Skip to main content

The way you move your body.



Setiap akhir akhir ni selalu cari cover lagu ni, tapi tak pernah pun dengar lagu dia yang original. Kenapa cari cover? Sebab cover lagukan banyak variety. Jadi boleh pilih mana yang paling menarik. Haha. Okay, sekarang nak letak cover cover dia pulak. Tho people might not listen, post dekat blog adalah kerana nanti tak payah nak pergi youtube cari lain kehkehkeh :P



Yang ini paling menarik kot, sebab siap letak bahasa lain lagi. Biasanya orang tukar sikit sikit je. Dan orang perempuan bersuara serak serak basah adalah seksi. Betul tak? Haha.



Tyler Ward ni memang hampir semua cover dia sedap. Christina Grimmie pun sama. Dan muka dan gigi dia comel maka markah extra. Rambut dia pun menarik sebab macam ada ruang kosong antara kepala dan rambut. Faham tak?



Sam Tsui ni taknak komen apa apa sebab semua pun memang sedap. Eh kau siapa nak komen hahaha. Tapi inilah antara cover cover yang suka. Demi Lavato pun ada jugak, tapi tak penuh dan audio tak berapa clear. Tapi Demi adalah Demi, suara dia memang sedap. Sekian sahaja dari saya :D


Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.