Telah berjaya menonton episod pertama Tahajud Cinta di tonton. Ah cerita ni buat emo je. Sebab emo maka nak guna aku barulah nampak kental. Sekarang tengah nak tengok episod 2 pulak. Ya, aku memang macam tu. Emo macam mana pun, kalau aku nak tau, aku akan gagahkan jugak. Tak tahulah mampu tak nak sampai last episode, tapi tunggu jelah.
Kenapa nak kena emo?
1) Cheesy dialogues. Banyak gila dialog entah apa apa. Merugikan tau sebab gambar dia dah cantik, tapi dialog dia buat spoil pulak. Tapi memang banyak cerita melayu macam tu kan. Maka tak apalah, masalah cliche negara kita.
2) Benda tak realistic. Kau pakai purdah, nampak mata je, pakai sarung tangan apa siap, takkanlah tak tau bila berdua duaan dengan lelaki boleh mendatangkan maksiat. Dahlah duduk depan gua. Lepas tu kau boleh emo pulak dia bukak purdah kau. Ahh. Lepas tu bila dia pegang tangan kau, kau tak tepis pun. Terkejut sangat sampau brain freeze. Apa apalah.
3) Benda tak realistik 2. Dia dah separuh mati, kau tak ajar dia mengucap pun. Sibuk nak cakap kau maafkan dia, kau sayang dia blahblahblah. Nasib baik dia pandai mengucap sendiri. Haisy. Kalau tak sampai bila pun kau patut rasa bersalah sebab kau banyak sangat benda nak cakap sampai dia tak boleh mengucap.
4) Benda tak realistik 3. Kenapa lelaki tu selamba badak je masuk rumah perempuan. Dahlah duduk Mesir. Masa mula mula pun ada cakap tak boleh ajak kawan lelaki masuk sebab dia duduk tumpang dengan kawan. Em, kira kalau duduk sorang lelaki tu bebas keluar masuk lah ya?
Ada banyak lagi sebenarnya benda yang buat tak puas hati, tapi share banyak ni jelah. Aku memang jenis susah nak suka cerita/movie. Dan cerita ni memang telah mencabar tahap kesabaran aku arghhhhh.Tapi kena bagilah sikit sikit pujian. Tipulah kalau nak kata cerita ni dari mula sampai habis merepek. Kalau tak kenapa aku rajin nak tengokkan?
1) Gambar dia cantik, orang dia cantik. Haha
2) Lakonan watak watak antagonis dia sangat power dan menyakitkan hati.
3) setakat ini, itu sahaja.
Okay dah puas hati dah. Byebye :)

Comments