Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Minggu terakhir.

Tak sabar nak habis semester. Tapi mula daripada esok dah jadi hari busy. 3 presentation, 2 quiz, 1 microteaching, assignments punya due date. Bring it on.  Doakan kami semua masih waras menjelang minggu depan. Amin.

Make or break

Beberapa hari/minggu yang lepas ada post pasal masa depan. Setelah banyak berfikir, dan doa banyak banyak, langkah pertama dah diambil. Sekarang tunggu kata putus je. Apa apa nanti cerita lain kali. Sementara ni semua orang doa banyak banyak supaya satu dunia aman dan semua orang dikurniakan yang terbaik oleh Allah. Ameen. By the way, ini ada cerita tak berapa nak best. Beberapa hari yang lalu, tengah nak pergi makan tiba tiba terkepit ibu jari tangan kanan dekat pintu. Sekarang asyik tunjuk gesture very good dekat semua orang sebab nak avoidjari terkena benda lain. Lepas tu kuku dah biru dan semua orang tak habis habis cakap "nanti tercabutlah kuku tu". That would be super gross. Tapi kalau tiba tiba tercabut kuku, nanti upload gambar dekat sini haha. Tangan kebas kebaslah menaip banyak banyak ni. Sampai sini jelah dulu. Bye semua :)

Old.

Growing up is not that fun really. I think a lot. But mostly about stuffs that are not really important like do babies have eyebrows or will there be a day where printers are attached to laptops. Imagine that one day your children might not know how to write because they use computers all the time. And do you know that printer's ink is more expensive than fuel for space shuttle? Back to the topic, now that I am 21 years old already, I always feel that I have not achieved enough. I'm not making any money, maybe a little, but still not enough to support myself. I haven't finished my degree and I haven't find the cure for cancer yet. I am not married and I don't have any children haih my poor kids are going to have super old mother while they are still young. There are days where I have to take a deep breath and calm myself down by realizing that it is not too late. It is only too late if I die. I have to sleep now because I have a test tomorrow. There might be

Aku bukan tomboy

Baru lepas tengok cerita "Aku bukan tomboy" tadi. It was okay. Not too bad, cuma agak irritating sebab dia dubbing suara. Maka emosi suara dan muka kadang kadang lain sikit. Mahal ke nak beli mic dan guna suara masa berlakon tu? Kalau mahal sangat, ramai ramai kumpullah duit, lepas tu guna gilir gilir hahaha. Cerita tu macam tak ada ending, tapi harap harap dia dengan Shamsul tu. Shaheizy Sam tu ada banyak gila peluang nak cakap dekat perempuan tu, tapi bila perempuan tu dah ada lelaki lain baru mengada nak suka. Heh. Nampak sangat bukan jenis mengambil peluang. Esok ada test mandarin, atau lebih tepat lagi, 6 jam 4 minit lagi. Semoga saya tak sempat nak oral test. Ameen. Selamat malam semua !

Srett.

I am very disgusting right now. I am sick and I have flu and I dont know what to do. I've been sneezing non-stop and yawning because I can't breathe properly. And without yawning I feel like I dont get enough oxygen. This is super not fun. Please take care of yourself people. And be very grateful that you guys are very healthy. Got to go, I have a presentation tomorrow. Lets hope that the gravity is not that strong tomorrow so that my mucus will just stay inside my nose during the presentation.

The day I stood in the rain and shouted I love you. (Part 2)

7.45. Jalan depan Stadium Merdeka tutup. Maka terpaksa jalan sampai entrance. Hujan dah mula turun sikit sikit. Masih bearable. Sampai je entrance dah tercungap cungap sebab penat haha dasar tak kuat stamina. Bagi tiket dekat orang jaga pintu dan masuk. Hujan dah makin lebat. Orang pintu bagi poncho tapi sebelum sampai dah beli baju hujan dekat Petronas. Masuk je stadium terus pakai baju hujan dan cari kawan kawan. Ramainya orang. Lepas 5 minit tu baru jumpa kawan. Hujan macam taknak berhenti. Sementara tunggu, dekat screen tunjuk video clip Bigbang. Masa tu dah mula excited sangat sangat. Tapi kawan cakap, tunggu dulu. Simpan tenaga. Tiba tiba ada orang atas pentas. Semua orang bersorak. Rupa rupanya orang yang jaga stage tengah mop lantai. Haha. Lepas tu hujan dah makin reda dan akhirnya dah tak hujan. Ada MC yang mula cakap cakap untuk intro, lepas dia dah habis cakap, keluarlah video macam bintang nak jatuh ke bumi. Masa tu perasaan dah mula kucar kacir dah. Tiba tiba keluar la

The day I stood in the rain and shouted I love you.

