Skip to main content

Kisah Hawa dan perutnya serta perkara perkara lain

Hello ! Ini bukan nak cerita pasal ukur lilit perut atau pasal hard rock abs haha.

Kalau siapa siapa kenal Dr Haji Fadzilah Kamsah, dia mungkin tahu yang Dr Haji Fadzilah Kamsah ada buat kajian berdasarkan bulan kelahiran. Sebenarnya kajian mengenai bulan kelahiran/horoskop ni macam pelik sebab takkanlah 1/12 daripada manusia dalam dunia ni ada ciri ciri lebih kurang sama? Dan juga nasib yang sama (kalau horoskoplah). Tapi sebab orang dah buat kajian maka mungkin dia adalah betul sehingga satu tahap.

Tapi dalam ciri ciri bulan Julai ni, ada satu je sifat fizikal yang ada dalam ciri ciri orang lahir bulan Julai. Iaitu, lemah kesihatan perut. Kalau ikut tahap kesihatan setakat ini, kesakitan yang selalu dilalui adalah demam, selesema, tonsil bengkak, lebam lebam yang muncul entah dari mana (biasanya sebab langgar mejalah sebab bila jalan tak tundukkan pandangan hahaha) dan juga sakit perut !

Kalau pasal perut ni, yang paling biasa adalah masuk angin. Makan banyak ke, makan sikit ke, tetap masuk angin. Dia taklah sakit pun, cuma menjengkelkan sebab memang tak boleh buat apa apa untuk keluarkan angin tu. Okay tipulah tak boleh buat apa apa, cumanya tak cuba banyak benda. Takkan nak minum air halia sebab biasa masuk angin ni mesti malam malam dan mana nak dapat air halia? Lepas tu memang tak pernah simpan minyak angin walaupun dan 174094 kali perut masuk angin. Hm inilah dia bangsa yang tidak belajar dari kesilapan.

Sebenarnya macam berkira kira untuk pergi pusat urut dan keluarkan angin dalam badan. Mungkin angin yang ada ni angin yang sama je kan? Ke tak mungkin haha. Tapi sekarang macam kronik sikit sebab dah sampai rasa dekat kepala dan di tempat pelik pelik macam dekat belakang badan. Rasa macam nak cucuk jarum dan keluarkan angin tu macam belon. Haha kalau orang tanya kenapa gemuk bolehlah kata hm ini bukan lemak, ini angin.

*******

Untuk perkara lain pula, selepas dah nyahaktifkan twitter baru perasan fungsi sebenar twitter. Pertama, untuk mengarut. Tulis benda yang tanpa twitter biasanya kita simpan dalam hati, tapi dengan twitter kita bagitau satu dunia. Kedua, untuk tahu berita terkini pasal dunia dan kawan kawan. Walaupun buka facebook sentiasa, itu bukan untuk tengok timeline, tapi untuk main candy crush dengan candy crush soda je. Bigbang dah keluarkan lagu baru ke? GD & TOP punya lagu macam mana? Perdana Menteri dah kena tangkap ke?

Haritu sekejap je macam hampir nak buka twitter balik, itupun sebab nak tau kawan berada di mana sebab ada kecemasan. Tapi tak jadi sebab dah tau dia dekat mana.

Okay, baru buka Allkpop dan rupa rupanya MV dia keluar harini ! Haha tepat pada masanya. Inilah yang dinamakan jodoh. Tapi nak tengok dekat pejabat nantilah sebab pagi sangat pukul 6 pagi nak dengar benda lagha haha.

*******

Jadual tidur dah mula jadi mengarut. Lepas balik kerja biasa ingat nak tidur sekejap tetiba dah lama haha tau tau dah gelap dah dunia. Kemudian tengok cerita beberapa episod, main game dan lepas subuh tidur kembali. Tunggu Jumaat nilah betulkan balik masa tidur. Sebab hujung minggu ni padat dengan aktiviti maka harapannya maam tu dapatlah tidur seperti orang normal.

Sekarang dah tengok Orange Is The New Black musim ke 3, tapi belum habis sebab nanti kena tunggu tahun depan untuk musim ke 4. Nanti nak buat ulasanlah mana tau ada orang pun jatuh hati dengan cerita ni lepas tu kita boleh jadi kawan baik sampai bila bila.

Dah pukul 6.08 pagi, selamat subuh semua ! Jangan lupa minum air banyak banyak. Selamat tinggal.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.