Skip to main content

The day I stood in the rain and shouted I love you. (Part 2)

7.45. Jalan depan Stadium Merdeka tutup. Maka terpaksa jalan sampai entrance. Hujan dah mula turun sikit sikit. Masih bearable. Sampai je entrance dah tercungap cungap sebab penat haha dasar tak kuat stamina. Bagi tiket dekat orang jaga pintu dan masuk. Hujan dah makin lebat. Orang pintu bagi poncho tapi sebelum sampai dah beli baju hujan dekat Petronas. Masuk je stadium terus pakai baju hujan dan cari kawan kawan. Ramainya orang. Lepas 5 minit tu baru jumpa kawan. Hujan macam taknak berhenti. Sementara tunggu, dekat screen tunjuk video clip Bigbang. Masa tu dah mula excited sangat sangat. Tapi kawan cakap, tunggu dulu. Simpan tenaga.

Tiba tiba ada orang atas pentas. Semua orang bersorak. Rupa rupanya orang yang jaga stage tengah mop lantai. Haha. Lepas tu hujan dah makin reda dan akhirnya dah tak hujan. Ada MC yang mula cakap cakap untuk intro, lepas dia dah habis cakap, keluarlah video macam bintang nak jatuh ke bumi. Masa tu perasaan dah mula kucar kacir dah. Tiba tiba keluar lagu Alive. Kain jatuh, dah diorang keluar dari kapsul. Masa tu nak ketawa, nak menangis semua ada. Semua orang menjerit. 


Siapa berjaya nyanyi part taeyang ni, saya bagi seringgit haha.

Masa awal awal tu, kitorang kurang bijak. Pergi berdiri rapat rapat dengan semua orang. Kononnya lagi depan lagi nampaklah. Tak sedar diri yang diri sendiri tu tak setinggi orang lain. I kept jumping because of the adrenaline rush, and because I couldn't see. Why is everybody so tall? Kawan pun kasihan. Setiap beberapa minit mesti dia cakap "hawa, sini nampak". Tapi akhirnya kitorang kebelakang sikit, dan akhirnya boleh nampak abang Bigbang tanpa tengok screen :D Dan sepanjang masa konsert baju basah sebab hujan, dan tak sempat kering kena air hujan dah basah sebab peluh. Bersenam di malam hari.

Pasal perjalanan konsert tak payah bagitaulahkan. Tu ada bersepah dekat internet. Nak bagitau favorite moments je. First sekali TOP. Semua yang ada TOP semua favorite kahkahkah. Tapi yang paling comel sekali masa semua orang nyanyi lagu birthday untuk dia. Lepas tu dia cakap bahasa Korea. Tapi semua tak faham last last dia cakap terima kashih haha so cute ! 


dia cakap terima kashih around 1:35 macam tu.

Second favorite moment adalah masa lagu Haru Haru. Lagu tulah yang first sekali lagu KPop yang pernah dengar, dan kalau bukan sebab lagu ni, mesti lambat baru kenal Bigbang ni siapa. Perasaan masa ni macam syahdu je. Macam rasa perasaan bila stick to one person for a long time. Faham tak? Haha. Lepas tu masa Taeyang nak terjatuh pun kelakar jugak haha. 


Lepas diorang nyanyi Last Farewell, tiba tiba diorang bagi speech cakap terima kasih semua. Semua orang terpinga pinga sebab takkan tiba tiba habis. Ada orang dah mula nak keluar/pergi belakang. Orang mula jerit "encore encore encore". Tapi diorang dah masuk backstage dah. Tiba tiba lepas tu diorang keluar balik dan tambah lagi 4 lagu haha. Masa encore tu diorang nyanyi lagu rancak rancak (kecuali lagu Heaven yang tak boleh nak sing along sebab tau yang Japanese version je haha). Lagi satu moment yang best ialah masa blue ocean. Satu stadium bukak lampu biru je. Adalah sikit sikit warna kuning tapi yang pentingnya mana mana nampak warna biru.


GD and his skirt.

Habis lagu Hands Up, konsert pun tamat. Dah tak ada lagi encore. Semua orang berpusu pusu keluar. Dekat dalam stadium je kena tunggu dekat 30 minit baru boleh keluar. Jalan jalan tengok merchandise lepas tu pergilah dekat parking. Sebab banyak sangat kereta, 2 jam baru boleh keluar dari parking. Gila betul. Boleh buat lagi satu konsert. 

Sekarang dah lebih 2 hari konsert tu berlalu, tapi masih lagi excited. Setiap hari tengok fancam dan baca baca pengalaman orang lain. Macam tak boleh let go. Haha. Syukur dapat peluang tengok diorang. Semoga dapat tengok lagi dan lagi. Siapa yang tak dapat pergi, yakinkan je diri boleh pergi lain kali. Sementara tu tengoklah fancams yang ada. Itu tujuan fancams sebenarnya. Nak share pengalaman dengan yang lain haha. Untuk mengakhiri post ini, nah video yang Seungri tangkap. Tapi audio dia sedikit, erm, shittay. 


Bye ! :*

Comments

Anonymous said…
Gila best! Frustnya tak dapat pergi. 'Dekat' sangat. ><
Hawa Power said…
Tak apa. Rasanya next year dia nak datang lagi. Kumpul duit siap siap untuk tiket+ accommodation+makan+transport :D

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.