Skip to main content

Dr Faiza Kamisah

Sedang bercakap telefon dengan seorang rakan baik, tiba tiba dia cakap macam ni "Dr Faiza Kamisah yang cantik lagi bistari, cuba tulis kat blog tips bercakap dengan orang tak dikenali di telefon".

Hmm. Okay sebagai seorang yang ada phobia terhadap phone serta social phobia yang bukan kronik tapi merepek dan menyusahkan, saya pun pernah terfikir macam mana nak cakap dengan orang dikenali dalam telefon. Maksud orang tak dikenali tu bukan klien nak beli 8 kotak Monavie sebab ingin hidup sihat atau orang yang call sebab dia ingat nombor telefon kau tu talian nak dapatkan teksi. Bukan. Maksud orang tak dikenali ni ialah orang yang kau kenal secara biasa dan tak tahu pasal diri dia. Contohnya macam Ali dan Bali berkawan baik. Bali ada kawan lain yang bernama Cali. Bali dan Cali kawan baik tapi lain Ali tak kenal Cali sebab Cali dan Bali kenal dekat U lain. Okay penatlah nak explain. Korang bukan orang bangang pun. Haha. Okay cakap banyak kalau kosong pun tak guna. Ayuh!

1. Sebelum cakap, bersedia dulu. Test suara, ehem ehem dulu sebelum cakap. Lepas tu tetapkan dalam otak kau nak panggil dia apa. Nak cakap aku kau ke, I you ke. Persediaan tu penting supaya kau tak ada pressure nak cakap dengan dia sampai kau hilang focus nak cakap topik apa.

2. Tanya apa khabar. Cliche tapi cakap je. Tanya dah makan belum pun membantu jugak. Benda benda simple macam nilah yang biasanya akan buat conversation tu berkembang. Tak percaya? Okay ni contoh dialog:-
K: Dah makan?
O: Dah. Makan nasi dengan kentang dengan daging dengan ikan keli dengan asam pedas dengan budu.
K: Mak aih. banyak gilooo. Tau tak tempe tu boleh buat awet muda?
O: Oh really? Mana you tahu? I tak tau pun hohoho.
K dan O: (perbualan diteruskan sehingga rupa rupanya dah 75 minit berlalu).

3. Kalau tak berapa nak kenal, first conversation elakkan dari cakap pasal masalah dalam diri (kecuali kalau kau telefon counselor kau memanglah kena cerita), mengutuk mutual friends korang (ini sampai bila bila pun jangan. Daripada mengumpat baik kau jual Monavie hahaha:P), cerita benda yang jijik (seperti accident mengerikan atau telur katak) dan membangga diri, dan bekas kekasih dia(jangan sibuk hal orang haha).

4. Okay, topik yang selamat. Benda yang semua orang ada, kebaikan mutual friends korang, makanan kegemaran, fakta kelakar dan benar, jokes selamat bukan rude jokes atau jokes lucah, dan pasal source dia dapat nombor telefon kau(Kalau dia dapat dari kawan, ceritalah pasal kawan. Kalau dia dapat dari blog, cerita pasal blog).

5. Elakkan dari rasa cuak melampau. Kalau boleh jangan ada masa korang tak bercakap melebihi 15 saat. Tak perlu pressure pun. Tarik nafas dan cakap macam biasa. Belum cuba belum tau. Fikir sebelum cakap supaya dia tak ada bad image pasal korang.

6. Kalau ada next phone call dari dia, ketahuilah korang dah ada conversation yang berjaya. Maka senyum riang dan angkat dagu sebab anda power. *tiba tiba*

Okay tu jelah kot buat masa ni. Korang dah besarkan? Boleh fikirkan? Ekekeke. Okay, renung renungkanlah dan selamat beramal!

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.