Skip to main content

Broadbang Bang Chitty Chitty Bang Bang

Broadband taknak bagi kerjasama, setelah 3 minggu baru boleh update blog. -_-" Punya banyak idea nak update, semua nah jadi basi dah sebab sejak akhir akhir ni semua cerita dekat Malaysia ni cepat sangat berlalu. Contohnya pasal Adinda Evans tu. Hari tu dia jadi trending worldwide tiba tiba. Hari ni nama dia dah macam takde apa dah. Nak cakap pasal dia pun semua orang mesti cakap, dah dah lah tu Hawa. Kuda yang mati jangan ditunggang lagi *random*

Tapi still nak cakap jugak pasal tu. Muehehe. Sebagai bakal guru, mestilah kena ambil tau kan pasal hal semasa. Betul tak? Dia macam agak sedih bila hampir semua orang cakap "memanglah banyak orang dah takde dara, tapi kenapa kau nak bagitahu dekat satu dunia pulak?" Jadi sekarang ni tak ada virginity dah jadi perkara normal di Malaysia sebab orang tak kecoh pun pasal budak budak underage tak virgin, tapi kecoh pasal seorang budak yang gatal tangan tulis kat blog dia cakap dia tak ada dara.

Nuzul Nussow berharap dia tak kantoi dengan parents dia dan dia akan bertaubat. Saya harap dia kantoi, lepas tu isu ni dibawa ke Parlimen lepas tu kerajaan buatlah sesuatu supaya perkara ni dapat dibendung. Mungkin sexual education dah boleh jadi subjek wajib, kalau taknak pun cubalah embed pelajaran tu dekat mana mana subjek. Zaman untuk malu malu dah habis. Sudah tiba masanya ibu bapa/kakak abang duduk semeja dengan adik adik dan cerita pasal benda ni.

Rasa malu bila tengok rakyat Malaysia ni semua suka maki orang dalam segala hal. Pergi tengok page Gambit , Adinda Evans, Blog perempuan yang See You In Hell tu. Semua pun orang pergi situ nak maki. Bila kena maki lagilah orang tu nak buat lebih teruk sebab dia ada banyak sangat negatif energy. Apalah. Inilah isi hati si penjual kuih. Haha

Ambil masa 4 jam nak download itunes. Itu pun belum habis lagi. Cepaaaaaaaatlaaaaaaaaaah. Dah ada itunes bolehlahhh guna ifong jadi broadbanggggggg. Yeehaaaaaa :DD

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.