Skip to main content

I city dan lontong.

Dah lama tak buat proper blog post. Harini nak ambil sikit masa nak tulis banyak banyak bagi orang benda nak baca. Hihi.

Biasanyakan, kalau haritu tak makan, mesti end up makan banyak gila. Tadi pukul 8 pergi dinner makan nasi goreng, lepas tu Nor nak belanja kerang bakar maka makanlah kerang bakar. Lepas tu Kajai belanja KFC. Indahnyalah hari ni haha.Dah sudah makan semua, kami pun bergerak ke I City. Banyak gila benda dekat sana. Tapi mahallah maka tak boleh pergi selalu. Nuzul dah lama dah cakap nak naik ferris wheel maka tadi kitorang pun naiklah ferris wheel. Tinggi gila okay. Tapi tak takut pun sebab lambat gila benda tu. Lepas dah gembira ria maka kami pun pulang.

Minggu ni pun banyak benda best jugak buat. Hari Ahad haritu pergi jalan jalan keliling Kuala Lumpur dengan rakan rakan. Seronok sangat berjalan sampai telefon pun letak merata. Nasib baik jumpa balik. Sambil berjalan main buih buih dan tangkap gambar. Kepada penduduk asal Kuala Lumpur, kalau bosan dengan Kuala Lumpur cubalah jalan guna kaki pulak. Sebab kalau naik kereta mana boleh pegang bangunan dan tengok benda dengan teliti. Cubalah !

Hari Selasa ada exam. Paper pertama. Dah sudah tu pergi makan dekat Pecel Lele Padang Jawa dengan Apek. Agak menariklah tempat tu sebab kena ambil nasi sendiri haha. Sedap tu entahlah, ayam penyet AP lagi sedap kot haha. 

Hari Rabu pulak plan nak makan nasi lemak, tapi bangun lambat tau tau je dah masa untuk lunch. Poyo je plan nak pergi jogging lah apa lah. Lepas tu pergi perpustakaan Tun Raja Uda. Tapi perpustakaan tu sejuk sangat dan Zue pun ada hal lain maka pulang ke rumah. Malam tu pergi Sunway Pyramid untuk menonton wayang. Siapa siapa rasa nak tengok wayang tapi tak tau nak tengok cerita apa, pergilah tengok cerita Relationship Status. Best cerita tu. Serius tak rugi. Dahlah cerita Malaysia, maka dah tolong industri seni tanah air. Eceh.

Ini jelah kot rasanya minggu ni. Tapi serius rasa busy gila haha. Lepas ni cuti sebulan pengsan dekat rumah tak tau nak buat apa.

Kepada siapa siapa yang nak tau, saya masih lagi orang MonaVie ! Maka kalau siapa siapa nak beli ke, nak cuba ke, nak jadi member ke, nak jadi ahli jugak ke bolehlah call. Janganlah malu u'olls. Tak suka ke tengok kawan kawan jadi kaya di usia muda. Kaya awal kahwin awal. Korangkan suka orang kahwin haha.

Sebenarnya kena bangun awal esok sebab dah buat bet siapa bangun awal dapat makan lontong free. Nak harap bangun awal memang tak jadi apalah. Maka tak payah tidurlah malam ni ekekeke :P

Selamat tinggal Romeo ! :D

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.