Kalau awak awak semua dah baca blog ni dari dulu atau follow twitter saya atau kawan saya, mungkin awak dah tau betapa dalamnya cinta saya terhadap Bigbang. Setelah mengharungi beberapa konflik, ikat perut, dan pelbagai lagi cabaran, akhirnya saya berjaya pergi ke konsert Bigbang pada Sabtu yang lalu ! Mari nak cerita perjalanan daripada hari tiket start di jual sampai lah sekarang. Ya, ini akan jadi blogpost yang sangat panjang. Masa hari pertama dia bukak kaunter tu, tiket dia dah sold out. Orang beli je apa apa tiket yang diorang dapat. VIP semua semangat sangat nak beli tiket sampai ada yang tunggu daripada malam tu. Tapi masa tu bulan puasa rasanya. Jadi awal awal tu memang sedih sebab macam tak ada peluang je nak pergi. Tapi masih cuba yakinkan diri jugak. Cuba tengok video ni betapa ramainya orang T.T Nasib baik ada ramai kawan dan ada social network. Akhirnya saya berjaya beli tiket sebab ada kawan jumpa orang yang nak jual. Tapi tiba tiba orang yang nak jual tu

Yoko Yoko

Hai semua. Macam mana raya haji? Seronok tak? Raya haji tahun ni agak menarik daripada tahun tahun yang lain. Pertama sekali sebab raya dekat Petaling Jaya je tahun ni. Atuk dan nenek ada dekat sini so tak payahlah pulang ke kampung. Tiba tiba guna nenek walaupun saya panggil nenek saya wan. Yang kedua pula ialah sebab saya pergi gym masa orang lelaki tengah solat Jumaat. Pertama kali pergi Fitness First. Selepas mangkuk soto yang kedua, Achik ajak pergi gym. Sebab dah rasa bersalah makan banyak, maka ikutlah Achik pergi gym, free pulak tu. Bila lagikan? Masa sampai tu terus naik treadmill 30 minit. Sambil sambil tu cuci mata tengok orang berotot angkat berat hahaha. Lepas dah naik treadmill, Achik ajar buat squat dan push up. Tapi part ni tak best sangatlah. Yang best sekali dapat minum air berkarbonat (tapi saya minum revive je okay) secara percuma dan lepas tu ada sauna dan steam room ! I like the steam room. Makes me look so fresh and pretty hehe. Tapi tak suka sauna rasa mac

Engagement ring.

Let's skip the ring and buy me a bracelet instead. Engrave it with a funny quote that only you and I can understand. Or a lyric from an annoying and crappy song that we always sing in the car together. Or your favorite catchphrase that is super weird but logical. I don't know, surprise me. *Rasa nak tulis bukulah. 

Wednesday

Moving on is hard. Growing up is hard. I can't wait for the future, but future is also a very scary place.  Homesick. Come pick me up and take me home.  "Kita nak jadi translator, lepas tu duduk rumah dengan ibu bapa" "Lepas tu nak belajar menjahit" "Tapi kalau asyik duduk rumah bila nak kahwin?" "Boleh tak nak tinggal dengan ibu bapa sampai bila bila?"

2013

Dihati

Dehearty = Di hati. Phaeeyzar = Faiza Dulu masa dekat SEMASHUR, kadang kadang tidur dekat bilik Nisa Hazirah. Lepas tu sebelum tidur dia ajak dengar MP3. Saya ada MP4, tapi sepanjang dekat sekolah, 6 bulan je kot guna. Yang lain MP4 tu habiskan masa dekat bilik warden sebab asyik kena rampas je. Okay berbalik kepada cerita Nisa Hazirah, Nisa ni ada lagu nasyid dalam MP3 dia. Tak suka dengar lagu nasyid, sebab asyik nak rasa jatuh cinta je sebab suara diorang semua awesome sangat. Setuju tak? Tak eh? Bila dah masuk UiTM, dah jarang dengar lagu nasyid. Tak pernah pun kot, tapi selalu nyanyi sendiri je dengan Eja. Tapi dah tentulah nyanyi sendiri tak sama perasaan dia dengan dengar penyanyi nasyid kan. Dahlah macam sikit sikit tone deaf kahkahkah. Tapi beberapa lama yang lalu, ada orang suruh cari lagu ni. Unfortunately not for me lah. Kalau orang bagi lagu ni dekat saya, nak kahwin dengan orang tu immediately :P Seriously, try listening to this song. Tak suka nasyid pun dengar

23rd September 2012

I woke up late, too late actually. Showered really quick, ironed my clothes, grab my bag and rushed to go to Intec with Eja, Zue and Tiq. I purposely left my phones and my purse behind because we're going to get free foods because of the KI program. The program went well, and it was fun. At 12.30 pm, Zue and I planned to go back home during the break so that we can Solat at home. We took our food, said bye to Eja and walked home. It was really quiet because no one was around. There's no school and it was scorching hot so I think Section 17's residents preferred to stay at home. Zue and I walked and talked happily and in the middle of our walk, we can hear the sound of Azan, loud and clear. Suddenly, I felt like someone pushed/hit me on my back. I was a bit shocked and shouted "Oi! apa benda ni?!" when I saw two guys on a bike passed by me. Okay, not shout, more like talking with a loud voice. I dont know, it was really fast. Zue was shocked, we were a bit dumb

Salam 21, Hawa.

