I wrote a shitty post about Hana Lulu but she wrote an awesome post about me. Click here to read an awesome post about me. Heheh.
I just realized that I dont really use English here, but I am not going to start now. Thus, this post will be in Malay! Hahaha. Semalam Hana Lulu cakap "Ayuh menulis post pasal masing masing di blog!", dan saya pun cakap "Ayuh!". Tapi semalam tak pergi library, jadi kami pun memutuskan untuk tulis hari ni. Dan sebab post saya adalah menarik, maka saya memutuskan untuk tulis post kedua pasal beliau.
Saya kenal Hana Lulu semasa di sekolah. Dia budak rajin maka dia sentiasa berada di kelas power. Dia orang baik dekat sekolah dulu. Maknanya, dia adalah orang yang akan handle kuliah jumaat dan salah seorang yang selalu dipilih menjadi imam waktu solat. Dia juga pernah tulis lirik lagu di papan hitam di sekolah. Secara jujurnya saya tak ingat sama ada saya pernah bercakap atau tidak dengan dia semasa di sekolah. Dan saya juga ingat yang saya tidak berasa sedih semasa dia pindah sekolah dulu. Hahahaha. Tapi kalau tiba tiba dia nak pindah sekarang, mungkinlah rasa sedih sikit. :P (tak macho lah kan tulis banyak hahaha)
Hana Lulu sangat pandai dalam hal hal jalan raya. Sila percaya kalau dia cakap apa apa. Kecuali kalau dia dah tentu salah, sila jangan jadi bengong dan percaya. Tapi 76% daripada direction yang dia bagi adalah tepat dan benar. Maka dia boleh dipercayai. Dia juga rajin nak drive dan dia selalu hantar saya ke INTEC kalau ada kereta. Kelmarin dia cakap dengan saya "Hawa, kalau kita ada kereta, kita hantar Hawa pergi mana mana". Kami memang comel comel omel dan cakap menggunakan kita dalam perbualan. Dalam hati ada taman *tetiba
Hana Lulu mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Pagi tadi dia spot check telefon saya untuk cari siapa orang misteri yang saya text. Tapi saya amat hebat sebab semalam saya dah delete semua text yang ada nama orang tersebut. Walaupun begitu dia tak berputus asa dan akhirnya saya bagitahu sendiri sebab saya ada motif tertentu. Dia juga tak gemarkan orang perokok. Walaupun kadang kadang saya rasa perokok itu macho, tapi depan dia saya diam sahaja. Okay memanglah tak macho merosakkan ozon dan menyebarkan penyakit, jadi semua orang jangan merokok.
Dalam post dia, dia cakap saya sukar untuk bangun tidur. Tipu sama sekali. Tak percaya sila cuba kejut beliau. Dan kemudian cuba kejut saya. Saya lebih mudah untuk bangun ya. Hahaha defensive sungguh :P
Kalau nak travel, bolehlah ajak beliau. Dia akan terima je semua idea. Lepas ni saya nak ajak dia memancing. Lepas tu jual ikan tu sebab ikan tak dimasak adalah basah dan berdarah.
Selain itu, Hana Lulu adalah perempuan ayu yang semua orang pun berkawan dengan beliau secara baik. Tiada siapa pun yang siut terhadap beliau dan hanya cakap benda yang baik baik sahaja. Mereka juga akan comel omel sahaja terhadap beliau. *tidak termasuk saya dan gadis gonggeng hahaha*. Sebagai contoh, semua orang akan mahu ajak dia keluar dan semua orang taknak bawa saya memancing. Diskriminasi. <-- emo hahaha :))
Secara konklusinya Hana Lulu adalah orang yang menarik dan mood nya mudah di kesan. Senang je nak tau dia emo. Haha. Okay lah sekian terima kasih. Post ni takde gambar. Tak larat nak lukis. Tapi eh jap jap. Saya ada gambar beliau dan Encik 12.
Why lahh cannot rotate biarlahhh. Saya adalah paparazi |
Comments