Skip to main content

From Selangor to Kedah, with love (Part 1)


Kehkehkeh tajuk je Bahasa Inggeris, lalu diteruskan dengan berbahasa Melayu :P

Pada Ahad yang lepas saya telah ke Kedah dengan menaiki keretapi! 12 jam okay atas keretapi, maka bontot sudah seakan akan flat. Seakan akan jelah. Sebenarnya perjalanan dia 10 jam je, lepas tu keretapi rosak. Itu adalah 12 jam paling lama dalam hidup saya -_-"

Hihi itu status tanda teruja tapi keterujaan itu hilang akibat terlalu lama dalam keretapi :O

Setelah sampai di Alor Setar, denin dan ibunya pun mengambil saya dan bawa pulang ke rumah mereka. Lepas tu Denin cakap Syed akan ambil pada pukul 11 pagi jadi kalau nak berehat, rehatlah sekarang. Maka tanpa membuang masa saya menghabiskan nasi lemak lalu tidur. Rasa macam nak cakap je no need to take me anywhere, you guys go crazy by yourself je okay? Tapi denin tetap gigih mengkejut saya lalu kami pun pergilah mengembara ke Alor Star mall. Pergi kesana untuk membeli sedikit barang dan akhirnya kami bersetuju untuk menonton Kak Limah Balik Rumah. Lepas dah habis movie terus pergi ke Muzium Padi dan pusat Sains Negara tapi tak sempat. Dah tutup. Jadi kami pun bergerak ke tasik dan beli layang layang :D
Muzium padi punya halaman. Abaikan tudung serabai itu



pose konon mesra alam
si gemuk dan layang layangnya.

buggy ride




Lepas dah pergi tasik lalu balik dan penat separuh mati tapi gagahkan juga diri untuk berjaga sebab nak makan nasi. :)) Lepas tu tidur dengan nyenyak sebab esok tu nak pergi Thailand ! Kitorang masuk border je iaitu di sebuah temoat bernama Danok. Kat sini ada banyak jual baju je. And semua baju tu macam baju kat Time Square je, harga pun lebih kurang maka saya tak beli apa apa. Hanya menunggu waktu makan. Tapi makanan situ memang sedap. Makan pulut ayam goreng dan nasi serta tomyam dan lauk lain :D


Tempat menjual pulut ayam






Byebye Thailand

Lepas dah pulang, saya pun tidur di dalam kereta dan mereka membawa saya ke muzium padi lagi sekali! Dan juga pusat Sains sebab semalam tu tak sempat pergi.


Satu satunya bukti telah pergi ke muzium padi

Muzium padi ni kena bayar RM3 untuk orang dewasa, kamera pun kena bayar. Dan sebab kami adalah 3 manusia kedekut maka taknak bayar untuk kamera. Jadi kitorang masuk je dan tengok gambar gambar. Kalau manager muzium padi baca blog saya, saya cadangkan pakcik tambah barang barang dekat situ. Ruang ada banyak tapi tak dimanfaatkan. Rugi je :) *kehkehkeh rasa hot sampai pakcik padi pun nak baca blog ni :P*

Sebelum the biggest loser asia
selepas the biggest loser asia :P
syed terlampau kurus sehingga ternampak tulang rusuk
Lepas dah sudah ni kami pun pergi mencari makanan dan makan kueytiaw sup dan benda cucuk cucuk yang dibakar. Lalu pulang apabila hari sudah petang. Malam tu mula menggedik gedik sebab esok tu nak pergi Pulau Pinang !

Atas feri yang boleh membawa kereta
Syed yang girang menaiki feri

Batu Ferringhi(how to spell?) Dan lihat ! Encik Layang Layang muncul lagi :D





Masa nak jalan jalan Pulau Pinang ni, kitorang beli peta. Tapi sesat jugak. Haha. Tapi dengan bantuan peta dan pergaduhan manja dalam kereta, kami pun sampai ke Toy Museum. Nak masuk Toy Museum ni RM10. Tapi boleh bawak kamera maka sangatlah berbaloi. Mainan dia pun bukan yang bodoh bodoh tu, menarik semuanya. Maka silalah pergi ya.

Berjumpa dengan abang Jack

Jejak Kasih


Lepas ke Toy Museum kami bergerak kerumah P Ramlee pula. P Ramlee ialah orang Pulau Pinang ya adik adik. Rumah dia ni masuk percuma tapi ada satu galeri dia tu tak boleh ambil gambar. Maka hanya bergambar di rumah asal sahaja.

Tingkap rumah p ramlee















    SEBENARNYA ADA BANYAK LAGI NAK TULIS TAPI SEKARANG RASA TENSI TERHADAP BLOGGER NI, MAKA SAYA BERHENTI SETAKAT INI DULU. LAGIPUN POST PANJANG SANGAT MAKA BUAT DUA POST LAH.














Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.