Skip to main content

PRU 13

InsyaAllah, esok akan jadi kali pertama saya mengundi. Teruja dah ni. Teruja nak mengundi, tapi tak teruja sangat dengan political scene dekat Malaysia ni. Let me tell you why.

Pertama sekali, ramai orang tak tau konsep berkempen tu macam mana. Kempen ni adalah untuk persuade atau pujuk orang. Tak kisah kalau dia guna iklan dekat tv ke, youtube ke, ceramah dekat masjid ke, ceramah dekat universiti ke, semua tu cuma untuk persuade je. Bukan brainwashing. Brainwashing tu macam ni, saya letak awak dalam satu bilik gelap, saya pasang video yang buat awak hilang kemampuan berfikir lalu awak terima je semua yang saya sampaikan pada awak. Awak tukar political view awak bukan sebab awak boleh fikir pros and cons dia, tapi sebab saya dah tanamkan benda tu dalam kepala awak. Faham tak? Lagi satu yang awak perlu tahu, mereka yang berkempen ni memang kena berkempen kalau nak menang. Kalau tak berkempen, macam mana orang nak tahu apa manifesto dia, apa benda yang dia nak tawarkan pada kita. Bukan semua orang rajin google benda macam saya. 

Kedua, fitnah merata rata. Fitnah yang besar tu mungkinlah kita semua boleh nampak, tapi sekarang ni nak cakap pasal fitnah kecil kecil yang orang mungkin tak perasan. "Orang parti ni semua tak menutup aurat", "Orang parti ni semua bodoh sebab main hon hon dekat kawasan perumahan pukul 12 malam", dan macam macam lagi. Memang rasa biasa je sebab orang selalu buat, tapi kalau kenyataan tu tak betul, kan dah berdosa tu. Saya percaya yang over-generalizing tu fitnah kecil kecilan. Tapi ni kepercayaan saya je lah.

Ketiga, politik tidak sihat. Wujudnya statement "saya harap parti itu kalah" menunjukkan betapa tak sihatnya keadaan politik dekat Malaysia ni. Politik ni patutnya untuk menegakkan hak kita jadi kita cuma perlu fokus dekat parti yang kita percaya, dan harap parti tu menang. Bila harap orang lain kalah tu macam seolah olah kita ada masalah secara personal dengan orang tu dan nampak macam kita tak kisah sangat pun parti kita menang ke apa, cuma nak dia kalah. Macam drama budak sekolah. "Macam mana pun aku harap dia kalah, aku nak cakap padan muka dekat dia sebab riak sangat". Kan tak best bunyi dia, ayat berbaur hasad dengki haha.

Keempat, semua orang tak faham yang masing masing ada hak nak suarakan pendapat masing masing. Siapa kita nak salahkan moral judgement seseorang? Kita bukan tuhan. Ada orang percaya kita perlu ubah kepada yang baru dan ada yang percaya kita boleh gilapkan yang lama supaya jadi lebih cantik. Tak seronoklahkan kalau kita rasa nak jadi passionate about something that we should be passionate about (tegakkan hak kita sebagai rakyat Malaysia), lepas tu orang panggil kita anjing parti nilah, macai parti tulah. Kalau kita rasa tak seronok, jangan buat dekat orang.

Rasanya ni jelah kot. Kalau nak suarakan pandangan, komen jelah. Esok semua orang undi elok elok okay. Lepas tu tawakkal je. Menang tak menang tu semua ketentuan Allah. Allah cuma bagi benda terbaik je dekat Hambanya maka terima jelah seadanya. Yang jadi kerajaan lakukanlah tanggungjawab elok elok, yang jadi pembangkang, jadilah devil's advocates yang mampu menolong kerajaan membuat kerja yang lebih bagus. Okaylah, nak tidur. Selamat malam rakyat Malaysia (I'm assuming orang Malaysia je baca post ni sebab post ni ditulis dalam bahasa Malaysia. Tak obvious langsung kan? Haha okay bye)

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.