Skip to main content

Eenie meenie.

Saya Aries.
Saya lahir bulan Ogos.
Saya darah jenis B
Saya lahir waktu pagi.
Saya orang kampung.
Saya orang Johor.
Saya lelaki.
Saya PMS.
Saya dari keluarga open minded.

Saya memang macam ni.

Pernah tak dengar orang guna ayat ayat macam ni untuk alasan kenapa dia act macam tu. Contohnya "saya orang ******, sebab tu mulut saya pedas". "Saya darah * sebab tu saya jarang kisah pasal orang lain". Banyak lagi contoh, tapi saya rasa pembaca saya bukan bayi maka saya harap awak faham. Saya memang tak kisah kalau orang guna alasan tu untuk benda yang bagus dia buat. Contohnya, "saya orang kampung, sebab tu saya boleh masak masakan kampung", "saya berdarah *, saya memang punctual". Tapi yang paling entah apa apa sekali kalau dia guna alasan tu untuk benda yang dia buat yang menyakitkan hati orang. "Maaf lambat sebab saya orang *******."

Budak kecik kalau buat benda, dia mesti akan tengok contoh orang keliling dia. Sebab itukan role model dia. Tapi bila dia dah makin besar, sepatutnya dia dah pandai berfikir yang mana satu bagus yang mana satu tak. Proses ni sama je dengan orang lain. Kecuali kalau kau ada masalah mentallah, itu dah hal lain. Tapi nak cakap pasal manusia yang normal ni. Kenapa awak tak boleh fikir sendiri?

Saya ada seorang kawan ni dulu, dia selalu guna ayat macam ni kalau dia berlaku "terlalu jujur". Tapi masalahnya, dia boleh pilih untuk tak berlaku "terlalu jujur" dengan berdiam diri sahaja. Kalau tak cakap benda yang jujur tak semestinya menipu. Betul tak? Tapi dia kena salahkan benda lain seolah olah kalau dia dilahirkan dalam certain keadaan dia kena jadi macam tu.

Okay kesimpulannya disini, semua benda tu terletak atas diri masing masing. Kalau rasa diri tu selalu bangun lambat, janganlah janji dengan orang guna masa awal pagi. Kalau selalu rasa tak boleh nak cakap benda baik baik, cakaplah dalam hati. Kalau rasa bukan seorang pendengar yang baik, janganlah offer diri nak dengar. Mudah je. If you dont want to face it, avoid it. Mudah.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.