Skip to main content

Itinerary Perak dan Pulau Pinang

Hello. Saya baru pulang dari percutian bersama keluarga sebab ibu bapa cuti lama. Pengalaman yang menarik tapi kita cerita pasal pengalaman lain kali. Harini nak bagi itinerary/aturcara (hahahaha) bagi percutian kami bagi sesiapa yang rasa nak cuti tapi tak tau bagaimana nak plan. Percutian kami bermula dari Petaling Jaya (rumah), kemudian ke Ipoh dan Penang. Percutian kali ini lebih kepada food hunt dan melihat scenery maka tiada lawatan ke muzium aneh atau mandi pantai.

(Nota: Tidak sesuai dilakukan pada masa semua orang cuti kerana mungkin susah nak cari hotel yang kosong. Percutian adalah untuk 6 orang)

Hari pertama

- Berhenti di RnR Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk makan tengahhari. Banyak pilihan dan harga agak murah untuk nasi campur
- Pergi ke Tanjung Malim. Berhenti di Kedai Yik Mun Kedai Pau Tanjung Malim. Boleh cari dalam GPS. Pau rasa biasa je tapi ada banyak makanan lain yang biasanya jual di kedai Cina yang kita selalu tengok orang Cina makan tapi tak boleh cuba sebab non halal haha. Ambil peluang dan cuba semuanya! Harga makanan berpatutan dengan portion.


- Pergi ke Teluk Intan untuk lihat Menara Condong. Kami guna jalan lama yang agak bumpy dan jauh tapi permandangan dia cantik. Kalau nak lebih cepat boleh guna highway. Menara condong buka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang tapi tutup pada hari Isnin. Masuk adalah percuma. Bawah menara ada pasar.
- Check in hotel. Angsoka Hotel ada family room yang besar dan murah (bawah rm170).
- Dinner beli di Giant sebab dekat. Tapi menurut penduduk, tempat makan sedap adalah food court bumbung biru dekat kawasan Menara Condong.

Hari kedua

- Check-out hotel
- Makan pagi di kawasan Menara Condong. Ada satu kedai nasi campur bertentangan dengan Menara Condong yang makanan dia sedap. Kawasan foodcourt tak banyak sangat option pagi pagi
- Naik Menara Condong sebab masa sampai semalam dah tutup. Tak rugi pun kalau tak naik sebab tak ada apa haha.
- Bergerak ke Kellie's Castle. Pakai sunblock dan minum banyak air sebab kawasan Kellie's Castle panas terik. Tak ada hantu jangan risau.
- Berhenti di Taman Herba untuk tengok pokok herba (thanks captain obvious)
- Pergi ke Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh untuk makan.


- Pergi ke Taman Tasik Taiping. Tempat cantik boleh picnic. Boleh juga tengok fenomena pokok yang tunduk ke arah air.
- Makan malam di Food Court Bomba Taiping. Makanan murah. Ada banyak gerai yong tau foo dan sotong kangkung


- Teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Tidur di Sun Sity Inn. Ini agak tersorok, kalau travel sikit orang pergi jelah mana mana. Tapi kalau family besar, boleh cuba sini sebab bilik dia ada ruang tamu, dan dua bilik asing dengan katil king size setiap bilik dengan harga RM150.

Hari ketiga

- Check-Out hotel
- Naik jambatan Pulau Pinang dan terus ke Bukit Bendera. Ada banyak benda atas Bukit Bendera jadi luangkan lebih masa disini. Makanan Foodcourt is surprisingly cheap maka makan je dekat sana. Bayar lebih untuk naik buggy (RM30)  maka boleh tau fakta menarik tentang Bukit Bendera dari pemandu Buggy
- Naik bas Hop On Hop Off (City Route) untuk tengok Kawasan Pulau Pinang tanpa perlu memandu. Dekat Fort Cornwallis boleh tukar bas dan naik Hop On Hop Off (Beach route). Perjalanan adalah 2 jam.
- Turun bas dan pergi ke Batu Ferringhi.
- Pergi ke bandar semula untuk makan Nasi Kandar Line Clear. Nasi Kandar Line Clear dekat lorong, bukan kedai. Jangan salah masuk.


- Tidur di Islander Lodge.

Hari Keempat

- Makan pagi di kedai kaki lima sebelah Islander Lodge.


- Check-out hotel
- Pergi ke Fort Cornwallis untuk tangkap gambar dan hitamkan muka
- Makan tengahhari di satu food court disitu. Makanan tak berapa sedap maka tak ingat nama tempat tu. Kalau semua signboard dia ada logo nestle, tulah tempat dia. Betul betul sebelah Fort Cornwallis
- Pergi Chowrasta beli jeruk, vadey dan ais tingkap. Pastikan pergi kedai dekat lorong sebelah jeruk Pak Ali sebab ada vadey sedap.
- Pergi ke Kuala Kangsar dan singgah di Masjid Ubudiah
- Makan Laksa di Laksa Pak Ngah. Kedai tersorok tapi ada dalam GPS.


- Pulang ke Petaling Jaya

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti semua orang!

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.