Skip to main content

Minggu Penuh Syukur

Alhamdulillah :)

*******

Life is about the choices you made. Cuma mungkin waktu kau budak budak life is about the choices your parents made, tapi akhirnya itu yang bentuk diri kau bila dah besar nanti. Jadi untuk cik Wowo, tahniah kerana berjaya buat satu keputusan yang memberi kepuasan untuk diri sendiri. Kepada orang lain yang nak buat keputusan untuk diri sendiri, it is never too late. Jangan risau. Daripada kau buat kerja separuh ikhlas, lebih baik kau benda yang kau suka. Duit boleh cari. Tak kaya pun boleh ambil apa course kau nak. Kalau kau suka course tu, aku tak rasa bayar balik loan kau tu akan jadi satu burden. Betul tak? Tapi siapalah aku untuk buat judgement macam tu. AKu budak UITM yang yuran hanya RM500 satu semester. Hahaha.

*******

Kadang kadang aku rasa buat MLM ni lebih berdosa dari buka aurat. Semua orang buat muka "Oh my god apa lagi dia nak buat lepas ni. MLM? Piramid! Itu scam wehhhh!" Mungkin satu hari nanti, kalau aku publish gambar tak pakai tudung, orang akan tetap lagi terkejut kalau aku cakap aku buat MLM. Hahaha tapi takpelah. Mari doakan aku berjaya. Kalau apa aku buat ni adalah satu scam, korang semua wajib doakan aku cepat sedar pasal scam tu, jadi aku dapat keluar daripada benda ni. Okay tak? Kalau benda ni bagus, korang wajib doakan aku jadi jutawan boleh bawa ibu bapa jalan jalan naik mercedes pecuma dan boleh pergi Hawaii percuma dengan duit belanja berjuta juta. Boleh tak? Please? Hihihi.

"Ya Allah, semoga aku dan rakan rakanku mendapat yang terbaik dalam kehidupan, semoga Hawa Nur Faiza tak tersalah langkah dan semoga semua umat Islam dalam dunia ni dilindungi oleh kau, Ya Allah."

Okay secara automatic, kau dah doakan untuk semua orang. Tahniah kerana berjaya mengumpul sedikit pahala hanya dengan duduk di hadapan komputer. :D

*******

Aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya ni, tapi aku lupa, atau buat buat lupa. Minta maaf sebab buat post entah apa apa ni. Okay byebye. Oh, Nussow dah dapat kerja dekat MASALAM. Pergi cari dia dekat restaurant Windmill. Okay byebye lagi sekali. :)

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.