Skip to main content

Assalamualaikum !

Kalau nak cakap pasal agama, mungkin saya paling tak layak sekali. Ilmu tak banyak dan iman tak berapa nak kuat. Dosa pun bergunung gunung. Nak berubah mendadak terus memanglah susah, tapi kita mula sikit sikitlah okay? Sikit sikit insyaAllah jadi bukit. Ni tips yang dapat masa dengar tazkirah dekat surau lepas tarawikh. Alhamdulillah, bulan ni baru sekali tak terawikh. Tapi lebih baguslah daripada tahun lepas sebab pergi sekali je. You can judge me all you want because it is true, I didn't go last year because I was lazy, and I am not proud of it.

Okay, tips pertama yang saya dapat. Niat dan lafazkan syukur setiap hari. Banyak orang buat benda, tapi sia sia je sebab dia tak niat buat benda tu kerana Allah. Jadi, lepas ni bila bangun tu, terus niat. Kalau tak tau nak cakap macam mana boleh guna ayat ni sebagai garis panduan "Ya Allah, semua yang aku lakukan harini adalah untuk Mu, semoga amalan ku harini tak sia sia". Ni contohlah. Ustaz tu ada bagi niat dia, tapi tak bawak pen dan kertas jadi ingat macam tu je. Tapi tak apa, macam mana pun boleh. Lepas dah niat, insyaAllah bila buat semua benda akan dapat pahala lebih. Bila nak tidur, ucapkan syukur pulak. lagi banyak bersyukur, lagi banyak kita dapat. 




And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' 14:7

Jumpa ayat ni masa baca buku The Magic, buku pasal Law of Attraction. Mat Saleh yang tulis buku ni, dia yang bukan Islam pun percaya, maka semua orang pun kena percaya okay :)

Tips kedua pula, baca Al-Quran. Ustaz cakap, siapa tak baca sekurang kurangnya 100 ayat dalam Al-Quran sehari, itu tandanya biadab dengan Allah. Bila dengar mula mula, rasa macam susahnyalah. Satu page pun merangkak rangkak. Lepas tu ustaz tu cakap, senang je nak cukup 100, bacalah surah Al-Ikhlas 25 kali. Lepas tu setiap kali lepas solat, baca ayat kursi dan nak extra sikit, bacalah satu page ke dua page Al-Quran.

Tips ketiga pulak, selawat. Dengar je Nabi Muhammad S.A.W, terus selawat. Ada 3 golongan yang Nabi Muhammad S.A.W doakan kecelakaan keatasnya, orang yang melalui bulan Ramadhan tapi dosanya tak diampunkan, tidak berbakti kepada ibu bapa dan lagi satu tak berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W apabila mendengar nama baginda. Bulan Ramadhankan banyak orang share pasal agama, kalau nampak nama Rasulullah S.A.W, selawatlah. Pahala mudah.

Tips keempat, bagi makanan dekat orang berpuasa. Pahala bagi makanan dekat orang puasa ialah, kita akan mendapat pahala sama banyak dengan pahala orang puasa, tapi pahala orang puasa tu tak kurang. Kalau yang selalu balik kerja lambat lepas tu tau dah akan terlekat dalam lrt ke, belilah roti yang ada 6 tu, lepas tu kalau orang sebelah muka macam cemas je tak ada makanan nak buka puasa, bagilah sikit. Yang nilah antara sebab kenapa perempuan lagi senang masuk syurga. Sambil tengok resepi dekat youtube pun boleh tambah pahala.

Tips kelima, jauhkan diri daripada dosa. Kurangkan online. I cannot live without internet, jadi online malam malam je. Siang pun ada online, tapi jenguk macam tu je. Kenapa kurang online ni jauhkan diri daripada dosa? Kita tak boleh kawal apa orang lain nak tweet atau post dekat internet, tapi kita boleh pilih untuk taknak tengok. Contohnya, para lelaki, kalau awak follow perempuan hot dekat instagram dan dia post gambar setiap hari tak tutup aurat semua, mana boleh cakap tak sengaja tertengok perempuan tu punya aurat. Nak unfollow, sekarang ni friendship dikira mengikut sejauh mana awak sanggup mengikuti saya di alam maya. Nanti dia ingat gaduh ke apa pulak. Lepas tu kalau perempuan, ternampak gosip hangat dekat facebook/twitter terus rasa nak bagitau orang lain. Kan dah kurang pahala. At least kalau malam malam dah tak puasa dah. Tak banyak sangatlah dosa (kot) HAHAHA.

Tips tips yang saya bagi ni, semua mudah dibuat. Saya tahu sebab saya dah cuba buat. We're all in this together. Yang lupa kita ingatkan. Ada banyak lagi benda boleh buat, macam solat hajat, sedekah, tapi tu semua orang dah tau. Okaylah. Tangan dah beku menaip ni. Nak tidur. Assalamualaikum ! :D

Comments

Popular posts from this blog

Loop

"He told you that he has a Robin in his life?" "No, he posted it online" "Sorry girl, but bad news, you gotta give up on this one." "But, he's perfect. And I don't give want to give up on him" "If he ends up with you, he will always have someone else on his mind. What if his Robin wants to get back with him? You think he is going to stay for you?" "I don't know. Maybe I could change his mind" "Do you know the girl?" "Yes" "When did he break up with her?" "Years ago...." "Just move on, don't hurt yourself" "But then he's going to be my Robin" "Maybe he wont. Maybe he will"

Be kind, my uterus.

Haha hello. I am not talking about having a baby. Having your period is really weird, you're bleeding for a period (hehe) of time but you're not really dying. Your hormone is raging. You don't know what you want anymore. What you love today, you might hate it with all your guts tomorrow. And suddenly you want to be in love and get married and cuddle with someone. You want to eat a lot but you feel super fat and super conscious about your body. You want to be pretty but life is too much for a person who's bleeding that you end up wearing anything comfortable/you could find in your closet.  I hope everything goes well today. I am celebrating my birthday (wohoo !) with a bunch of friends and I am planning to eat everything that I can fit in my stomach. Also I need to drink coke to keep my uterus calm.  I shall find work to do. Bulan Puasa is fun because there's not many thing to do, but since I can't talk with anybody, it is pretty boring. Okaylah, till ...

Fiction: Amak's story

Testing 1,2,3, testing. Hello. Hi. Hi to all 23 of you. Thank you for coming here to be with me to send Amak to her next journey in life. Or afterlife. I don't know. I'm not sure how this works.  When I asked the person in charge on what should I put in my speech, he told me that I should insert some prayers and a few anecdotes of Amak. And that is what I shall do. You see, Amak lived all her lives with people spreading rumors about her, but instead of correcting them, she ignored everything and continued living her life her own way. And that what makes her special. Amak is my mother. She did not carry me in her womb for 9 months, she did not stay awake at night during the early years of my life like all mother's do. But she saved me and gave life to me when I almost died 15 years ago. After living for 15 years with her, there are a few of my favorite memories of her that I would like to share with you. My first favorite memory is when the first time I saw Amak...