Skip to main content

Salam Ramadhan !

Saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menahan nafsu kepada semua !

Malam tadi, sebab semangat nak puasa, minum 2 liter lebih air. Lepas tu, dalam masa dua jam 5 kali pergi tandas. Selamat tinggal toksin. Kawan kawan semua sila jaga diri masa puasa okay. Lagi lagi yang tengah ataupun nak intern/practicum. Jangan pengsan masa kerja pulak. Malu okay pengsan. Trust me, I know.

Masa pergi terawikh tadi ustaz cakap Allah bagi peluang dekat umat Nabi Muhammad untuk buat pahala masa bulan Ramadhan sebab masa ni syaitan kena ikat. Yang nak kena lawan cuma nafsu je. Maka 1 lawan 1, perlawanan adil. Lepas tu ustaz cakap pasal malam Lailatulqadar, dia cakap Allah bagi malam Lailatulqadar ni sebab umat Nabi Muhammad ni jangka hayat cuma 60-70 tahun je, tak macam umat nabi lain. Jadi dalam satu hari ni, kalau dapat untuk 20 tahun maka samalah amalan kita dengan umat nabi lain.

Sekarang nak tidur sebab memang masa cuti jadual hidup dah terbalik haha. Takpelah kot sebab kalau tak mesti asyik nak tengok MBLAQ je. Dahlah Lee Joon tu suka tunjuk aurat dia. Kita anggap je tidur ibadah. Niat tidur kerana Allah. InsyaAllah, kalau panjang umur kita jumpa lagi.

nota sisi : Semalam tengok youtube tiba tiba ada video lelaki kacak hahaha cobaannnnnnn (tapi jangan risau dah subscribe dah lepas buka nanti boleh tengok lol.)

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.