Saya ada obsesi terhadap diri sendiri. Blog ni pun terhasil atas dasar obsesi tersebut. Jadi untuk post kali ini, saya nak cerita pasal diri saya dan macam mana orang menghargai kewujudan saya dalam hidup mereka. Okaylah I kid. I gave them a lot of hints and personally invited each of them to celebrate my birthday haha shameless. Okay, sambutan hari jadi saya bermula pada 6 Julai 2012. Sehari sebelum hari jadi sebenar. Mula mula pergi Bangsar untuk settlekan hal MonaVie dan lepas tu sepatutnya pergi tempat lain, tapi Nuzul cakap sempat kalau pergi Damansara dulu. Tapi lepas tu kitorang sesat so kitorang pergi je Damansara dan dinner di Ikea. Makan bebola dan fish and chips. Lepas tu pusing pusing dekat dalam Ikea sebab kitorang ada banyak masa. herp derp Pada hari esok, Ibu Bapa lupa birthday saya dengan alasan "Hawa Nur yang tak semangat bagitau semua orang". Baiklah. Tapi pada hari Ahad, Ibu Bapa dan keluarga bersama sama ke Shah Alam tanpa arah tuju, l

Monavie Active

Beberapa hari yang lalu, saya cakap pasal nak tulis post pasal MonaVie kan? Okay, mari mulakan :D Awal tahun 2012, MonaVie dah masukkan satu produk diorang yang baru dalam Malaysia. Nama dia MonaVie Active (hijau) . Sebelum ni ada dua je, Original (ungu) dan Pulse (merah). Saya suka yang Pulse, sebab dia manis dan saya rasa boleh dapat lagi banyak kebaikan dari Pulse. Nuzul pulak paling suka warna hijau sebab dia selalu sakit kaki. MonaVie Active ni baik untuk sendi. Okay bukan baik, sangat baik untuk sendi. Kenapa? Sebab dalam MonaVie Active ada glucosamine. Apa itu glucosamine? Glucosamine is a compound found naturally in the body, made from glucose and the amino acid glutamine. Glucosamine is needed to produce glycosaminoglycan, a molecule used in the formation and repair of cartilage and other body tissues. Production of glucosamine slows with age. (altmedicine.about.com) Okay sekarang dah taukan glucosamine tu baik untuk sendikan? Dan awak juga mungkin perasan yang ba

Sexy free and single.

Kalau awak tak kenal Super Junior, itu lagu mereka. Masa sebelum cuti haritu, dah tangkap banyak banyak gambar untuk tulis dalam blog. Ini list dia -Sarawak -Potluck Kelas -Birthday Orang -Birthday Saya Okay tu jelah kot. Rasa macam banyak. Haha. I also have videossss tapi sebab video editor saya agak gila jadi tak ada semangatlah nak publish. Oh by the way, 27 Oktober ni BigBang datang Malaysia ! Jadi saya nak cari sponsor untuk sponsor tiket harga RM688 (x5) dan backstage passes (takkan nak pergi sorang sorangkan?) . Apa apa sms lah saya okay? Hahaha. Okay, memandangkan dah masuk bulan Ramadhan, selamat berpuasa semua. Sekarang dah tak payah takut nak tengok cerita hantu sebab hantu kena ikat. Semoga ibadat kita semua diterima dan semoga dunia makin aman. Diharapkan juga dengan berkat bulan Ramadhan ni, semua orang murah rezeki. Dah kaya lagi senanglahkan nak beribadat? Oh, sebab dah cuti ni, saya dah kembali aktif dalam MonaVie! Siapa siapa nak cuba/tanya apa apa, klikl

21

Dah berumur 21. H : E, sekarang masa yang sesuai ke untuk start fikir masa depan? E : Belum lagi H, belum lagi. H : Okay. Ucapan saya untuk Hawa pada masa lampau. Dear Hawa yang berumur 11 tahun, awak dapat 5A, awak jadi tokoh pelajar, awak masuk asrama, awak masuk U, awak juga jadi ketua rumah sukan pada umur 12 tahun. Awak akan ada lagi seorang adik, abah akan berhenti kerja di A&W dan kerja di tempat awesome yang lain. Tapi sekarang abah dan ibu dah ada syarikat jual kuih bersama. Awak tak akan rasa susah sebab parents awak awesome dan awak tak rasa lonely sebab awak ada banyak kawan yang awesome. Bye.

