Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

From Selangor to Kedah, with love (Part 2)

Sejurus saya mempublish post sebelum ini, saya terus menaip post kedua hahaha dasar tamak. Dah lepas balik dari rumah P Ramlee, kitorang pun pergilah ke kawasan yang ada Komtar untuk melihat lihat. Saya berjaya membeli jeruk sebanyak RM17 dan memakan cendol sambil berdiri. Lepas itu kami pun keluar dari Pulau Pinang. bagi yang tak tahu, Pulau pinang ni ada dua. Satu pulau, satu lagu tak pulau hahahaha. Yang pualu ni boleh pergi guna feri dan guna jambatan. Sebab kitorang dah pergi naik feri, maka balik pula menaikilah jambatan. Tolong abaikan muka keserabaian -_-" Inilah rupa jambatan kalau awak tak tahu Lepas naik jambatan, kitorang pun pergilah ketempat Pasangan Kembar itu bekerja. Tapi sebelum itu makan makan dahulu sebab nak kejar masa. Setiap hari mak Syed suruh balik sebelum Maghrib :)) Muka tekun menulis menu Apabila pulang baru sedar tak ambil langsung gambar Pasangan Kembar maka curi sahaja gambar mereka dari facebook. Buat siapa siapa yang tak kenal,

From Selangor to Kedah, with love (Part 1)

Kehkehkeh tajuk je Bahasa Inggeris, lalu diteruskan dengan berbahasa Melayu :P Pada Ahad yang lepas saya telah ke Kedah dengan menaiki keretapi! 12 jam okay atas keretapi, maka bontot sudah seakan akan flat. Seakan akan jelah. Sebenarnya perjalanan dia 10 jam je, lepas tu keretapi rosak. Itu adalah 12 jam paling lama dalam hidup saya -_-" Hihi itu status tanda teruja tapi keterujaan itu hilang akibat terlalu lama dalam keretapi :O Setelah sampai di Alor Setar, denin dan ibunya pun mengambil saya dan bawa pulang ke rumah mereka. Lepas tu Denin cakap Syed akan ambil pada pukul 11 pagi jadi kalau nak berehat, rehatlah sekarang. Maka tanpa membuang masa saya menghabiskan nasi lemak lalu tidur. Rasa macam nak cakap je no need to take me anywhere, you guys go crazy by yourself je okay? Tapi denin tetap gigih mengkejut saya lalu kami pun pergilah mengembara ke Alor Star mall. Pergi kesana untuk membeli sedikit barang dan akhirnya kami bersetuju untuk menonton Kak Li