Skip to main content

Luahan isi hati.

Just woke up from my nap haha.

Soalan paling banyak yang dapat dalam beberapa bulan ni adalah "kenapa tunggu lama lama sangat?". Pasal kerja yang tertangguh, pasal lesen, pasal beberapa benda lain. Secara jujurnya, saya sendiri tak pasti mengapa saya menunggu begitu lama. Mungkin sebab dah biasa tak kisah pasal benda, macam mana nak sangat benda tu pun, kalau nampak macam takkan dapat, terus pergi ke tempat lain. Tak pernah attach dengan satu benda dengan begitu lama, sebab macam tak peduli sangat.

Sebenarnya macam bersyukurlah walaupun perjalanan hidup ni tak macam orang lain, dengan perangai tak pedulikan benda ni, Tuhan sentiasa bantu dengan hantar peluang dan orang orang untuk menyenangkan hidup. Alhamdulillah tak pernah rasa walaupun tak ikut perjalanan hidup yang normal, tak pernah rasa sesak dan tak cukup.

Tapi, sebab perangai tak peduli ni lah tiba tiba dah terhilang satu peluang penting. Yang sebenarnya dari dulu lagi dah tau nakkan benda ni. Sekarang dah terlambat sangat sangat sampai rasa sentap bila orang kata "kenapa tunggu lama lama sangat". Mungkinlah tak terlambat lagi, hidup insyaAllah masih panjang, tapi nak tunggu peluang datang balik tu yang susah. Sekarang dah redha dah peluang ni macam samar samar nak dapat, tapi bila doa dekat Allah supaya hilangkan perasaan nakkan peluang ni, perasaan jadi makin kuat pulak, tapi masih redha haha faham tak?

Tak apalah, sekarang nak bersedia je. Kalau peluang dibuka lagi, nak lari pergi dapatkan peluang, taknak tunggu lama lama dah. Rasanya kalau peluang ni datang balik, lepas tu tengok je taknak usaha , mungkin lepas ni Tuhan pun dah taknak tolong dah. Ha padan muka. Mereput kau disitu.

Haha sebenarnya deep sangat lepas bangun tidur ni sebab tadi mimpi dapat benda yang diingini, lepas tu tahap kegembiraan hidup naik 200%. Haha entah apa apakan percaya pada mimpi, tapi bukannya I have anything to lose pun percayakan benda ni. Okaylah selamat petang. Byebye.

And oh, twitter dah deactivate balik sebab dah tak reti nak guna macam mana. Rasa macam tak belong dan dah tak tau macam mana nak digest informasi banyak banyak macam tu.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.