Skip to main content

Dihati

Dehearty = Di hati. Phaeeyzar = Faiza

Dulu masa dekat SEMASHUR, kadang kadang tidur dekat bilik Nisa Hazirah. Lepas tu sebelum tidur dia ajak dengar MP3. Saya ada MP4, tapi sepanjang dekat sekolah, 6 bulan je kot guna. Yang lain MP4 tu habiskan masa dekat bilik warden sebab asyik kena rampas je. Okay berbalik kepada cerita Nisa Hazirah, Nisa ni ada lagu nasyid dalam MP3 dia. Tak suka dengar lagu nasyid, sebab asyik nak rasa jatuh cinta je sebab suara diorang semua awesome sangat. Setuju tak? Tak eh?

Bila dah masuk UiTM, dah jarang dengar lagu nasyid. Tak pernah pun kot, tapi selalu nyanyi sendiri je dengan Eja. Tapi dah tentulah nyanyi sendiri tak sama perasaan dia dengan dengar penyanyi nasyid kan. Dahlah macam sikit sikit tone deaf kahkahkah. Tapi beberapa lama yang lalu, ada orang suruh cari lagu ni. Unfortunately not for me lah. Kalau orang bagi lagu ni dekat saya, nak kahwin dengan orang tu immediately :P


Seriously, try listening to this song. Tak suka nasyid pun dengar je. Kalau boleh dengar Oppa Gangnam Style yang tak faham tu, apalah salahnya dengar lagu ni kan. Herherher, cakap dengan cermin. 

Dah berapa kali dah dengar lagu ni. Can I cry ? Lepas ni nak jadi lemah lembut dan cakap baik baik. Dah taknak ketawa macam buaya dah. Nak diam diam je. (azam yang sama yang dah di-recycle 80 kali). Dahlah, nak pergi layan perasaan bawah selimut. 

ps: Esok nak pergi kelas memandu. Doakan saya kaya dan berjaya ! 

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.