Skip to main content

私はとてもかわいいです

Tajuk tak boleh blah I know I know muehehehehe :P

Dah dua hari habiskan masa di youtube tengok video video Nina omaiii so comel :DD


Pagi tadi pergi menjelajah Negeri Sembilan dengan Nuzul. Kami pergi memberi botol botol MonaVie. Tapi taknak cakap pasal tu, tapi nak cakap pasal satu gelang getah yang Nuzul dan beberapa rakan yang lain pakai.


Nampak tak yang dia tengah tarik tu? Benda tu dia pakai sebab dia dah janji dengan diri sendiri takkan bukak selama 30 hari. Ini tak sampai seminggu lagi dia pakai. Dia dapat benda tu masa pergi bengkel Millionaire Mind hari Jumaat, Sabtu dan Ahad hari tu. Motif dia pakai benda tu ialah supaya bila dia ada fikiran negatif dia akan tarik benda tu dan lepaskan supaya berhenti berfikir negatif. Sakit okay.

Sebab saya tiada benda tu, maka tadi guna Nuzul punya dan telah melastik diri sendiri lebih 10 kali. Waktu jumpa Haziq tadi, tangan dia pun merah sebab dia buat benda tu. Hopefully selepas 30 hari mereka semua berfikiran positif kalau tak sia sialah membunuh sel sel di pergelangan tangan. 

Mungkin lepas ni boleh cuba cari benda macam ni. Lepas tu jadi orang paling positif dalam dunia, ataupun orang pertama yang hilang pergelangan tangan sebab dilastik banyak kali. Mana mana pun boleh. Hahaha. Okaylah, selamat malam semua !

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.