Skip to main content

Kawan Saya Bernama Hana Lulu

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Kawan saya bernama Hana Lulu".

       Saya ada seorang kawan bernama Hana Lulu. Hana Lulu adalah seorang gadis yang agak rendah daripada saya. Dia suka warna hijau dan dia suka makan telur dan kentang. Ini gambar kami berdua yang saya lukis khas untuk beliau. Cuba teka saya yang mana. Ya, tepat sekali. Sayalah manusia berketinggian normal itu. Hahaha.


       Hana Lulu ajar saya pakai selendang. Dia bermuka telur maka pakai tudung pun cantik. Muka telur tu apa? Sekejap saya lukis. Hahaha

Saya rasa ini kelakar. Hahahahaha

Macam nilah muka telur. Fit nicely kalau pakai tudung.

       Kalau pasal makanan, Hana Lulu tak makan banyak benda. MasyaAllah, susah gilaaaaa nak bagi makan kat budak ni. Dia tak makan sayur tapi tiba tiba dia makan kangkung dan pucuk apa benda entah. Dia makan telur tapi tak suka telur mata. Jadi untuk mengelakkan sebarang pembaziran, tanya betul betul apa dia nak sebelum masak/beli kalau tak bazir je. Lepas tu dia tak makan sardin atau apa apa ikan dalam tin kecuali tuna. Tapi dia suka makan tempe jadi tak kisahlah. 

       Hana Lulu ni macam emak jugak kadang kadang. Walaupun badan bersaiz kecil, dia amat gagah! Dia boleh buka semua botol air! Dan angkat barang barang yang berat. Kalau makan di tempat guna sudu garfu dan pisau, Hana Lulu akan potongkan daging untuk saya sebab saya tak reti pakai pisau, Hana lulu pandai buka cengkerang udang dengan garfu sebab dulu dia sekolah SESE*I. 

       Cik Hana Lulu suka burung hantu dan obor obor. Tapi saya rasa apabila dia jumpa obor obor sebenar pasti dia geli sebab obor obor adalah jijik. Obor obor juga berbisa. Benda berbisa adalah menakutkan, macam ular dan lebah. Tapi lebah adalah comel. 


       Hana Lulu suka menyapu rumah. Tapi dia tak suka membasuh pinggan. Pinggan sendiri dia basuhlah, tapi pinggan banyak banyak orang lain guna tak. Selain itu, dia juga sangat pengemas. Sila lihat nota nota beliau. Sama macam nota saya. Okay itu tipu. Yang pastinya semua orang boleh belajar kalau pakai nota dia. Dia juga pandai melukis. Selain itu beliau juga pandai memandu. Walaupun agak kelam kabut, kira okaylah dari tak boleh memandu. Hahaha. 

Okaylah. Ada banyak lagi yang saya nak tulis *ayat cliche bila kau dah takde idea. Hahaha*. okay, sekian. Silalah lihat gambar kami :D

Inilah kami memakai scarf JetCicle hahahahahahahahahaha

Byebye ! :)

Comments

Anonymous said…
bia btul dy ske tempe? bkn dy x ske soya ker...kte penah nk bg dy soya tp dy xnk....

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.