Zombie

Zombie tu makhluk menakutkan favorite. Walaupun kadang kadang wish ada zombie apocalypse, tapi sekarang dah tak lagi sebab tak ada pistol. Macam mana nak selamatkan diri dan keluarga? Minggu ini macam zombie. Ini curi curi masa update blog sementara tunggu nuso amek datang bawak kitorang makan. Semalam kelas sampai 4.30, lepas tu tidur petang sekejap. Buka puasa makan roti lepas tu berkampung dekat Mekdi buat creative project. Balik rumah pukul 4.40 lepas tu sambung sikit kerja. Pukul 6.15 pagi tidur. Bangun 8.15 lepas tu pergi kelas. Balik kelas pukul 12.40 lepas tu pergi makan lepas tu beli barang untuk potluck esok. Balik tidur petang lepas tu pukul 6.30 bangun solat asar mandi langkaji sebab pukul 8 ada test. Habis test pukul 10. Ingat nak sambung tapi buat apa cakap banyak pun haha. Tapi kesimpulannya saya seperti zombie sedikit sekarang. Maka itulah cerita minggu ni. Agak penat tapi nasib baik ada F(x) buat comeback. Ya, K-pop buat saya happy sikit sikit. Tak sabar oi nak har

"Ini serius tak kelakar hawa"

Encik N mengulang kata kata tersebut dua tiga kali. Mungkin marah atau pun jengkel. Yang pasti Hawa hanya duduk dengan muka tidak bersalah. "Semalam tak dapat tak apa. Okay je. Kenapa harini tak boleh?" "Semalam tu dah dua hari aku tak dapat. Tu hari ni macam ni" "Semalam boleh, hari ni pun boleh" Encik N pandang muka Hawa yang sedang menghirup kuah tomyam. Tak keruan. Bukan Hawa mahu bertindak kejam, tapi itu bukan benda yang baik. Dan Hawa taknak terlibat sama. Cukuplah tadi dia terkena tempias sedikit. "Satu je. Please" "Nantilah, dekat keretalah" "Satuuuuuuu je" "Nyanyi dulu. Sampai semua orang dengar. Nyanyi dekat sini." kata Hawa sambil menuding jari ke tempat kosong disebelahnya. "Lagi senang nak bagi" Encik N menyanyi lagu You are my sunshine. Tak terlalu kuat tak terlalu perlahan. Kalau bukan sebab surrounding noise, mungkin semua orang akan dengar. Hawa ketawa tanda puas hati, tapi ta

Quickie

Post pendek untuk menyatakan saya masih hidup dan bertahan. Tapi makin gila. Lepas pulang dari kelas beberapa hari lalu, tiba tiba rasa ringan. Rupa rupanya tertinggal beg dalam kelas. Tadi, tiba tiba nak mandi semasa buat lesson plan, lepas tu pergi peti ais dan buat ais. Kemudian saya mandi. Lepas tu saya masak air. Apa motif buat ais dan masak air pun saya tak tahu. Sepanjang hari ni over happy. Otak penat ke? Tak mungkin. Stress? Mungkin sikit. Tak sabar nak tunggu esok. Diorang nak makan durian. Saya tak makan durian, tapi takkanlah nak duduk rumah jewppp. Esok pun nak tidur lama lama. Oh tak sabarnya. Dalam masa dua minggu ni abaikan saya. Okay bye selamat tinggal !

Past tense

Snap out of it, when time passes, it all become the past Snap out of it, when it passes like the wind, it all become the past Just stop for a minute and gather your scattered heart Snap out of it, when time pass, it all become the past. Minum milo sambil dengar Leessang. Antara orang orang yang semua lagu menarik. Download semua album dengar on repeat pun tak bosan. Tak faham kenapa lagu dah download pun lagi best kalau dengar dekat youtube.  Saya suka orang yang boleh rap biasanya. Kalau boleh rap mesti jadi bias dalam group tu. Macam Miryo, Hyuna, G-Dragon dan TOP. Sekarang ni saya suka Gary pula. Gary tu yang rap dalam lagu ni lah. Kalau awak tak bagi lagu ni chance (maksudnya taknak dengar lagu ni sebab dia lagu korea), maka awak tak adillah terhadap dia. Sebab diorang ni bukan KPOP okay ! Okaylah semua, saya nak buat kerja. Selamat malam !

Badan sibuk

Bangun pagi tak gosok gigi buka twitter tukar account padan muka siapa suruh login dalam phone saya lalalala. Tiba tiba dah mengantuk semula. Pagi ni saya tegur crush saya di satu social network. Tahniah Hawa. Esok cuba lagi mana tahu tiba tiba dia jatuh cinta dengan awak esok kahkahkah.

I was cutting onions when I read this.

Eenie meenie.

