Skip to main content

Salam 21, Hawa.

Saya ada obsesi terhadap diri sendiri. Blog ni pun terhasil atas dasar obsesi tersebut. Jadi untuk post kali ini, saya nak cerita pasal diri saya dan macam mana orang menghargai kewujudan saya dalam hidup mereka. Okaylah I kid. I gave them a lot of hints and personally invited each of them to celebrate my birthday haha shameless.

Okay, sambutan hari jadi saya bermula pada 6 Julai 2012. Sehari sebelum hari jadi sebenar. Mula mula pergi Bangsar untuk settlekan hal MonaVie dan lepas tu sepatutnya pergi tempat lain, tapi Nuzul cakap sempat kalau pergi Damansara dulu. Tapi lepas tu kitorang sesat so kitorang pergi je Damansara dan dinner di Ikea. Makan bebola dan fish and chips. Lepas tu pusing pusing dekat dalam Ikea sebab kitorang ada banyak masa.


herp derp


Pada hari esok, Ibu Bapa lupa birthday saya dengan alasan "Hawa Nur yang tak semangat bagitau semua orang". Baiklah. Tapi pada hari Ahad, Ibu Bapa dan keluarga bersama sama ke Shah Alam tanpa arah tuju, lepas tu Ibu Bapa belanja makan Nando's. Tapi memberi makan kepada anak anak tu memang tanggungjawab Ibu Bapa. Jadi ini bukan hadiah. Haha tak mengenang budi. Rupa rupanya tak ada gambar makanan masa tu. Gambar kitorang sendiri pun tak berapa nak clear sebab Nando's gelap sangat.

Seminggu lepas birthday saya, Gadis Gadis Jelawat pulang ke Shah Alam untuk menyambut belated birthday saya hihi. Tapi malam Jumaat saya pulang ke Shah Alam awal sebab nak pergi kursus memandu. Dan ini gambar pasta supaya iman awak sedikit goyah. Just kidding.

Pizza Hut.
Pada esok hari, kitorang (Gadis Jelawat minus Thick, Wowo, Hidayah Zuhri, Nuzul, Ara dan Ana) pergi makan steamboat dekat Island BBQ steamboat. Kalau nak makan steamboat yang ada grill yang murah, silalah pergi sini. Kalau nak pergi ramai ramai, kalau boleh booklah dulu sebab memang serius ramai. Tapi customer service memang bagus, masa kitorang tunggu dia bagi semangkuk ice cream untuk semua orang. Dan lagi satu yang menarik, birthday girl/boy makan PERCUMA ! Anyonyo comel sangat panggil diri sendiri birthday girl haha. 





Lepas dah makan steamboat, kitorang pergi McDonald untuk makan kek dan menyanyi. Kek tu Wowo beli dari Food Foundry. Tapi tu sebenarnya bukan kek. Dia ialah mille crepe. Ahh sedapnya bila bayangkan balik. 


Lilin yang Wowo beli banyak yang terpatah so letak je apa apa lilin yang ada dan cuba sehabis baik untuk hasilkan apa apa perkataan yang boleh. Selain tu ada jugak belon pun Wowo beli jugak. Zue terpaksa duduk dalam kereta sementara kitorang beriang ria sebab dia bawak adik adik dan adik dia dah tertidur sebab dah lewat. Tak apa, banyak birthday lagi yang akan datang.




Ini video untuk tatapan awak semua !


Fokus dekat Eja dan Nuzul sahaja okay. Awkward betullah orang nyanyi untuk kita rapat rapat macam ni ahaha. Sekian sahaja sambutan birthday saya. Sebenarnya dah siap tangkap gambar hadiah tapi nanti panjang sangat. Okaylah, selamat hari raya semua ! Maaf zahir dan batin :D

*post ni ambil masa sebulan nak tulis, maka dah hilang sikit keterujaan dia. 
**gambar juga tak berapa nak cantik sebab saya malas nak buat apa apa.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.