Skip to main content

Merdeka !

Hari ini hari terakhir saya menjadi pelajar degree part 2 di Shah Alam. Rasa macam dah lama duduk di Shah Alam tetapi rupa rupanya masih ada 6 semester untuk graduate. Doalah saya tak perlu repeat sem sebab UV di Shah Alam sangat tinggi dan boleh kena kanser kulit. Menakutkan okay kadar kepanasan di Shah Alam ini. Tetapi Petaling Jaya juga sama kadar kepanasannya. Semua orang sila selamatkan diri daripada bahang ini.

Hari ini hari nyanyuk sebab yakin sungguh hari ini 11 May. Begitu yakin sehingga slip kehadiran peperiksaan dan kertas peperiksaan pun tulis tarikh yang sama. Kalau siapa siapa nak bagi saya jam tangan, saya nak yang bertali besi, berwarna pink, dan menunjukkan tarikh. Kalau ada kompas sekali pun cool jugak. Oh awak semua tahu tak hari jadi saya dah makin dekat?

Saya sedang buat list untuk buat apa cuti ni. Ibu dah book saya untuk bekerja dengan beliau. Harap harap sekejap je sebab banyak lagi benda yang lebih menarik daripada bekerja sambil memakai tudung secara huru hara, baju terlebih besar sebab pakai baju abah masa pergi kerja, seluar slack longgar lompat lompat boleh tercabut dan memakai kasut ibu yang agak ketat. MasyaAllah sila jangan jumpa saya masa bekerja. Haha

Saya akan kembali aktif dengan MonaVie. Doakan saya doakan saya doakan saya. Kepada siapa siapa yang tak tahu nak buat apa malam Khamis lepas tu macam tiba tiba terasa nak cari ilmu free dan lepak di kedai Kelantan dengan saya, call lah ya!

Siapa siapa yang rasa nak rasa MonaVie secara percuma pun bolehlah call jugak. Tak ada masalah. Kalau dekat, saya pergi sambil bawa sebotol lepas tu bagi awak minum 60ml sahaja hahahahaha.

Okaylah doakan saya supaya tidak gemuk sebab Scientist yang saya dengar ceramah dia hari tu cakap siapa obesiti cepat mati. Lagi cepat dari orang merokok. Dan saya tak nak mati cepat. Tapi kalau makin tua makin buat banyak dosa, Tuhan, cabut jelah nyawa saya sebab saya taknak banyak dosa.

Sekian sahaja post saya untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi ! :D

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.