Saya Aries. Saya lahir bulan Ogos. Saya darah jenis B Saya lahir waktu pagi. Saya orang kampung. Saya orang Johor. Saya lelaki. Saya PMS. Saya dari keluarga open minded. Saya memang macam ni. Pernah tak dengar orang guna ayat ayat macam ni untuk alasan kenapa dia act macam tu. Contohnya "saya orang ******, sebab tu mulut saya pedas". "Saya darah * sebab tu saya jarang kisah pasal orang lain". Banyak lagi contoh, tapi saya rasa pembaca saya bukan bayi maka saya harap awak faham. Saya memang tak kisah kalau orang guna alasan tu untuk benda yang bagus dia buat. Contohnya, "saya orang kampung, sebab tu saya boleh masak masakan kampung", "saya berdarah *, saya memang punctual". Tapi yang paling entah apa apa sekali kalau dia guna alasan tu untuk benda yang dia buat yang menyakitkan hati orang. "Maaf lambat sebab saya orang *******." Budak kecik kalau buat benda, dia mesti akan tengok contoh orang keliling dia. Sebab itukan role

Telinga berbunga.

Lagu ini repeat sepanjang malam. Kepada peminat Running Man, selain memiliki restoran, Gary ialah seorang rapper yang cool haha. Pagi tadi saya pergi ujian L hihi. Dan saya lulus dengan jayanya. Okaylah tak berapa jaya sangat sebab tak full mark. Tiba tiba rasa tak sabar nak memandu hahaha ini tipu belaka saya tak rasa saya berkemampuan memandu aiyah so scary. By the way, haritu saya pergi menonton chow kit. Best best best. Kalau awak rasa tak best saya tak kisah. Sebab takkan semua orang suka benda sama. Disini saya selitkan salah satu soundtrack filem Chow Kit ni. BYE !

Kisah rumah

A: Imran, ikatkan rambut akak. I: Okay. Imran buat macam rambut Snoop Dogg tu ya. A: Imran pusing pusing je ke rambut akak? I: Taklah, Snoop Dogg dia shampoo rambut hari hari (maksudnya bukan dreadlocklah) A: Oh okay. I: Okay akak, cuba rasa rambut akak ni. Hahaha Snoop Dogg Snoop Dogg *guna nada mengejek separa annoying*

Fangs.

Vampire B adalah vampire jantan. Gigi dia besar. Tapi dia tak ada fangs. Maka kalau dia gigit, bekas gigitan dia tak sama. Lain dari yang lain. Dia punya mangsa memang sama je ciri ciri dia. Nampak leher, ikat rambut tinggi tinggi dan berbau strawberry. Nasib baik saya pakai tudung dan berbau lavender eceh. Dalam otak nak fikir nak taip banyak benda. Tapi sekarang tonsil dan sakit perut. Bila badan tak selesa ni nanti takut tulis benda negatif. So baik simpan tangan tu. Mengantuk sangat sebenarnya ni. Mungkin sebab nasi lemak yang Eja sponsor tadi. Tapi sepatutnya sekarang bukan waktu untuk mengumpul lemak. Hawa, ada lagi 8 bulan nak berusaha. Ayuh ayuh ayuh. Terima kasih dekat twitter sebab sekarang saya dah tau macam mana nak capai goal. Doakan saya capai impian saya.  Okaylah, sekarang nak tidur. Ini flying kiss untuk awak semua :* Nunait !

21 Guns.

Yang bawah ni serius paling kelakar sekali. Okay tipu, kedua kelakar lah. Yang paling kelakar tu gambar Tiq kahkahkah. Tapi kenot share sebab dia je yang kelakar so kesianlah dia nanti.  Selamat hari jadi Eja dan Syed. Tapi dua orang ni tak baca blog tapi nak cakap jugak. Okaylah semua orang, saya nak tidur. Bye !

Birthday and shitty pictures.

Gambar hodoh. Alasan, saya tak pakai DSLR. Sekian terima kasih. Apa apa pun happy birthday Nussow ! Okay sekarang nak letak gambar normal pula. Nussow ni sentiasa pakai baju hitam sebab itu uniform kerja dia. Gambar last sekali tu gambar Nussow dan hadiah birthday dari Hawa Power. Okay selamat malam semua. April baru nak start. Hm hm hm.

ittewww seksi itteww tawwwwuuu

Dimanakan ku cari ganti.... Manakan sama Ikan keli di kaki lima.... Lima enam ikan boleh dipancing Manakan sama nussow seorang Aicewah. Macam kakak nussow tak? Haha .   Mulai harini saya akan menjadi akauntan seorang pemboros semulajadi. Jadi kita haruslah sama2 berdoa suapaya beliau dijodohkan dengan wanita yang reti mengurus kewangan. Memandangkan bulan ni bulan paling happening diantara 12 bulan ni, saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya saya sebenarnya seorang yang cool la jugak. kehkehkeh. malu la ittewww. Pagi tadi dikejutkan dengan kilat sabung menyabung yang menyeramkan. dah macam scene dalam Dean Koontz The Taking. serius menakutkan. Macam bom sebelah rumah. Cakap pasal bom, saya dah lama tak main bomberman. tu je nak cakap pasal bom Oh roti bom pon dah lama tak makan. Roti perancis kat perancis, roti boy? Saya mendapati saya dah tak suka kat top dah. dia terlalu hensem bagiku. aicewah. ada banyak pengakuan malam ni, antaranya ialah saya sebenarn

Hari saya menjadi anak yang liar.

