Skip to main content

Posts

Showing posts with the label itinerary perak

Itinerary Perak dan Pulau Pinang

Hello. Saya baru pulang dari percutian bersama keluarga sebab ibu bapa cuti lama. Pengalaman yang menarik tapi kita cerita pasal pengalaman lain kali. Harini nak bagi itinerary/aturcara (hahahaha) bagi percutian kami bagi sesiapa yang rasa nak cuti tapi tak tau bagaimana nak plan. Percutian kami bermula dari Petaling Jaya (rumah), kemudian ke Ipoh dan Penang. Percutian kali ini lebih kepada food hunt dan melihat scenery maka tiada lawatan ke muzium aneh atau mandi pantai. (Nota: Tidak sesuai dilakukan pada masa semua orang cuti kerana mungkin susah nak cari hotel yang kosong. Percutian adalah untuk 6 orang) Hari pertama - Berhenti di RnR Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk makan tengahhari. Banyak pilihan dan harga agak murah untuk nasi campur - Pergi ke Tanjung Malim. Berhenti di Kedai Yik Mun Kedai Pau Tanjung Malim. Boleh cari dalam GPS. Pau rasa biasa je tapi ada banyak makanan lain yang biasanya jual di kedai Cina yang kita selalu tengok orang Cina makan tapi tak boleh cub...