Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

HeartsDay : Holy Smoke Cafe

Semua orang tau, 14 Februari ialah hari Valentine. Tapi bagi yang tak sambut Valentine, itu ialah hari yang bagus untuk beli bunga atau choklat dan makan dekat restoran menarik sebab ada banyak promosi menarik. Tak sambut tak apa (saya tak sambut jugak dont worry you're not alone :D), tapi ada promosi menarik kita jangan lepaskan haha boleh ke macam ni? Bercakap pasal promosi di hari Valentine, saya dan beberapa blogger lain telah dijemput ke Holy Smoke Cafe untuk cuba makanan promosi HeartsDay mereka dan juga beberapa signature dish lain yang ada all-year around. Holy Smoke Cafe ni terletak di seksyen 13 Shah Alam dan ianya baru dibuka 3 bulan yang lalu. Sebelum ni mungkin orang Shah Alam pernah nampak tempat ni, tapi dia letak kereta je maka orang tak tau fungsi tempat ni apa. Tapi sekarang dah buka marilah pergi beramai ramai. Okay, sekarang nak tunjuk menu yang ada dalam promosi HeartsDay ni (tiba tiba lompat isi hahaha) Seperti yang telah tertera diatas, harga promosi n

Unacceptable !

Sebab tak cukup staff, ibu ambil anak kawan dia untuk kerja. Sebab dia anak kawan, maka dia dapat special treatment sebagai anak angkat dan bukan staff. Ini juga bermaksud saya telah mendapat roommate baru. Okay je dapat roommate baru ni, kalau dia adalah Eja atau kawan kawan yang kalau tertepuk tampar dia boleh maafkan, tapi orang ni bukan Eja and I don't know how to define our relationship and I am pretty bad at socializing with people. Buat masa ni mungkin dah dekat sebulan kot dia tinggal sini dan semuanya seperti okay, cuma dia tak suka tutup pintu rapat rapat -__-. Semasa type ni dia tengah keluar bilik dan tak tutup pintu (sia sia je pura pura pergi tandas untuk tutup pintu sebelum ni). Dan air-cond sedang terpasang ! Kita kena jimat eletrik !  Dan lagi satu, kalau pintu tak tutup, telinga macam tak selesa sebab boleh dengar bunyi dunia luar. Kalau nak dengar dunia luar I would sit outside, not inside my comfy cocoon. Mungkin jalan penyelesaian yang mudah adalah bagitahu