Skip to main content

SAYA BENCI SUPER JUNIOR

Sebab buat video penuh adegan comel padahal takde lelaki pun yang akan ikat tali kasut girlfriend dia sendiri. Kalau ada sila tampil kehadapan saya ambil awak jadi boyfriend saya dan saya akan mula pakai sneakers. :D



Sila tonton dengan muka teruja. Lepas tu boleh senyum senyum dalam tidur sambil bermimpi indah:) Tak cukup lagi? You want more?? WE WANT MORE!! *fangirls scream*


Ini live version. Kalau nak tahu hebat ke tak penyanyi tu, dengar yang live version. Dan mereka sangat hebat ! Jjang ! *eceh insert word korea konon hebat :P*

Kalau dalam Super Junior, orang yang paling diminati adalah Heechul. Tapi kalau siapa tak suka lelaki macam ala ala lembut tu, tak payah cari dia yang mana. Mesti korang menyampah. Haha lagi sikit orang suka MY Heechul, lagi saya gembira :P Lepas tu dia macam senang nak dilihat sebab biasanya dia lain dari yang lain. Lepas tu dia comel gila haha tapi sekarang kat tumblr ada banyak gambar dia yang semakin macho haha :D

Lepas tu orang kedua adalah Eeteuk. Suka Eeteuk sebab dia macam abang yang comel. Lepas tu ada satu video tunjuk dia nak propose orang dengan masak mee. Alahai comelnya. Dalam Exploring Human Body pulak, ada masa yang diorang kena lompat jauh, dia sibuk dengan penyapu nak tolong sapu pasir pasir lepas orang dah lompat. Lepas tu dia ni banyak senyum, makin tua makin comel! Aiyayayai.

Ahli Super Junior pilihan saya yang terakhir adalah, JENGJENGJENG, Ryeowook!! Tapi tak tahu kenapa suka dia. Sebab dia comel sangat kot? Haha tapi bila fikir balik siapa yang tak comel. Oww sekarang dah tau kenapa suka dia. Sebab dia nangis masa tengok orang angkat berat! Ahahaha :)) Haih kenapalah asyik suka orang lelaki baik terlebih, comel kacak semua ni :D

Sampai disini sahaja nak cakap pasal Super Junior ni. Dan ya, bagi siapa nak lirik dan translation untuk lagu ni, klik sini >>> BILA SAYA KLIK SAYA NAK BELANJA HAWA TIKET SUPER SHOW 3

*******

Lepas masuk UiTM tak ada update pun pasal kehidupan di UiTM. Okay ni jadual hidup seorang Hawa di UiTM.

Tidak begitu menarik sebab baru mula semester :D

*******

Pada bulan April yang lalu, saya ada tulis sebuah entri untuk Encik Gigi Besar. Dalam entri tu ada letak gabar dia yang menjelir lidah berambut besar HAHAHA dan tak berapa cantik. Walaupun dia suruh tukar gambar lain, empunya blog tetap taknak maka gambar tu kekal sampai sekarang :)) Tapi Tuhan itu maha adil, sekarang dah terkena karma. Wuwuwuwu. Encik Muli buat post hari jadi untuk saya dan dia letak gambar buruk. KARMAKARMAKARMA

Okaylah, jumpa lain kali. Kalau dah ada broadband, bolehla update selalu. Byebye !


Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.