Skip to main content

Kisah senaman.

Sepanjang cuti ni, kehidupan hanya bermula pada waktu malam. Sebab siang tak ada apa nak buat. Nak online pun rasa macam tak menarik sebab malam tu dah online. Waktu siang dihabiskan dengan tidur, makan, main candy crush (kalau awak main candy crush, add me on facebook okay !), tengok tv. Benda benda macam tu lah. Oh candy crush boleh main dekat telefon, jadi tak perlu online.

Satu hari, sewaktu saya sedang bersendirian di ruang tamu, saya terlihat treadmill yang juga kesunyian seperti saya. Tanpa segan silu, saya memandang kearah lain. Setiap hari perkara yang sama berlaku sehinggalah pada suatu hari, saya on treadmill tersebut dan menaikinya. Maka terisilah masa petang saya dirumah. Maka sekarang sudah hampir 3 minggu saya menaiki treadmill. Tapi awak jangan pula ingat saya dah kurus kekeke. Sebab saya naik bukan untuk kurus, tapi untuk isi masa lapang. Saya tetap makan lebih daripada orang biasa. Cumanya berat saya stabillah. Sebab topup lepas tu bersenam lepas tu topup balik. Tunggu nak kahwin dan lepas kahwinlah baru bersenam demi nak kurus.

Tapi sejujurnyalahkan, bersenam memang best. Perasaan puas lepas tengok berapa kilometer lari, bila baju basah sebab peluh and bila treadmill tu cakap goal complete. Bila dah buat tu semua, rasa macam sihat gilaaaa. Hahaha. Jadi dengan ini, saya sarankan agar semua orang bersenam. Kalau taknak pressure sangat, tak payahlah aim turun 18 kg 2 minggu ke, nak kena pakai baju saiz S next week ke. Aim nak sihat jelah. Itu yang penting. Kalau kurus tapi stress pun tak boleh jugakkan?

Okay baiklah. Saya ada quiz ni sebenarnya. Okay bye !

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.