Skip to main content

Been there, done that.



Share video sebab orang ni gigi dia comel
Share video sebab orang ni suara dia sedap
Share video sebab lagu ni reminds me of last year :')

Aku ingat lagi hari kawan aku nak pergi tempat yang jauh gila. Tapi semua orang pergi jauh pun aku sedih macam kalau Hasif pergi balik Mesir aku pun rasa agak agak sedih sikit sebab Hasif selalu hantar mesej sebelum naik flight macam kononnya takde twitter/facebook/skype/ym/burung hantu untuk berhubung lepas tu aku pun akan rasa sedih hahahaha annoyingnya lah diri ini -_-".

Okay cerita pasal kawan aku tu balik. Kawan aku tu bagitahu aku dia nak pergi tempat lain tu 2 hari sebelum dia pergi. Gila drama hokeh. Masa aku dengar dia cakap dia nak pergi aku lari terus turun tangga nangis nangis. Wahahaha memalukan sungguh bila fikir balik. Lepas tu masa dua hari tu aku memang hargai sungguh sungguh lah sebab aku tak tau lepas ni aku jumpa dia lagi ke tak. Lepas tu semua orang pun taknak kacau kitorang konon konon sweet sangatlah tu hahaha. Lepas tu aku ingat lagi masa makan dinner dengan kawan aku tu keluar lagu Katy Perry "Thinking Of You". Aku makan apa masa tu pun aku ingat sebab lepas tu dua bulan aku tak makan benda sama tanda protes -_-".

Petang tu jugak dia suruh aku naik teksi dan amek dia dekat dalam UiTM sebab dia nak kena hantar kunci. Lepas tu aku jalan lambat lambat supaya dia lambat sebab masa tu aku fikir kalau dia lambat maka dia tak boleh hantar kunci lepas tu dia takkan pindah sampai bila bila. Lepas tu aku pun tipu lagi cakap mestilah Encik Faiez Alwi dah balik sebab dah petang maka tak bolehlah hantar kunci. Lagi tipu sebab Encik Faiez Alwi tinggal dekat situ (Eh tapi statement ni pun mungkin tipu jugak sebab aku tak tau pun dia tinggal mana hahaha).

Esoknya masa hari kelas terakhir aku paksa jugak dia datang kelas sebab kitorang kena present sama sama dan minggu tu minggu kitorang present. Dia memang pair paling baik sebab dah buat point, kerja aku memang type je esok present sebab yang lain semua dah siap hihihi. Lepas tu kitorang duduk dekat Library sementara tunggu driver Tasya datang untuk ambil kitorang pergi buat assignment dekat office ayah Tasya. Lepas tu aku bagi dia lagu supaya dia tak lupa aku dan kitorang borak borak dan tangkap gambar terakhir. Sebelum kelas dia ajak aku pergi print assignment lepas tu dia belanja aku choki choki buat kali terakhir.

Aku tak faham kenapa huru hara sangat post ni. Malas dah nak betulkan apa apa. Semua yang aku fikir, aku tulis je. Okaylah, sekian terima kasih :)


I’m scared to say goodbye,
‘Cause what’s after that?
I don’t know.

Tapi yang bezanya, aku dah tau apa jadi lepas tu. And it is too ugly so I'll just stop here.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.