam mana? Tak suka bila risau sebab nanti mulalah fikir panjang. Dan bila saya cakap panjang, maksudnya panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat. Ahh, cuba siapa siapa hilangkan resah gelisah dalam hati ni. Alang alang cerita tentang benda meresahkan ni, Mesir sekarang ni dah tak berapa nak aman sebab diorang baru je jatuhkan pemimpin diorang. Tapi jangan risau, Allah berada di pihak yang benar. Cumanya yang lebi

Part 7

Hello. Saya dah tamat part 6. Saya sedang bercuti selama dua minggu sebelum memulakan practicum. Bila sebut je perkataan practicum, terus perut rasa berkecamuk dan macam darah tak sampai ke kepala. Doakan kami semua dapat sekolah awesome dan students pun awesome serta makanan murah dan sedap. Cuti  ni kalau boleh nak update blog tiap tiap minggu (kononnya), maka doakanlah saya rajin. Lepas ni semua orang dah boleh start panggil saya teacher. Hewhew :3 Ah kena beli banyak tudung barulah takkan nak pakai 4 tudung yang sama tiap tiap minggu macam pergi kelas. Okay bye nak pergi pujuk ibu bapa pergi shopping.