Skip to main content

Jual anak?

A: Zaman sekarang ni, susah nak kahwin sebab parents yang sibuk sibuk nak letak duit hantaran mahal, nak menantu kerja tinggi tinggi. Sebab tulah banyak maksiat berleluasa. Nak mahal mahal buat apa? Nak jual anak ke? Kitorang baru graduate, mana ada duit.
B: Bila dah jadi parents nanti, sanggup ke tengok anak kahwin dengan orang tak stabil? Kerja berpuluh tahun sara anak, tiba tiba nak lepaskan anak tu dekat lelaki belum kerja, kehidupan pun kurang senang. 
A: Macamlah parents dia tu dari dulu kaya. Mesti pernah ada masa dia tak berapa kayakan?
B: Sebab dia tahu perasaan tak berapa kaya tu lah dia taknak anak dia macamtu. Sekarang makin ramai orang, makin lambat pulak orang pencen. Mak ayah dia dah lebih makan garam. Yang pasal maksiat tu, kalau kahwin sekadar untuk nafsu je, tak ke mana. Kalau kuat iman, duduk dalam bilik berdua duaan pun tak jadi apa. Apalah salahnya tunggu sekejap. At least ada kerja stabil. Dah bercinta 3 tahun, apalah sangat 2 tahun lagi. 

Banyak kawan kawan sekolah menengah dah masuk fasa baru, nak mencari pasangan hidup. Masuk bulan 12 ni, dah berumur 20 tahun 5 bulan. Kenapa masih belum masuk fasa ni? Ke dah masuk tapi tak sedar? Tapi buat masa ni tak bercadang pun nak kahwin. Atau mencari kekasih. Euw kekasih. Boyprengggggg. Or maybe dah lepas fasa ni sebab masa dulu dulu dah gatal. Haha okay bye :)

P/s: Kalau menulis, memang kena bias. Bukan saja saja. Memang macam tu.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.