Skip to main content

Dan Sebenarnyaaaaa

Sebenarnya ada benda best nak cerita. Nak cakap pasal bontot HAHAHA tapi ni memang kelakar tapi Nuso cakap itu mengaibkan orang jadi taknaklah cerita. Tapi kalau ada banyak permintaan, serius akan ku ceritakan muehehe. Dahlah siap cari gambar dekat Tumblr (and trust me you dont want to search Butt dekat tumblr), lepas tu nak lukis lagi. Haha teruja lebih. Tapi takpelah. Kita cerita hal lain yang lebih membina :)

..and I got none.

Oh by the wayyyyyy, ingat tak lagu I stalk your profile tu? Guess what, ada orang buat reply untuk lagu tu. Sedap jugaklah suara perempuan tu. Jap eh. *delusional, tulis blog seolah olah tengah berborak dengan orang*

Lambat pulak keluar code dia. Hmm. Okay kita cakap pasal hal lain dulu. Macam mana cuti korang? Best? Minggu pertama cuti saya telah menghabiskan masa dengan tidur tanpa henti. Bangun untuk menjengukkan muka, lepas tu duduk dalam bilik balik. Keluar bila perlu je. Lepas tu sebab staf Ibu dah berhenti, maka sayalah menjadi pengganti kepada beliau. Sekarang saya adalah penjual kuih. Panggil saya Gadis Penjual Kuih. Haha.

Bila kerja setiap hari makan maggi. Tak bagus betul. Hari tu ingat nak tukar menu, maka pergi beli maggi goreng mamak. Sama je. Untunglah korang duduk rumah makan nasi mak masak. Tsk tsk *tetiba*.

Sejak bekerja ni, masa terasa begitu lambat berlalu. Rasa macam nak pengsan dah bosan (bukan penat haha), tengok tengok baru sejam je berlalu. Dahlah tak ada kawan nak berborak. Setiap hari benda yang sama je cakap.

Dialog 1: 3 seringgit
Dialog 2: Ni kentang, yang tu sardin
Dialog 3: Yang ni kelapa, yang tu kacang
Dialog 4: Nak pinggan pergi mintak orang belakang
Dialog 5: Takde duit kecik ke? Saya baru je sampai, takde pecah.
Dialog 6: Dah habis.
Dialog 7: Terima kasih.

Sehari lebih kurang seribu kali cakap terima kasih *ini fakta sebab setiap kali orang beli kuih kena cakap terima kasih, seorang biasanya beli kuih seringgit je. Myth accepted*. Penat okay tak ada perbualan normal dengan orang biasa. Kalau ada pun mesti diorang tanya, "Makan?" sebab kebanyakkannya yang cakap tu orang luar negara, maka tu je yang diorang tau nak cakap. lepas tu kita cakap panjang panjang diorang blah sebab tak faham. Hahahaha.

Nampaknya memang takkan keluar embed code maka korang tekan jelah link ni. Kalau siapa siapa tak suka dengar lagu tak payahlah. Orang orang macam Tiq bolehlah tekan yaaa. Haha.

Link ni: TEKAN TEKAN TEKAN

Korang rasa 5 minit yang korang spend dekat blog ni berbaloi tak? Maaflah kalau membazir masa korang :'( Sebagai tanda minta maaf, lepas ni saya buat vlog pulak! Hahaha memang taklah, itu penyeksaan yang lebih berat tu. Haha okay lah, byebye :)

Assalamualaikum! *tak jawab dosa, jawab gatal.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.