Siapa siapa yang kenal saya secara bukan alam maya pasti tahu yang saya adalah bersaiz lebih besar dari normal. Saya pakai baju saiz L dan seluar bukan bersaiz kecil macam saiz awak semua. Alhamdulillah saya tiada apa apa penyakit (boleh dipertikaikan sebab manalah nak tau diri ada penyakit ke tak hahaha). Jadi hari ini, saya akan membawa anda semua menyelami hidup sebagai seorang yang agak besar dan keyakinan diri agak rendah. :P
Pertama sekali, saya jarang beli seluar sebab selalu ada sales girl dekat situ dan sibuk nak tahu saiz kau. Lepas tu dia mesti agak saiz kau lebih kecil dari saiz yang sebenarnya. Lepas tu cuba seluar tak muat. Kau pun rasa hampa. Saiz seluar tu dah nak dekat sama dengan mak kau. Akhirnya tak jadi beli. Atau pun kau senyap senyap cari seluar saiz besar sikit dan terus pergi. Atau kau mungkin ambil je seluar tu lepas tu tak pakai langsung sebab memang tak muat. Keyakinan diri kau sangat rendah tak boleh blah sampai kau rasa semua sales girl yang tahu saiz kau akan ketawakan kau sebab kau besar gila. True story.
Kedua, kau takut nak makan banyak. Sebab keyakinan kau sangat rendah. Kau lapar dan nak makan lagi, tapi tak boleh sebab kau rasa semua orang cakap, okay *insert name*, banyak gila kau makan. Lepas tu kau rasa semua orang akan cakap “dahlah gemuk, makan banyak pulak tu”. Akhirnya kau end up makan sikit lepas tu lapar. True story.
Ketiga, fat jokes. Fat jokes ni memang kelakar kalau bukan cakap dekat kau. Lepas tu kalau orang cakap fat jokes dekat kau, kau boleh diam je. Sebab itu memang reality. Nak ketawa sekali pun kau dah tak larat sebab tu macam moment FML. Lepas tu kalau orang yang cakap tu pulak perempuan hot yang semua orang suka lagi kau rasa macam sampah sebab kau nak cakap apa dekat orang hot. Tips untuk bergaduh dengan orang lebih gemuk dari kau, cakap dia gemuk. Mesti dia diam sebab kalah instantly. True story.
Keempat, kadang kadang kau akan ada moment shitty dalam hidup. Akhirnya kau pun bunuh diri. Okay, ini tipu. Hahaha. Jangan risau, orang gemuk ni power, kami tak bunuh diri kalau sedih, kami makan.
Korang mesti rasa, alahai remehnya. Ni mesti sebab fikir banyak sangat. Tapi semua benda tu memang berlaku. Dalam keluarga, saya mungkin adalah yang paling besar sekali. Makcik makcik semua bagi baju sebabnya takde siapa lagi yang muat sebab baju tu semua besar. Lepas tu sejak puberty mesti kena tease pasal berat badan oleh beberapa saudara mara. Ini salah satu sebab kenapa kampung bukanlah tempat favorite.
Fat jokes tu macam dah biasa dah. Tapi takpelah sebab yang cakap tu memang kurus kurus belaka jadi mereka tak tau perasaan menjadi gemuk. Dimaafkan sebab dah benda tu kelakar, dan kau mesti nak kawan kau happy kan? -_-“
Okaylah, sekian sahaja dari saya. Tak perlu nak rasa bersalah kalau kau pernah tercakap apa apa dekat saya sebab Nabi pun cakap, kalau nak buat jokes, buat jokes pasal benda yang betul. Jadi ikut kau lah nak cakap apa. Mulut kau, bukan mulut aku. Hahaha. Bye bye J
Comments