Skip to main content

Final Exam

Tak payah cakap lah pasal ni. Kehkehkeh.

Semalam, saya pergi rumah Jaja. Jaja tu kawan baik saya dekat sekolah. Saya ada ramai kawan baik. Heh apa benda ayat sekolah rendah ni -_-" 

Semalam kakak Jaja kahwin. Rumah Jaja dekat Beranang, Selangor tapi kitorang sesat sampai Negeri Sembilan. Haha. Semalam yang pergi adalah saya, Zue dan Nuso. 



Ini Jaja. Baju kalah pengantin. Haha
It was fun tapi kena balik awal sebab Zue nak jumpa mak dia dan Nuso ada hal. Tapi takkan kau nak duduk situ sampai malam pun kan? Terima kasih banyak banyak dekat Jaja sebab layan kitorang. Terima kasih dekat kakak Jaja sebab kahwin, kalau tak kahwin entah bilalah nak jumpa, Terima kasih dekat Mak Jaja sebab lahirkan kakak Jaja dan Jaja hahaha. Terima kasih dekat Nuso sebab sanggup drive walaupun pening pening lalat dah. Terima kasih Zue sebab sanggup tak tidur tunjuk jalan dikala saya tidur di belakang macam boss. Kehkehkeh.

Okaylah, cerita sikitlah pasal final. Saya memang sukakan peperiksaan. Semua orang diam dan tenang, jawab soalan dan uji apa benda kau belajar selama ni. Masa tu lah baru nak tahu sama ada belajar 12 jam sebelum periksa tu bagus ke tak. Next sem mesti nak buat azam taknak study last minute dah. Tiap tiap tahun pun azam sama. 

Bye bye.

Ya, saya memang suka buat post tergantung.

Comments

nisa' said…
jaja fuiyooooo! next is jaja's turn!

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.