Semenjak beberapa hari ni memang jarang jarang sangat makan jadi say decide untuk puasa sahaja. Daripada berlapar tak dapat apa, baik ganti. Kepada kawan kawan diluar sana, ada 2 bulan je untuk ganti puasa. Jangan lengah lengah dah. Ayuh !
Dalam masa seminggu ni, saya rasa saya menangis lebih 20 kali. Hahaha psycho. Hal ini adalah kerana saya telah memasuki fasa depressi. Tapi jangan risau ni bukan nangis oh-why-the-world-is-so-cruel-i-wanna-die hahaha bukan bukan. Ini nangis sebab tengok movie. Kelmarin tengok 3 Idiots. baru tengok 5 minit pertama dah nak nangis. Apa benda nya tu? Cuba bagitahu sekarang? Apa bendaaaaaaaa ni -_-"
Lepas tu bila tengok cerita The Kite Runner lagilah. Sebelum ni mesti macam scene ni biasa je. Tapi hari tu, scene entah apa apa pun nak nangis hahahaha. Hari tu baca satu blog post ni pun dah mula sakit tekak mata berair dah nak start nangis. I seriously need a life.
Nah, dengar lagu sedih ni. *tetiba*
Cuba cadangkan nak guna kata ganti nama apa dalam blog ni? Nak guna aku tapi dekat real life pun tak guna aku. Nak guna saya macam formal sangat. Takkan nak guna kita. Hahaha. Ke nak guna nama? Omel omel sangat :D
Hawa rasa Hawa nak type sampai sini je. Hawa ada kerja nak buat. Hawa nak cari benda best nak letak dekat blog sebab lepas ni Hawa dah kerja jadi tak bolehlah nak update selalu.
Yes. I am going to use my name! Okay bye bye!
Comments