Skip to main content

1 liter of tears.

Masa tengahhari tadi tak tau nak buat apa maka pergilah tengok youtube. Lepas tu tengok channel soulpancake. Lepas tu tengok "My last Days : Meet Juli" dengan "My Last Days : Meet Joel". Juli ada cancer and Joel ada tumor. Juli ada 5 orang anak dan mula mula dalam video tu dia positif, tiba tiba dia cakap dia takut kalau family dia tak ingat dia bila dia dah mati. Lepas tu baru nampak disebalik ketabahan dia tu, dia sebenarnya ada jugak rasa takut. Lepas tu Joel ni 4 tahun. Dia ada banyak tumor tapi semuanya hilang. Dalam video ni dia pergi check-up dengan emak dan ayah dia. Masa Joel tengah MRI, emak dan ayah dia cerita yang dia syukur walaupun Joel ni awal awal dia nazak, tapi Tuhan sembuhkan dia. Lepas tu dah 24 bulan dah sejak kali terakhir Joel ada tumor. Tiba tiba, doktor yang in-charge pergi dekat parents dia. Lepas tu dia cakap, ada tumor baru dalam badan Joel.

Okay sedih gila. Bergenang genang air mata. 

Sebab sedih sangat, pergilah tumblr sebab boleh cuci mata tengok Seungho dan T.O.P so takdelah sedih sangat. Tiba tiba terbaca satu post pasal "Daegu Subway fire". Dekat post tu dia tunjuk beberapa mesej terakhir penumpang yang mati dalam kebakaran tu. Ya Allah sedihnya. Dahlah semua orang happy nak pergi kerja. Ada satu mesej tu dia cakap "If I'm not here tomorrow, what are you going to do? I'm just asking because I was curious haha". Dia letak haha dekat hujung ayat supaya orang tu tak rasa apa apa tapi sebenarnya dia memang tau dia akan mati. Dahlah. Malas nak cakap apa apa.

Marilah doakan untuk semua orang. Terutamanya untuk orang orang yang sedang berjuang di Sabah, dan saudara saudara Islam kita yang dekat Gaza, Syria dan yang sewaktu dengannya. 

P/s : Tak ada link atau gambar atau video sebab tak sampai hati nak cari balik dekat history. tapi semua benda ni google-able maka mudah saja kalau nak tengok.

Comments

Popular posts from this blog

The Vampire Who Ate Garlic For Breakfast

Past tense . Vampire died after that. Poor Vampire:( Putar balik masa. 2 jam sebelum Vampire mati. Vampire masuk bilik tak perlu buka pintu. Bilik Vampire takde pintu. Dia dah pecahkan satu masa dulu. Sebab masa tu dia tergopoh gapah balik rumah tak sedar hari dah nak siang. Masa tu nasib Vampire baik. Kalau tak dia dah jadi debu dah terkena sinaran sang mentari. Masa Vampire masuk bilik, dia tengah fikir nak makan apa. Vampire perut macam buaya, makan tak kira masa. 1 jam 45 minit sebelum Vampire mati. Vampire tukar baju. Lambat lagi sang mentari nak datang. Vampire teruja bila fikir balik macam mana dia selamatkan diri dari sang mentari. Vampire senyum seorang diri sambil cari surat khabar hari itu. "Rm75 ribu duit syiling dianggarkan hilang". Itu cerita besar hari ini. Vampire nampak banyak gambar orang. Dia baca surat khabar macam Jenab tengok buku menu masakan. Telan air liur sepanjang masa. 1 jam 20 minit sebelum Vampire mati. Vampire pergi dapur nak tengok ...

Buka Mata Buka Minda

Okay sekarang cuba tengok blog ni, cari apa perbezaan dia. Siapa menang dapat hadiah. Tak tipu. Eh jangan risau kali ni bukan kasih sayang macam yang selalu di offerkan, kali ni kasih benci hahaha okay tak kelakar. Tapi tengoklah apa yang baru okay? Tengok! Nanti kte bagi lukisan gambar orang yang menang, dan Vampire, dan Jenab dan 30ribu orang kecil menari poco poco. Okay tak? Jawab je kat komen tu. Pertandingan tutup 28 Januari, Jumaat petang. Hadiah tu memang serius akan ku bagi. Jawab jangan tak jawab.

Filler

Hi! It has been a while. Having a moral dilemma now because as much as I want to join my parents in Cameron Highland, I've made promises to friends and I also have a job. Though technically I work from home, there are times where I am needed at the office. And I just sent out a document which means there will be a follow up later. Haha I am just justifying my stupid decision to just stay at home. But my parents are still here so I still have time to pack and go haha. I've been coughing for a week and it is very very annoying. It takes so much energy and it is worse at night so I haven't been sleeping properly all week. Is it because of the aircond? I am not going to find out because PJ is too warm to sleep without one. Hah the joy of living in a developed area. I need to try drinking honey and lemon but I hate honey haha but I cannot tahan any much longer. Wish me luck. The other day I met this person who is a big ball of talent and he really is like an onion. Everyda...