Skip to main content

Ini Apa Yang Saya Rasa. SAYA.

Okay, haritu ada orang bagi link pasal this person yang anti MLM, dan dia ada buat post lah untuk MonaVie. Lepas tu ada orang bagi saya link tu lepas tu dia cakap, "I would love to hear what you think of the blog". Lepas tu saya pun pergi ke link blog tu lepas tu baca semua lepas tu cuak. Hahahaha. Tapi sebagai orang yang mempunyai upline, jadi saya textlah upline saya. Lepas tu dia reply macam ni.

"Alah biasalah tu, Rasulullah pun manusia kutuk, inikan pulak MonaVie company ciptaan manusia. Tutup je mata  dan telinga dari benda negatif ni. Focus on your goal. Diorang boleh cakap apa apa je, but they can't decide your future."


Okay lepas tu rasa macam kecewa lagi sebab saya kan gedik lalu encik upline pun call. Dan dia cakap satu benda ni,

"Kalau hawa rasa nak quit, quitlah."

Amboiiii. Aku penat update blog, call orang, pergi malam malam kat talk tu kau cakap macam tu. (ini namanya derhaka terhadap upline hahaha). Maka saya pun rasa gembira dan tercabar jadi lepas ni saya dah tak kisah dah orang nak cakap apa. Okay sekarang orang tadi tu tanya kan apa saya fikir pasal blog tu kan? Okay meh nak cakap. Nussow dah cakap saya tak boleh tulis secara perli perli (Nussow pun upline saya) jadi saya tulis setenang boleh :)

Pertama sekali, saya tak baca habis habis sebab dia panjang sangat. Tapi sebab saya dah ambil subjek reading masa asasi dulu jadi saya pun scan and scheme lah blog tu. Blog tu guna banyak perkataan pelik seperti gilbabs dan Sakai. Hahaha. Lepas tu font dia amat bagus untuk semua sebab besar dan mesra alam. Isi dia pun tersusun dan lengkap dengan apa bukti semua. Saya kagum dengan blog beliau(Ini serius tak tipu).

Secara jujurnya, selepas saya baca blog ni saya lupa sekejap kenapa saya percaya dengan MonaVie, sebab tu saya text upline saya. Awak rasa benda ni remeh, tapi tak bagi saya. Lepas dah text tu baru saya ingat balik satu perbualan yang saya dengar masa tengah tunggu komuter.

"Tapi ayah, Aizat makan benda tu dia sihat dari demam dia"


"Okay, berdasarkan cerita seorang, kita tak boleh nak buat konklusi terus. Cerita dua orang pun sama. Sepuluh orang pun sama. Tak semua orang akan mengalami benda yang sama. Jadi kamu tak boleh buat konklusi terus" (Okay tak taulah the exact ayat tapi macam tulah orang tu cakap tapi itulah apa yang dia cakap. Dan dia bukan cakap pasal MonaVie, dia tengah cakap pasal apa entah)

Okay memang saya tak deny kajian kesihatan tu. Tapi saya nak bagitahu, badan manusia ni unik. Ibu saya pun refuse nak minum air tu sebab dia memang tak boleh minum benda masam, tapi ibu saya tak cakap pun air tu tak bagus sebab adik saya minum dia okay je. Lagipun, kalau ada sejuta orang minum, 999999 orang dapat benefit dan 1 orang tak dapat, patut ke kita stop benda tu? Dekat MonaVie pun Muaz, Haziq dan Nussow ada cakap, ada botol yang perempuan mengandung tak boleh minum (LOL mana boleh minum botol orang minum air hahaha okay kembali serius), maksud saya ada air yang perempuan mengandung tak boleh minum jadi janganlah bagi perempuan mengandung tu minum. (ayat dah huru hara tapi saya harap awak faham Hehe malas nak rephrase)

Okay lepas tu cakap pasal marketing plan. Hmm secara jujurnya, saya pun belum khatam pasal hal ni. Tapi saya nak cakap. Kadang kadang, walaupun kena bayar sedikit, tapi kepuasan bekerja tu yang penting. Ayah saya tolak tawaran kerja di Arab sebab dia kena tinggal keluarga dia Malaysia. Gaji tinggi tapi kepuasan bekerja takde sebab kena duduk sorang dekat sana waktu anak nak membesar. Jadi sekarang, gaji banyak mana pun tak bawa kebahagiaankan? Okaylah. Semua orang kerja sebab nak kaya. siapa cakap dengan MonaVie tak boleh kaya? Haziq pun dah dapat income RM1000 lebih. Untuk seorang student, okaylah gaji macam tu kan? Lagi pun dia bukan full time sebab dia study lagi. Okay kalau RM1000 tu tak banyak, Mr Shah orang yang bagi talk kat Bangsar tiap tiap Khamis pun juta juta income dia. Tak kaya ke tu?

Okay last sekali, saya rasa kalaulah MonaVie ni hanyalah pembohongan, "placebo effect" dia memang terbaik sekali. Placebo effect ni ialah bila kau rasa ubat tu berkesan, lepas tu dia memang berkesan sebab psychology dia cakap macam tu, dan effect keadaan badan dia. Okay, kalaulah MonaVie ni satu penipuan, saya still akan jual sebab dia meninggalkan kesan placebo yang sangat tinggi kepada penggunanya. Ada orang penyakit eczema dia sembuh, Normala Omar buta pun dah tak buta, budak kecil ada kencing manis dan kena dialysis pun dah tak perlu dialysis.

Jadi sampai disini sahajalah penulisan saya kali ini. Sekian terima kasih :D

Comments

evolusi monavie said…
interesting comment. i pon rasa benda yg sama.before i join as monavie distributor..i google..lps tu..i jumpa tht anti MLM blog..yups! btul..i cuak..but later i decided to try jgk..after 1 1/2 bottle..i sign up as distributor..sbb i rasa product ni bagus..doesnt mttr la org lain ckp cemana..if u look at it from another perspective la kan..its not all abt the money..to me la..its abt berkongsi sesuatu yg bagus, dan tlg org yg sakit..
Hawa Power said…
oh hi :D saya dah tengok blog awak its really good semua post pun pasal monavie :D and secara jujurnya at this point my goal is more towards money tapi i've embedded the niat to tolong orang at the same time sebab ada orang told me this story about how this guy's income is more than his upline sebab dia punya goal is to help people. :D

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.