Skip to main content

Cerita Si Pakcik Tua Yang Kuat Berdoa

Ini cerita yang aku dapat masa pergi talk MonaVie.

Ada seorang pakcik tua ni, dia tinggal tepi sungai. Satu hari, hujan turun mencurah curah sampai banjir tempat tu. Lepas tu dia pun berdoalah pada Tuhan, "Tuhan, aku  percaya yang kau akan bantu semua umatmu, selamatkanlah aku". Lepas tu makin lama air makin naik. Dia pun duduk atas batu yang agak tinggi. Tak lama lepas tu, datanglah sebuah bot. Orang dalam bot tu cakap, "Pakcik Din! Cepat naik bot ni! Hujan dah makin lebat, air dah makin tinggi, bahaya ni!". Lepas tu pakcik tu pun cakap, "No no, I dont want! God will help me! He surely will." Kemudian orang bot tu cakap, "Demi Tuhan pakcik Din, tolonglah naik bot ni". Tapi pakcik Din tetap berkeras lepas tu orang bot pun pergilah selamatkan orang lain.

*Eh terbagi nama pulak kat watak secara tiba tiba*

Air dah makin naik. Pakcik Din naik atas bumbung rumah. Dia berzikir, berdoa, dan bertafakur sambil menunggu bantuan dari Tuhan. Lama lama tu datanglah sebuah helikopter, lepas tu helikopter turunkan tali untuk Pakcik Din panjat. Tapi apa jadi? Pak Cik Din menolak lagi sekali. Sebab dia yakin Tuhan akan tolong dia. Orang atas tu pun cakaplah, "Demi Tuhan PakCik Din, tolonglah naik, ni hujan makin lebat ni, air makin tinggi!". Pak Cik Din berkeras dan cakap, God will help me, He surely will!"

Hujan makin lama makin lebat. Lama lama pakcik Din pun mati lemas sambil berdoa dekat Tuhan.

Korang mengharapkan cerita happy ending ke? Contohnya macam tiba tiba pakcik Din secara ajaib pergi kat tempat lain? Tidak sama sekali. Pak Cik Din mati lemas.

Lepas Pak Cik Din mati, dia pun dibawa berjumpa Tuhan. Lepas tu dia cakap, Wahai Tuhan, aku dah doa dekat Kau, kenapa Kau tak selamatkan aku? Lalu Tuhan pun cakap "Aku dah bagi kau otak, kau taknak guna. Aku dah bagi kau mata, kau nampak kan air makin naik, kenapa taknak selamatkan diri sendiri? Aku dah bagi telinga, kau dengar tak orang yang selamatkan kau cakap, "Demi Tuhan", itu semua Aku yang turunkan. Kenapa kau tak ambil peduli?"

Jadi dapat tak moral of the story sekarang ni? Tuhan takkan bagi benda direct dekat kau. Amboi senangnya hidup nak bagi macam tu je. Tengok benda sekeliling dan ambil perhatian, sebab itu mungkin benda yang Tuhan turunkan untuk tolong kau. Sekian terima kasih. :D

Comments

timon kyuri said…
hawa king~ ini entry paling best! like.

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.