Tajuk perlulah kontroversi. Pada Jumaat yang lepas, saya bersama Wowo dan Humairah telah pergi menonton Girls Generation di KLCC. Walaupun ini adalah plan mengejut, tetapi ini adalah salah satu pengalaman paling menarik pernah saya alami. Berpeluh, kena halau dengan security, panjat memanjat dan sesat. Itu semua perkara kurang menggembirakan tapi buat pengalaman ni jadi priceless.  Tiba tiba jadi malas nak update blog hahaha. I am hungry. No, I'm just bored. I ate a lot for dinner today. Saya sedang bercakap seorang diri. Hari ini saya meluangkan masa selama 2 jam mencari dompet yang hilang, rupa rupanya ada di dalam almari. Berbalik kepada cerita SNSD, walaupun beberapa suara suara sumbang menyatakan SNSD hanya akan menyanyikan 2 atau 3 lagu sahaja, ternyata mereka salah ! Haha. SNSD nyanyi 6 buah lagu. Berbaloi untuk sebuah konsert percuma. Maka ya, saya gembira malam Jumaat yang lalu. Tapi pengembaraan tidak berhenti setakat itu sahaja. Good Girl Wowo ajak pergi k

Ali #2

Funny thing is,  I'm trying hard and its unlike me to get so caught up in things.

Tell me your wish.

Hihi. Yesterday was super awesome big thanks to Wowo, Myra, Petronas and Girls Generation kahkahkah. But I would write about it later because I need to pack my things now because I'm going home today.  Okay ini cerita lain. Semalam Haziq accident kena langgar lori. Nasib baik dia selamat walaupun pintu kereta dia rosak. Kepada semua orang silalah berhati hati di jalan raya. Jagalah diri semua. Okay itu sahaja bye bye :D Tak boleh bayangkan apa jadi kalau saya ada dalam kereta tu sekali sebab memang semalam patutnya naik kereta Haziq wuwuwu.

Ali

Hello Ali, nama saya Hawa. Saya suka makan sayur. Saya suka main boling sebab main boling menggembirakan. Saya suka makan. Saya belum pandai masak, tapi mungkin satu hari nanti saya belajar masak. Saya suka warna merah jambu dan kuning. Saya mahu kereta berwarna putih dan merah. Saya suka kira kira. Saya suka iron baju. Saya suka bau sabun. Saya suka tempat yang sejuk. Saya suka kereta. Saya suka naik public transport yang tak ramai orang. Saya suka hotel. Saya suka vacation. Saya rasa awak cool. Awak nak jadi housemate saya? Kalau awak jadi housemate saya, saya jadi co driver awak sampai bila bila. Okay? Jumpa lagi nanti Ali.

Kisah benar.

"Hawa ni tingkatan berapa?" Kata nenek saudaranya kepada dia. Oleh kerana tidak tahu bagaimana respon yang paling sesuai, dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab. Melihat muka cucu saudaranya yang agak runsing, nenek saudara menukar option jawapan. "Bukan tingkatan? Form 1? Form 2? Darjah darjah?" Kahkahkah. Terasa mudalah hihihi. Okay bye. Published with Blogger-droid v2.0.4

Saya tak kawan dengan gangster

Bukan tak maafkan, cuma tak boleh lupa. Bukan dendam, cuma tak boleh lupa. Bukan sengaja, cuma tak boleh lupa. Kalau tak suka tinggalkan. Hide awak dekat facebook, tutup muka kalau lalu kat sebelah. Jom pura pura tak kenal, mari elak situasi kurang selesa. Tak susah pun. Kalau fikir balik awak tak buat salah pun, cuma awak tu selalu letak saya dalam posisi yang menyesakkan minda maka saya nak jauhi awak. Lagi satu, tolong jangan pukul saya. Tarik rambut pun jangan. Terima kasih. Published with Blogger-droid v2.0.4

This is it.

Esok. Esok. Esok. Dah nak start kelas dah, dah start nak bangun pagi pergi kelas bukan duduk depan laptop, dah start nak kena basuh baju sendiri, dah start kena tengok muka orang Jalan Jelawat bukan muka mak sendiri. Dah start kena masak sendiri, dah start kena minum air letak dalam peti ais sendiri. Wahhhhhhhh tak tahulah macam mana esok ni hahaha kecoh gilakan padahal dari Form 1 dah tinggalkan keluarga pergi duduk tempat lain. Tapi takpelah, minggu ni keluar episod baru TeukSo and WooJung, Dream High walaupun dah start menyampah sikit sikit dengan cerita tu, dan Running Man BigBang hohoyeah. Dah lama tak tengok Runningman sebenarnya tapi sebab baby sayakan ada dalam tu maka nak mula tengok balik hihihi. Call me shallow tapi secara serius cerita cerita ni serius buat mood meningkat haha. Okaylah, I should start packing now. Or menjahit. Mana manalah yang buang masa lebih sikit. Okay, bye. Steamboat steamboat steamboat steamboat.

