Skip to main content

Ayuh Ke Kelas!

Orang 3 pointer je ke yang boleh kahwin dengan orang 3 pointer?

Kelas harini berlangsung dengan jayanya. Kelas pertama pada pukul 8.30 pagi dan kelas seterusnya pada pukul 4 petang. Sempat pulang ke rumah menonton kartun, makan tengahhari dan tidur. Yes. Rumah.

Sekarang dah dewasa tak duduk kolej dah. Haha. Duduk rumah sendiri, guna pinggan sendiri, bayar bil sendiri dan baring atas tikar siapa punya tak taulah. Saya tak bawak tikar, saya bawak comforter tapi tsk tsk tak boleh pakai lagi. Jadi sekarang baring je jadi parasit kat atas tilam orang. Hahaha:))

Thick tengah baca blog JejariRuncing GF penjaga gol Malaysia tanpa henti. Sambil letakkan jari kat pipi dia, maybe sebab nak ambil haba dari pipi sebab sejuk gilaaaaaa library ni. Nak menaip pun sakit. Dahlah keyboard berbunyi macam mesin taip cuma takde bunyi kaching! je kat hujung ayat.

Ibu cakap kalau nak cari duit, apa kata saya menjadi penulis buku. Maybe I should. Kahkahkah perasan kreatif no darling I'm just kidding. Just a thought sebab I need money, badly. Grr dah miskin I need people to sponsor me.

Okaylah, done crapping for the day. Siapa baca sampai habis ni memang terbaik. Haha doakan saya kahwin dengan abang yang dapat Dean's List tu. Auwwww.

Dearie, ada 17 juta orang dapat DL, saya tak cakap pasal abang yang tu. :P

Comments

saya baca sampai habis! haha. okay hawa, smoga kawin dgn abg dpat dean's list! :D
Tiq Hashim said…
bagus hawa, describe kita dgn penuh berjaya -____-"
Hawa Power said…
teeheeheee :P terima kasih :D doalah kte dapat dl sekali hahaha :DDD

oh btw, tahniah !

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok

Metafora

Mungkin kau patut marah Tuhan sebab jauhkan diri kau daripada maksiat. Mungkin jugak kau patut marah aku sebab doakan kau agar kau jauh dari maksiat. Mungkin kau patut marah aku, mak kau, kawan kawan kau dan adik beradik kau sebab doakan agar kau dapat yang terbaik dalam hidup. Maaf sebab tak pernah cakap amin dekat doa yang kau suruh aku aminkan. Makanan yang halal senang nak cari, rezeki yang halal tu yang susah kau nak tentukan. Makan nasi guna duit haram pun tak halal jugak. Masih belum terlewat.

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.