Tajuk perlulah kontroversi.
Pada Jumaat yang lepas, saya bersama Wowo dan Humairah telah pergi menonton Girls Generation di KLCC. Walaupun ini adalah plan mengejut, tetapi ini adalah salah satu pengalaman paling menarik pernah saya alami. Berpeluh, kena halau dengan security, panjat memanjat dan sesat. Itu semua perkara kurang menggembirakan tapi buat pengalaman ni jadi priceless.
Tiba tiba jadi malas nak update blog hahaha. I am hungry. No, I'm just bored. I ate a lot for dinner today. Saya sedang bercakap seorang diri. Hari ini saya meluangkan masa selama 2 jam mencari dompet yang hilang, rupa rupanya ada di dalam almari.
Berbalik kepada cerita SNSD, walaupun beberapa suara suara sumbang menyatakan SNSD hanya akan menyanyikan 2 atau 3 lagu sahaja, ternyata mereka salah ! Haha. SNSD nyanyi 6 buah lagu. Berbaloi untuk sebuah konsert percuma. Maka ya, saya gembira malam Jumaat yang lalu. Tapi pengembaraan tidak berhenti setakat itu sahaja. Good Girl Wowo ajak pergi kejar SNSD di airport pulak. Selepas SNSD cakap bye, terus naik kereta pergi KLIA.
Rasa macam psycho sikit sebenarnya. Post ni tulis malam Ahad. Lepas tu tidur. Bangun je terus duduk lepas tu print benda, lepas tu sambung update blog haha. Jangan cakap ittew tak sembahyang ittew kan pewempuan hikhikhik.
Dalam perjalanan ke KLIA, Myra tersalah nampak signboard. Dan itu bukan salah dia, tu salah signboard tu sebab dia pelik. I wasn't reading because I was too dizzy in the car haha. Apabila jumpa jalan sebenar dan akhirnya sampai ke KLIA, SNSD dah naik flight dah pun tsk tsk. Tapi berbaloi jugaklah Wowo drive sebab jumpa journalist maka akan ada better video nanti dan ada banyak gambar. Sekarang kena pergi kelas maka saya perlu mandi. Sekian sahaja dari saya. Byebye.
Comments