Skip to main content

Perempuan, isteri dan ....

Dah masuk umur 20 tahun, hampir semua rakan rakan dah mula bercerita pasal nak kahwin. Ada yang cerita pasal majlis yang dia nak, orang yang dia nak cari, tanggungjawab suami isteri dan cakap pasal poligami pun dah ada. Sudah pastilah saya juga tak terkecuali, almaklumlah inikan fasa nak cari pasangan hidup. Kyakyakya.

Tadi, sewaktu tidur petang, maka adalah mimpi buruk sebab dah maghrib haha. Lepas tu mimpi kahwin terpaksa. Dahlah begitu tiba tiba sekali. Tengok tengok dah terkahwin. Jadi isteri kedua pulak tu. Kemudian, instead of feeling very happy (sebab orang tu muda, kaya dan baik), I was so sad during the whole mimpi. Sebabnya, dalam mimpi tu, bila jadi isteri orang rasa macam terikat dan dah tak ada kebebasan.

Tapi itu dalam mimpilah, harap harap dalam kehidupan sebenar bukan macam tu. Bayangan saya pasal perkahwinan sangat indah, tolonglah jangan shitty macam tu. Cerita pasal kahwin nantilah, bukan orang nak tau pun hahaha.

*******

Ini cerita lain. Kalau dekat twitter dan facebook, mesti selalu rasa orang in love ni entah apa apa. Lepas tu mesti make fun of diorang punya status yang hiperbola secara diam diam. Bukan semua pasangan bercinta macam ni lah. Tapi ada beberapa orang kan. Lepas tu mungkin Tuhan dah taknak bagi mengumpat orang secara diam, sebab selepas beberapa kali refresh dia taknak keluar apa apa.


Sadis gilakan? Boleh tengok benda tu je. Eh tapi gambar tu letak sendirilah. Bukan facebook yang bagi. Kalau facebook yang bagi macam tu, nak menangis di sudut bilik haha. Sekian sahaja, terima kasih.

Comments

Hawa! kita dah 3 kali mimpi kena kahwin paksa. and itu bukan tido maghrib, itu tido malam. T_T

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.