Post bangun tidur

Bigbang punya mini album dah keluar. Lagu semua menarik dan best, album cover dia boleh buat goreng telur (ini serius bukan repekan semata)(dan ya, ada orang cuba goreng telur atas tu),dan dia adalah bigbang. Mestilah sokong band yang kita sukakan? Tapi masalahnya ada sikit lagu je dan masalah terbesar sekali mana cd player. And no I am not going to buy a cd player. Dilema dilema. Kalau letak cd dalam kereta ibu bapa pun bukannya boleh dengar. Nampaknya dah takdir yang tak akan beli pun cd tu. Hm. I'm singing my bluessssss. I promised myself nak jadi produktif hari ini. Setakat sekarang ni, yang paling produktif ialah solat subuh. Hahaha. Itu sebenarnya tak boleh kira sebab itu wajib. Maka mungkin nak kemas bilik harini. Dah kemas, sepahkan balik dalam masa lima minit. Itukan memang cycle dia. This is me mamai-blogging. Its like drunk texting tapi I'm not drunklah obviously. My stomach hurts. Cinca apo. Cuba teka cinca apo tu apa nanti Imma give you free hug. Till the

Blue #2

Under the same sky, at different places. "Tau tak kenapa bulan ni cool sangat?" "Nope. Kenapa?" "Cuba tengok bulan sekarang. Now, now, now." "Dah. Ada apa?" "I'm looking at the moon too, and kita bukan dekat tempat sama pun. Coolkan?" Inevitable wandering, people come and go. "Tunggu, jangan pergi mana mana." "Sampai bila bila?" "Sampai bila bila." "Hai, apa khabar?" "Baik." "Em, busy eh, takpelah, talk to you later." "Sure" "Bye" It is cowardly but I am hiding because I am not good enough. "Sekarang ada dekat sini?" "Yup, tapi nak balik dah. Datanglah kalau sempat." "Takpelah. Have fun." "Oh, okay" I was born and I met you, And I have loved you to death, My cold heart that has been dyed blue, Even if you have left, I'm still here. Again tonight, underneath the blue

Blue

Minta maaf, result awak negatif. Result tak berapa memberangsangkan. I should be really sad and dissapointed and cry tapi I dont feel any of it. Truthfully I would rather be sad, at least it will show that this is really my passion, or at least, somewhere i wanna be. Dua tahun setengah je lagi. I should really start to find my own dream. Not just go with the flow. To be successful you need a goal. I just need to start looking now. And and to remind myself to not study for the wrong reasons. Bigbang dah release satu lagu baru. I seriously cant wait for the rest of the album. "Orang tak ada impian ni biasanya tak sedar dia tak ada impian. Tak sedar lagi teruk dari tak ada. Biasanya dia hidup dalam impian orang lain." - perbualan lewat malam dalam kereta. Published with Blogger-droid v2.0.4

Desire.

Beberapa hari yang lalu ibunda dan ayahanda telah belanja sebuah telefon baru kerana sedih dengan kondisi telefon bimbit anakanda sulung yang dikasihi. Sudahlah separa patah, ruangan bateri pula hilang penutupnya. Setelah beberapa hari telefon dibeli, ibunda yang tahu tentang sifat lemah lembut anakandanya bersungguh sungguh mahu membelikan sarung sebagai alatan keselamatan untuk telefon. Apakan daya, ini bukan iPhone, semua casingnya hitam dan putih sahaja, tidak sesuai dengan jiwa ranggi anakanda yang semakin meningkat dewasa. Susah ya nak berbahasa klasik ni susah tau tak susah. Okay, memandangkan susah nak cari casing yang lain, saya pun bercadang nak jahitlah casing sendiri. Tapi sudah tentulah kena beli barang barang. Siapa siapa tak busy marilah kita berjalan jalan mencari bahan bahan. Ayuh ! Doakanlah tiba tiba saya ada bakat menjahit lalu menjahit pelbagai benda lalu menjual pelbagai benda lalu menjadi kaya. Amin. Saya kaya dan berjaya !

Patah seribu.

