Skip to main content

Brass Beng

Semalam boleh dikatakan hari yang agak shitty. Nasib baik saya survive.

Bangun pagi pukul 8 pagi walaupun koko pukul 10. Baju dah semangat iron malam sebelum tu. Waktu bangun tu rasa penuh bersemangat. Lepas tu mandi, berak, pakai baju, minum monavie yang dibancuh khas oleh Nussow, makan cereal, tengok kartun. Semuanya kelihatan normal. Lalu saya melangkah keluar. Rasanya mungkin keluar dengan kaki kiri maka kuraaaaaaaaaaaang berkat.

Mula mula tunggu bas. Lepas tu datanglah bas CityLiner. Lepas tu teragak agaklah naik. Dah semangat naik ni, rupa rupanya bas tak pergi pun tempat tu. Maka turun balik dengan perasaan agak malu. Lepas tu tunggu lama sikit akhirnya sampailah bas 529. Dah naik tu maka mulalah cari wang dalam purse. Purse tinggal. Dem dem dem. Macam mana nak balik?

Ingatkan sampai disitu jelah nasib buruk saya. Lepas tu ada budak pbsm turun kat satu tempat. Sebab yakin dengan budak tu, maka turun kat tempat yang sama (dekat dengan menara). Lepas tu buat muka yakin dan jalan pergi ke tempat Koko. Tengok jam ada lagi 35 minit. Maka tersenyum riang sebab ada banyak lagi masa. Lepas tu jalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan masih tak jumpa tempat tu. Dah mula rasa gentar dah. Jalan lagi tengok tengok sampai balik dekat tempat mula mula sampai. Dem dem. Lepas tu tawakal je. Eja cakap kalau tak jumpa balik terus. Haha. Tapi Alhamdulillah, jumpa. Bonus lagi satu, lepas selongkar poket seluar, jumpa RM6 hoho.

Lepas dah berpeluh peluh tu pergilah tempat perjumpaan. Semua orang pakai baju yang sama. Tapi beza antara saya dan mereka adalah, saya tak pakai topi. Dem dem. Tertinggal topi kat rumah. Haih. Kalau tinggal maknanya kena dendalah. Masa tu rasa nak balik rumah semula dah. Tapi gagahkan diri untuk stay. Lepas dah nyanyi lagu Negaraku apa bagai semua, komander pun checklah sahsiah rupa diri. Siapa tak lengkap kena pergi tepi, buat platun lain. Dendanya, 3 round lari. Dem dem. Tapi sebelum tu ada part yang kelakar, budak lelaki yang tak shave, komander bagi shaver dan suruh shave masa tu jugak. Hahaha kelakar macam bengong.

Bila dah habis adegan cukur mencukur di khalayak ramai, berlarilah kami secara bergerombolan. Lepas tu masa round ke2, brooch pulak dah hilang. Tapi bukan yang kat bawah muka tu, yang pin kat bawah sikit untuk tak kasi tudung terbang terbang. Maka larilah slow slow sebab dah semput dan mencari brooch, last last tak jumpa pun.

Sekarang dah penat nak type. Jadi cerita secara summary je. Lepas tu kitorang dapat taklimat, kemudian rasa nak pengsan, lepas tu pergi toilet secara terumbang ambing, lepas tu kawad, lepas tu dapat instrument tapi saya dapat instrument yang salah tapi dah fix maka tak boleh tukar sampai habis sem, lepas tu instrument berat, lepas tu komander cakap nak bakar bontot orang yang instrument tak angkat 90 darjah, lepas tu habis koko lewat, lepas tu pulang, lepas tu makan maggi je, lepas tu baru sedar itu je makanan yang ada kat rumah, lepas tu berlapar sampai pukul 4 pagi.

Okay, nampaknya sampai sini sahajalah saya nak mengadu. Penat nak type. Nanti pergilah ya ke hawapekjah.blogspot.com. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.