Pada 24 haribulan yang lalu, saya telah berjaya pergi ke konsert berbayar pertama saya. Selama ni hanya pergi konsert free sahaja maka haruslah berbangga kerana berjaya pergi konsert atas hasil titik peluh sendiri.
|
Tiket bukti hasil titik peluh |
Sebab malas nak bergiat aktif dalam Monavie, maka hanya mampu tengok free seating sahaja. Kena rajinkan diri supaya nanti boleh tengok dekat VIP seat pulak. Dekat sana saya pergi ditemani dua gadis hangat iaitu
|
Kim Ili |
dan
|
Park Sumai |
Terlalu ramai manusia pada hari tersebut, dan semua orang bersemangat waja menunggu untuk pagar dibuka. Ramai sekali orang VIP* sebab ini adalah pertama kali BigBang datang ke Malaysia.
Stadium Merdeka agak tidak mesra pengguna sebab surau dia jauh. Haha okay tak. Surau dia dekat je, kami je yang malas nak pergi surau. Maka, untuk solat asar dan maghrib, beberapa orang dari kami memilih untuk solat di tepi tangga. Orang lain cheq tak tau.
|
ini bukan hantu. Ini orang solat. |
Ini bukan nak berlagak saya solat maghrib seolah olah orang lain tak solat, ini nak bagi tips lah supaya tak susah bila nak pergi konsert lain. Kalau boleh, bawalah telekung bagi perempuan. Untuk sejadah, tak payah bawah sejadah yang susah susah, bawak je raincoat yang plastik tu. Ada ribu ribu orang dalam satu stadium, ada kemungkinan tak muat pun nak masuk surau. Maka benda benda macam nilah yang memudahkan.
Artis artis yang mengadakan persembahan adalah FT Island, U Kiss, Teen Top, 4Minute, Park Jung Min, Seungri dan GD&TOP. Ada beberapa video berjaya dirakam, tapi sebab ada suara sendiri maka saya maluuuu. Maka saya ambil video dari youtube.
Ini mungkin persembahan paling menarik selain dari BigBang *komen bias sebab group lain tak kenal maka tak boleh sing along hihi*
GD dan TOP hanya mempersembahkan 3 lagu sahaja. Amat menyedihkan. Walaupun semua orang jerit "encore! encore! encore!" tapi tak ada pun diorang keluar. Harap harap BigBang datang Malaysia buat konsert setiap bulan akhirnya diorang decide nak tinggal dekat Malaysia lepas tu TOP jadi jiran saya lepas tu kami kahwin dah hidup bahagia selama lamanya. Eh? HAHAHAHA
Okaylah, sekian sahaja. Tak ada gambar saya dalam ni sebab saya malu hihi. Tapi sebagai menggantikan gambar saya, ini ada gambar brokoli untuk awak semua.
|
Kredit : Fybroccoli |
Sekian sahaja dari saya, terima kasih.
Comments