Haritu, selepas tidur sekejap sementara menunggu pukul 12 malam tiba tiba ada berita buruk. Skrin laptop pecah sebab pintu almari jatuh. Maka puasa onlinelah jawabnya. It was pretty nice actually. Hubungan percintaan dengan tv semakin rapat maka itu bermakna satu satunya ruang yang perlu dikemas oleh saya, sentiasa dikemas haha. Pada cuti ini saya tak bekerja, maknanya tak berduit. Nak topup pun kena merayu rayu. Ibu bapa tak suka bagi duit untuk topup sebab dah tolong bayarkan maxis. Lagipun dah berumur 21 haruslah berdikari bukan beli kari. Satu satunya cara nak dapatkan duit adalah dengan berpura pura menjadi guru tuisyen walaupun hakikatnya I'm just playing around with the kids and not helping at all. Tapi cuti ni bolehlah dikatakan agak aktif sebab banyak masa terisi dengan bermain boling dan tidur. Adam nak jadi pemain boling maka sebagai kakak yang suka memberi sokongan, maka saya pun bermain boling bersama sama. Selain itu saya juga berjaya menghabiskan 6 buah buku d

Kyeong.

Tak perlu baca pun ni sebab ini bukan hal penting, cuma nak luahkan perasaan herherher. Semalam mula menonton Dream High, lepas tu asyik sakit hati je sepanjang cerita. Dahlah watak utama dia Suzy, lepas tu pulak watak dia tu menyampahkan, lagilah rasa nak pukul je Suzy tu ahaha. Ni baru episod 4 harap harap masa episod 5 dia terhantuk lepas tu jadi normal macam manusia lain. Lepas tu lagi satu tak faham kenapa Taecyeon dengan kawan dia lagi satu tu suka sangat Suzy tu. Bernasib malang bukan satu sebab untuk kau berlaku cimbet terhadap orang.  Lagi satu sebab nak marah sangat dekat cerita ni sebab nak tengok sebab ada IU dengan Eunjung je, tapi tak banyak pun keluar diorang tu. Aisy. Okaylah, sekian sahaja dari saya. Byebye :D

I city dan lontong.

Dah lama tak buat proper blog post. Harini nak ambil sikit masa nak tulis banyak banyak bagi orang benda nak baca. Hihi. Biasanyakan, kalau haritu tak makan, mesti end up makan banyak gila. Tadi pukul 8 pergi dinner makan nasi goreng, lepas tu Nor nak belanja kerang bakar maka makanlah kerang bakar. Lepas tu Kajai belanja KFC. Indahnyalah hari ni haha.Dah sudah makan semua, kami pun bergerak ke I City. Banyak gila benda dekat sana. Tapi mahallah maka tak boleh pergi selalu. Nuzul dah lama dah cakap nak naik ferris wheel maka tadi kitorang pun naiklah ferris wheel. Tinggi gila okay. Tapi tak takut pun sebab lambat gila benda tu. Lepas dah gembira ria maka kami pun pulang. Minggu ni pun banyak benda best jugak buat. Hari Ahad haritu pergi jalan jalan keliling Kuala Lumpur dengan rakan rakan. Seronok sangat berjalan sampai telefon pun letak merata. Nasib baik jumpa balik. Sambil berjalan main buih buih dan tangkap gambar. Kepada penduduk asal Kuala Lumpur, kalau bosan dengan Kuala

Muka surat 11

Ini lagu paling banyak didengari dalam masa dua hari ini. Dua dua ni serius awesome. Kalau nak yang ada subtitle tengok video yang Megan Lee tu. Lagu ni bermood happy maka ianya adalah lagu paling sesuai untuk 2012 sebab sepanjang 2012 ni Tuhan bagi banyak kegembiraan. Tapi sekarang sedikit tak happy sebab tak ada air wuwuwuwu. Semoga esok paip tu taknak berlaku nakal dah.  Untuk tahun ini saya harap awak semua gembira macam saya hihi.  Kalau jumpa benda menyedihkan, buang. Haha byebye semua.  Tak sabar nak tengok semua gambar buih buih :D

Excited.

Software ni tiba tiba terdownload. Software ni cool maka saya perlu cuba. Lihatlah hasilnya ohoiiiii :D Herherher. Video pertama diupload ke youtube. I is shy. Please subscribe ! Trololol jangan jangan. Hahaha. Memalukanlah. Oh my god. I am a woman maka its okay to be indecisive. Kyakyakya. Mungkin ini akibat minum minuman berkarbonat. Buah pinggang sakit. Haih. Selamat malam semua :D Selamat malam semua orang. Tangan refuse nak bekerjasama. Bye :)

Pergaduhan Pertama.

Selamat tahun baru semua. Pukul 4.50 petang tadi saya bergaduh dengan ibu saya buat kali pertama untuk tahun ini. Situasi: Ibu, bapa dan makcik membincangkan hal rumahtangga saudara. Ibu: Dah, budak budak semua naik. Ini hal orang dewasa. Adik beradik lari naik ke atas. Ibu pandang tepi. Ibu: Remaja pun tak boleh dengar. Naik naik. Saya: *naik atas dengan gaya dramatik* Ibu, Hawa Nur bukan remaja, Hawa Nur dah umur puluh puluhan dah ! Malam ni nak fikir sungguh sungguh untuk list perlu dibuat tahun 2012. Okay bye bye :D